Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mari belajar berenang

1. Wait for the man who Doesn’t mind meeting your parents,
2. Opens the car door for you,
3. Makes you smile without trying,
4. Calls you beautiful & means it,
5. Doesn’t care when you hang with friends,
6. Lets you rest your head on his shoulder,
7. Kisses you on the forehead,
8. Holds your hand while he’s driving,
9. Doesn’t laugh at you when you fall, He just helps you up & asks if your okay.
10. He wants you to get along with his friends,
11. Will show you off to the world,
12. Makes sure your home by curfew,
13. Will tickle you even after you tell him to stop- Because he knows you secretly love it.
14. He is actually interested in how your day was,
15. He makes you sit in the middle of his truck - Because by the window is too far away.
ahhhh...manis macam gula-gula~
HE IS LIKE THAT...:)



dalam banyak-banyak ni, ada satu yang menarik perhatian, iaitu no.9!

pada suatu hari, aku b'ria nak belajar berenang, dan 'dia' pon jadi lah cikgu tak bertauliah aku.


' nak berenang kena tahu apungkan badan, cara nak apungkan badan senang je, kena relax n tahan napas kejap, bila dah terapung jangan nak dongakkan kepala.' panjang lebar cikgu bagi tazkirah cara-cara berenang.


bab apungkan badan, kiranya dah lulus 70%, sekarang masa tuk gerakkan kaki dan tangan supaya dapat bergerak ke depan. " nanti, rapatkan kaki, pastu gerakkan kaki laju2, tangan kena menguak kedepan".


dengan penuh semnagt la.. aku apungkan badan, aku gerakkan kaki, gerakkan tangan! tetiba rasa nak nak gelak terok2 walaupun masa tu tengah apungkan badan.


ade ke patut kaki aku terkankang, pastu gerak entah ape2, tangan lak duk tepuk2 permukaan air, da bukan mcm menguak da, da mcm rama-rama da.. terus aku tenggelam.


bila da cikgu tarik ke permukaan, muka cikgu relax je, tak gelak pon, aku je yang duk gelak tak sedarkan diri, tetiba cikgu tya" ok ke?!, da macam orang lemas da....".


bila cikgu nampak aku ok n gelak tak sedarkan diri, baru lah dia gelak ugak, bila dia dah gelak mulalah mengutuk2... aku ambik keputusan tak nak belajar lagi..whooooaa! agaknya, bila duk dalam air, arahan otak kepada kaki dan tangan tak berapa nak sampai kot~

p/s: sampai sekarang cikgu masih mengata,,,huhhh!

Thursday, March 17, 2011

Gagah mana pun lelaki itu, jiwanya sangat halus dan nipis?


lelaki itu sebenarnya lembut jiwanya, halus perasaannya.

lelaki itu sebenarnya sentiasa mahu dipuji, mahu dibangga-banggakan. mahu merasa dirinya dihargai, mahu dirinya dianggap penting dalam segala perkara.

jika lelaki itu menunjukkan sesuatu bakat, pujilah diri mereka, kerana mereka akan rasa dihargai. walaupun kita dapat merasa yang mereka lakukan itu hanyalah mahu tunjuk 'eksen' semata-mata!

kadang-kadang kita perlu mendapatkan pendapat dari mereka, walaupun kadang-kadang kita sudah tahu apa yang patut dilakukan.

lelaki itu janganlah dikonkong, kerana akan timbul perasaan ingin memberontak di dalam hati mereka. lelaki yang di konkong akan cuba untuk membuat sesuatu yang di luar batasan.

sifatnya seorang lelaki itu ialah, 'semakin kita kata tidak, makin dia mahu kata ya!' kerana sifatnya seorang lelaki itu tidak pernah ingin mahu mengalah.

contohnya, ' nanti kamoo potong rambut yea..' maka dia akan kata..' tak nak, saya suka rambut panjang, baru nampak indie'. oleh itu...buatlah tidak tahu..dan pasti dia akan potong jugak rambut tersebut bila tidak disuruh oleh sesiapa.

makin disuruh, makin malaslah seorang lelaki itu~ kerana tebalnya ego seorang lelaki.

lelaki itu lebih gembira sekiranya mendapat seorang wanita yang tidak terlalu cemburu buta, akan bahagia lelaki itu sekiranya mendapat seorang yang memahami dirinya.

lelaki yang hebat tidak pernah menunjukkan perasaan cemburunya yang sebenar. kerana mereka tidak mahu mudah mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

lelaki juga lebih gembira sekiranya perkara yang lepas tidak diungkit berulang kali pada hari akan datang~

betolkah wahai lelaki... ??
ini semata-mata kajian yang telah saya lakukan sendirian!! muahahhaha!

p/s:aku menyanjungi insan-insan yang bergelar lelaki

Wednesday, March 9, 2011

Melayan nafsu buaya

sejak akhir-akhir ni..macam-macam hal berlegar-legar dalam kepala. banyak sangat kerja, tapi tak tau nak siapkan yang mana dulu. akhirnya aku ambik keputusan untuk tenangkan diri...

mudah je cara aku tenangkan diri.. pergi kat perhentian bus, tunggu bus n naik bus.. jalan-jalan sampai tak sedarkan diri! kalau nak tenangkan diri kena la pergi sorang diri, baru mencabar..



bila dah berjalan tak sedarkan diri, segala tekad dalam diri tetiba jer hilang dibawa angin, tekad nak diet n kuruskan badan berkecai di tengah jalan. aku melantak kat kenny rogers roasters sorang-sorang, peduli hape aku!! segala jenis 'tea' yang aku terpaksa telan semalam, aku lupakan aje..



bukti aku makan sorang-sorang.. kat depan aku tak ada orang.. sebelah n bawah meja pon takdak orang.

dah puas melayan kerenah perot, sampai giliran tuk melayan kerenah nafsu pulak. jalan ke hulu ,ke hilir, aku rembat menda ni sepasang..



dah taw pakai menda nih menyakitkan segala jenis urat saraf kaki, tetap jugak beli.. itu lah nafsu durjana namanya!

menda nih, aku terpaksa beli, coz yang slalu aku pakai tertinggal kat kampung, lau tak pakai menda nih, tak sempurna rasanya idup aku, walaupun nampak biasa, bersesuaian dengan harga.. tak mampu nak beli macam yang sesetengah orang tu..ape nama tue..g shock bumblebee (casio)! huhh..



ni dia g shock bumblebee!


ni aku beli kerana tertarik, bukan kerana terpaksa or dipaksa.. entahla..nak belit macam mana pon aku ta taw..hahhaha. nafsu semata2!


ape-ape pun, seronok melayan nafsu buaya nih.. tapi yang tak seronok..duit keping-keping jadi makin nipis!

makan sudah, beli sudah, tido pon sudah..sekarang..sila pergi buat kerja shapika!!

Friday, February 25, 2011

Etok??? kenai?

ai mahu balik kampung mahu tangkap etok dan udang! serunok dan tak sabar rasanya.

ini fakta..etok dapat membuatkan seseorang semakin tinggi apabila memakannya..

etok?? sejenis makanan sungai..seperti lala, kerang..


nak tahu lebih lanjut..sila tanya uncle google..~


okeh..fakta tersebot tipu semata-mata..


saya juga menangkap udang dalam pinggan sahaja!
saya mahu pulang sekarang..!
have a nice day~

Bukan aku tak sudi!!

ada sape-sape yang cuti 6 hari seminggu?? konpom xdak! insan yang istimewa itu hanyalah aku sahaja. aku cuti 6 hari seminggu, jangan tak percaya! kelas aku ada hari khamis sahaja. hohoho.

so, kerja part-time aku ialah membesarkan segala jenis anggota tubuh badan semata-mata. mana tak besar , kerja makan dan tido semata-mata.. itulah nikmat hidup! boring tahap nak meroyan..

disebabkan oleh kerana kelas pada hari khamis 3.3 ni dibatalkan, ini bermakna aku dapat cuti 7 hari dalam seminggu. aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung! ini bermakna 7 hari jugak lah..home sweet home tidak akan dilayan dari segi nafkah zahir dan batinnya.

walaupun aku duk di penang dah hampir 3 tahun, aku admit la,,aku masih buta dengan jalan penang. aku cuma tahu jalan nak pergi Queensbay SAHAJA! disebabkan penang ni fofular dengan jeruk-jeruk, maka jiran tetangga aku telah meminta supaya aku membawa pulang jeruk sebagai buah tangan kepada mereka. pada mulanya aku membantah, hanya aku yang tahu sengsaranya setiap kali nak bawak jeruk ini pulang kekampung. siapalah yang sudi nak pikul jeruk-jeruk yang banyak ini..tiada yang sudi melainkan aku! hanya aku!


menunjukkan betapa aku tidak sudi...huhh..!

tapi setelah dipujuk rayu, dan disogok dengan ungkapan manis yang menambat hati..akhirnya aku bersetuju..


hati gumbira apabila telah disogok dengan janji-janji manis mereka!

baiklah..isok, akan ku bawa pulang jeruk-jeruk keinginan dan idaman kalian.. aku sanggup..kerana kalian! huhhh...~


satu plastik itu satu kilo oke..mahu senget bahu saye nanti! kerana janji manis..aku rela!

tapi...
lu langsi..lu mati!!

amaran keras dari gua!!

p/s: ....mahu pesan ape2 dari rantau panjang?? ahakkkss..

Wednesday, January 19, 2011

Thaipusam~ Jem Strawberi tumpah atas jalan

Thaipusan jatuh pada hari khamis, kita yang tak berkaitan dengan thaipusam pon bersuka-ria menyambutnya di atas katil, sambil bergolek-golek senang ati. Dapat juga mengisi hari bersama keluarga, bagi yang dah berkeluarga. Bagi yang belum, seronok berdansa bersama kawan-kawan, dapat melupakan seketika tentang kerja dan kuliah sesuatu yang menyeronokkan.

kita biarkan mereka yang beragama Hindu itu menyucikan diri mereka dengan cara mereka yang tersendiri, tapi..janganlah kita tolong pergi sesakkan lalu lintas. lebih baik duk di rumah bermain dengan anak-anak daripada pergi tengok jem strawberi tumpah kat atas jalan. yerkks!


~ pic tak ada kaitan, tapi suka suki~

nampaknya, aku terpaksa memanjakan diri di atas katil seharian, awal-awal lagi telah menolak ajakan kawan-kawan yang mahu outing. dinda tidak sanggup melihat jem strawberi yang tumpah di atas jalan..

p/s: ini penang, bukan kelantan!.. duduk dalam bilik pon da dengar upacara yang 'mereka' lakukan! haiyaa..manyak seram lorh~

Tuesday, January 18, 2011

Tafsir Mimpi~

Allah tidak membebankan pada seseorang,
melainkan sesuai dengan batas kesanggupannya.

Tersedar dari tido dalam keadaan terisak-isak,.. dada berdebar-debar. Owh, mimpi rupanya, tapi rasa macam real. Dalam mimpi tu, rasa sangt kosong dan dukacita, sakit dan demam. Terasa sendirian dan takut.



Bila dah tersedar dari tido, terus berfikir sejenak..sambil sapu air mata yang keluar tak henti-henti. eh..aku mimpi la, bukan betol-betol pun.

'Jauh sangat roh aku keluar berjalan-jalan semalam, sampai balik kampung, pergi jumpa mak aku, mengadu-ngadu demam. Tapi, syukurlah, roh aku tahu jalan pulang dan bersatu kembali dengan jasad aku.'

~BERBAHAGIALAH ENGKAU DENGAN HIDUP INI SEBELUM MATI DAN PETIKLAH BUNGA ITU SEBELUM DATANG MUSIM GUGUR~

Nota hati: Mungkin secara kebetulan, aku mendapat berita yang 'biasiswa' dah masuk.. alhamdulillah.

Saturday, January 15, 2011

Teman di alam maya~



terima kasih kerana telah membelanja saye 'secukup-cukup rasa'! terasa dihargai,walaupun u terlupa untuk buang resit. kah4. ok lah, i taw la, itu maknanya u nak i belanja u pulak..

cheese cake!! hoooyeh.. i loike! tak salah u keluar zakat sebulan sekali..kan.. untuk sape..?? untuk kawan terbaik di alam maya la..



dah boncit rasanya~ dan beronok-ronok rasanya!
tq to my besh friend di 'alam maya'~