Showing posts with label student~. Show all posts
Showing posts with label student~. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Sekapur Sirih/ Penghargaan




Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan Laporan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Usman Yaakob pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah-pensyarah saya, kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutamanya bonda tercinta iaitu Siti Zainab bt Awang Senik, kakak-kakak yang dikasihi, Kak Nah, Kak Dah, Kak Ayu,serta satu-satunya abang iaitu Abang Faisal kerana telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Sekiranya, ayahnda yang dikasihi masih berada disisi, serangkap kata ‘ Terima Kasih’ buat dirinya ingin dihulurkan, namun hanya Al-Fatihah yang hanya mampu dititipkan buat ayahnda yang dikasihi.

Selain itu, saya turut berterima kasih Abdullah Fazlan bin Abd.Sani kerana sudi memberi semangat yang tidak putus-putus kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan iaitu, Siti Hajar, Nurul Fatin, Siti Sarah, Norfarehan dan Norsulaiha terima kasih jua diucapkan kerana banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Wednesday, March 9, 2011

Melayan nafsu buaya

sejak akhir-akhir ni..macam-macam hal berlegar-legar dalam kepala. banyak sangat kerja, tapi tak tau nak siapkan yang mana dulu. akhirnya aku ambik keputusan untuk tenangkan diri...

mudah je cara aku tenangkan diri.. pergi kat perhentian bus, tunggu bus n naik bus.. jalan-jalan sampai tak sedarkan diri! kalau nak tenangkan diri kena la pergi sorang diri, baru mencabar..



bila dah berjalan tak sedarkan diri, segala tekad dalam diri tetiba jer hilang dibawa angin, tekad nak diet n kuruskan badan berkecai di tengah jalan. aku melantak kat kenny rogers roasters sorang-sorang, peduli hape aku!! segala jenis 'tea' yang aku terpaksa telan semalam, aku lupakan aje..



bukti aku makan sorang-sorang.. kat depan aku tak ada orang.. sebelah n bawah meja pon takdak orang.

dah puas melayan kerenah perot, sampai giliran tuk melayan kerenah nafsu pulak. jalan ke hulu ,ke hilir, aku rembat menda ni sepasang..



dah taw pakai menda nih menyakitkan segala jenis urat saraf kaki, tetap jugak beli.. itu lah nafsu durjana namanya!

menda nih, aku terpaksa beli, coz yang slalu aku pakai tertinggal kat kampung, lau tak pakai menda nih, tak sempurna rasanya idup aku, walaupun nampak biasa, bersesuaian dengan harga.. tak mampu nak beli macam yang sesetengah orang tu..ape nama tue..g shock bumblebee (casio)! huhh..



ni dia g shock bumblebee!


ni aku beli kerana tertarik, bukan kerana terpaksa or dipaksa.. entahla..nak belit macam mana pon aku ta taw..hahhaha. nafsu semata2!


ape-ape pun, seronok melayan nafsu buaya nih.. tapi yang tak seronok..duit keping-keping jadi makin nipis!

makan sudah, beli sudah, tido pon sudah..sekarang..sila pergi buat kerja shapika!!

Friday, January 14, 2011

Saya Pelajar USM~

aku mengaku, ini adalah entry yang paling geli aku penah buat.tajuk entry dah buat aku malu dengan sendirinya. keh3. aku sebenarnya agak malu untuk 'mempublishkan' yang aku ni student USM. kalau boleh aku tak nak pun sebut dalam blog ni pasal USM. Tapi apakan daya, keinginan mengatasi segalanya. ketika berjalan-jalan sambil meniarap, aku telah terjumpa blog ini(sila klik disini) hohoho.

kini segala-galanya telah berubah,..
baiklah,aku pelajar unibersiti sains malaysia, aku berada di kampus induk iaitu di pulau pinang. aku bukan doketor kerana aku bukan berada di kampus kubang kerian, dan aku juga bukan engineer kerana aku tidak berada di kampus kejuruteraan! aku tidak mungkin menjadi engineer, tapi aku mungkin akan dapat menjadi doketor!!(daydreaming)! huh~

aku sedang mendalami course geography, dan akan terus mendalaminya sehingga peringkat sarjana sains wilayah. (insyaallah). malu ai..hehehe.


lihat, ahli geography punyalah fokus wat kejer, mengalahkan doketor..kih3. yang fokus tu orang lain, masalahnya..bukan aku!

dalam makmal inilah jua, aku bergaduh-gaduh dengan abg prof.ruslan. gara-gara aku mahu mengambil bikar kaca untuk wat experimen, tapi dia suruh aku guna bikar plastik je. apa class guna yang plastik, rasa macam tak mencabar langsung!

pung pang,pung pang gaduh.. kena jugak guna bikar plastik! dia senyum soronok bila aku kalah dalam perdebatan tersebut.,

bila aku nak ponteng kelas sikit, mula la dia cari, mana geng bikar plastik!! aku di cop geng bikar plastik. huh~ xde peluang nak ponteng pon!! apa-apa pon aku sangat seronok membuat beberapa projek dibawah seliaan beliau.. ehhe,walaupun kadang-kadang aku memanggil beliau sebagai, 'kanda belimbing'.

noya kaki: psst! dia bukan tahu pon aku panggil dia kanda belimbing! belimbing sebab idungnya seperti buah belimbing.. keh3.. kalau dia tahu, mesti dia panggil aku idung jambu!! konpom~