Showing posts with label incik kasim a.k.a incik kekasih. Show all posts
Showing posts with label incik kasim a.k.a incik kekasih. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mari belajar berenang

1. Wait for the man who Doesn’t mind meeting your parents,
2. Opens the car door for you,
3. Makes you smile without trying,
4. Calls you beautiful & means it,
5. Doesn’t care when you hang with friends,
6. Lets you rest your head on his shoulder,
7. Kisses you on the forehead,
8. Holds your hand while he’s driving,
9. Doesn’t laugh at you when you fall, He just helps you up & asks if your okay.
10. He wants you to get along with his friends,
11. Will show you off to the world,
12. Makes sure your home by curfew,
13. Will tickle you even after you tell him to stop- Because he knows you secretly love it.
14. He is actually interested in how your day was,
15. He makes you sit in the middle of his truck - Because by the window is too far away.
ahhhh...manis macam gula-gula~
HE IS LIKE THAT...:)



dalam banyak-banyak ni, ada satu yang menarik perhatian, iaitu no.9!

pada suatu hari, aku b'ria nak belajar berenang, dan 'dia' pon jadi lah cikgu tak bertauliah aku.


' nak berenang kena tahu apungkan badan, cara nak apungkan badan senang je, kena relax n tahan napas kejap, bila dah terapung jangan nak dongakkan kepala.' panjang lebar cikgu bagi tazkirah cara-cara berenang.


bab apungkan badan, kiranya dah lulus 70%, sekarang masa tuk gerakkan kaki dan tangan supaya dapat bergerak ke depan. " nanti, rapatkan kaki, pastu gerakkan kaki laju2, tangan kena menguak kedepan".


dengan penuh semnagt la.. aku apungkan badan, aku gerakkan kaki, gerakkan tangan! tetiba rasa nak nak gelak terok2 walaupun masa tu tengah apungkan badan.


ade ke patut kaki aku terkankang, pastu gerak entah ape2, tangan lak duk tepuk2 permukaan air, da bukan mcm menguak da, da mcm rama-rama da.. terus aku tenggelam.


bila da cikgu tarik ke permukaan, muka cikgu relax je, tak gelak pon, aku je yang duk gelak tak sedarkan diri, tetiba cikgu tya" ok ke?!, da macam orang lemas da....".


bila cikgu nampak aku ok n gelak tak sedarkan diri, baru lah dia gelak ugak, bila dia dah gelak mulalah mengutuk2... aku ambik keputusan tak nak belajar lagi..whooooaa! agaknya, bila duk dalam air, arahan otak kepada kaki dan tangan tak berapa nak sampai kot~

p/s: sampai sekarang cikgu masih mengata,,,huhhh!

Tuesday, March 8, 2011

Tanda-tanda anda gemok, dan cara mengatasinya~

kenapa semua orang mahu kurus?? okeh, disini ada beberapa tanda-tanda kegemukan dan cara untuk membuatkan anda kembali kurus..

ini sekadar contoh ye..



oke..gadis ini pada asalnya pada tahun 2009 mempunyai berat badan hanya 43kg sahaja, tetapi kini pada tahun 2011, berat badannya ialah 53kg!! tetapi beliau bernasib baik kerana mempunyai ketinggian 164 cm. sekiranya beliau menghadapi masalah kurang ketinggian, pasti beliau seiras giant( dalam cerita doremon) pada saat ini.

ada wanita yang kadang-kadang perasan gemok walaupun masih kurus, dan ada juga wanita yang perasan kurus padahal beliau sangatlah berisi.. sejak akhir-akhir ini, perkataan 'gemok' telah menjadi sensitip buat diri saya..maaf yea. kita tukar kepada perkataan 'berisi', barulah ia nampak sopan dan berbudi bahasa. bukankah budi bahasa itu budaya kite.. ?? ehemmm..

tanda anda semakin berisi ialah,
~ anda rasa seluar anda tetiba mengecut, tetiba butang rasa hampir tertanggal.
~ tiap-tiap bulan anda rasa nak beli Bra baru.. anda kata nak ubah selera, nak beli macam-macam kaler.
~ bila anda baring, tetiba anda rasa perot anda lagi tinggi dari dada. ( itu kategori boncit ye)..
~bila pakai tudung, tetiba bentuk tudung jadi bulat macam pinggan, da tak jadi macam bujur telur..

senang je cara nak kuruskan badan, meh aku berkongsi rahsia!!

pada yang dah ada suami, sila suruh suami anda kahwin lain, bila makan madu.. tetiba jadi kurus, slim, santik n bergaya. tak percaya sila cuba!

pada yang ada pakwe,makwe.. sila suruh mereka curang dengan anda.. anda akan makan nasik berulamkan jantung dan hati, pasti anda akan berjaya menurunkan berat badan dengan serta merta!

kepada yang single...jangan makan nasik!! muahahha..

okeh, ape-ape pun... 'berisi' itu SEKSI~

kan.kan.kann... (sedapkan ati sendirik..huhuhu)


kenapa menda ni dah tak memberi kesan untuk aku...wawawawa

Wednesday, March 2, 2011

Makna disebalik lagu~


satu penyakit yang paling kronik aku alami ialah, aku suka dengar lagu yang aku suka berulang kali. biar cair taik telinge.. aku tak kesah.! itu lah penyakitnya..

kadang-kadang lagu dpaat menggambarkan ape yang kita rasa, dan kadang-kadang melalui lagu jgak kita nak orang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kita.

kadang-kadang lagu jugak la boleh buat kita mengingati seseorang atau peristiwa!

setiap lagu tu.. ada sejarahnya yang tersendiri buat diri seseorang. biar pun kita ni bukan artis, tumpang menghayati lagu mereka cukup la..hohoho.

jika aku minat lagu..mesti sebab ada kaitan dengan aku..kih3..

my first x, telah menyanyikan lagu 'antara gadis( dinamik) time aku tecik2 dulu.. hahahha. zaman muda-muda.. time tuh potong kuku sendirik pon tak reti lagih~ muahahha.
apa yang penting setiap lagu tu ada makna yang tersendiri dan ada kenangan tersendirik.

apa -apa pun, incik kassim selalu jgak beri lagu, antaranya just da way u r, that's when i love u, dan aku lupa da yang lain..muahha..

p/s: lagu itu, suara hati saya buat kamoo..

Friday, January 14, 2011

Hidup Biar sedap

hidup berjalan dengan tidak lancar, hati gundah gulana bila beberapa perkara ini aku abaikan.. betol-betol rasa menyesakkan dada dan kepala otak. semua benda yang aku buat aku akan rasa tidak kena. rasa tak sempurna!

pertamanya~ bila bakul baju kotor semakin penoh, hidup rasa tak berapa nak senang. serba benda yang dibuat rasa tak kena.kepala otak duk terfikir bakul baju sahaja.. kesimpulannya, sila pergi basuh pakaian anda sapika..sebelum ia menjadi gunung ganang,dan terus membuatkan anda pengsan tak sedarkan diri!

keduanya~ bila berada diantara kawan-kawan yang sedang bertegang urat, yang disini kawan, yang disana pun kawan. apa yang aku buat, ialah buat-buat tak tahu dengan apa yang berlaku..keh3.

ketiganya~ bila tiba musim perayaan, dada dah mula dup dap dup dap.. meratapi nasib diri. berusaha sekeras tenaga untuk pergi kaunter tiket and then paksa-paksa orang jaga kaunter bagi tiket balik kampung. bila dah dapat tiket...dengan bangga duk tayang-tayang tiket depan orang yang tak dapat tiket!

one more thing.. emm..aku pon rasa sesak kat dada bila aku dalam mood gaduh, tapi xder orang nak layan..keh3.. ape class aku je duk pung pang pung pang, dia wat relax jer.. dia wat tak heran...


~ iklaneka~ simple!

nota kaki: berapa banyak nak sebut dada nih? heh!!buang tabiat??

Friday, January 7, 2011

Sorang ngada-ngada, sorang kepala angin...

kan dah kata.. jangan..jangan..

tapi degil jugak..!

kan dah kena...




kan dah kata, jangan sumpah seranah..

nasib baik sumpah half-half sahaje..

kan dah kena batang idung sendiri..




kan dah kata..

jangan bising-bising...

simpan dalam hati je...




tapi degil..!

22.44 duk bising-bising..

23.50 dah senyap-senyap,bisik-bisik...

apa nak jadi ni...?

apa nak jadi...


ahai...perangai masing-masing tak boleh blah langsung...keh.keh.keh.


apa nak jadi dengan kamu ni.. sorang ngada-ngada, sorang kepala angin!




nota kaki: i'm sory~

Farmasi Scandalism


aku ni bukan lah baik sangat, dah 3, 4 baris ayat mencarut aku tulis, tapi aku padam balik. bila fikir-fikir aku menyumpah seranah, mencarut pun, benda dah jadi.. orang yang aku carutkan pon, orang yang selalu aku 'timang-timang'.

aku rasa, kesabaran aku ni ada tahapnya juga, tak perlu nak menguji tahap kesabaran yang aku ada. tapi hari ni, kesabaran aku sedikit tergugat. sedikit, mungkin sebesar biji jagung!

mana lah tak tergugat bila, kesetian aku dicabar, ada ke patut 'dolah' ni cakap aku menggatai dengan 'pak cik posmen'. pak cik posmen ni aku kenai tak sampai beberapa jam, tu pon sebab 'pak cik posmen' col bagitau yang barang aku hantar untuk' doloh' ni terkandas kat pejabat pos. pak cik posmen bagitau yang tuan punya alamat dah pindah!

pak cik posmen siap perli aku, eh, alamat ' bf' ' sendiri pun tak taw ke? mana nak letak muka den..? bila pak cik posmen perli macam tu.. ( tolong la fikir sendiri).

dalam hotak aku pula, duk kata yang 'pak cik posmen' ni sebenarnya kawan-kawan 'si dolah' yang sedang berlakon nak kenakan aku. aku duk fikir yang dolah n kawan-kawan sepakat nak kenakan aku. haishhh.

aku carik no tepon pejabat pos klang kat google, tapi ni no nye, 03-3371-5555, dan bukan seperti no ini, 03-3167210x, aku kol sekali lagi nak pastikan yang tepon aku tu pejabat pos. aku kol pun bukan nak mengorat pak cik posmen, bukan nak menggatai, nak tuduh2 aku pun pakai otak la. kalau benda yang terkandas di pejabat pos tu tak begitu bermakna untuk kau, tak de nya aku nak terhegeh-hegeh berusaha kol sana sini..




aku kol kau sendiri, kau tak jawab.. ( kau sedap-sedap tido, aku ni duk fikir nak selesaikan masalah)..

alih-alih bila aku bercerita, kau kata aku menggatai dengan pak cik posmen??

bila nak sttle je, kau ambik jalan shortcut!!

heh~ panas ati, tolong siramkan dengan ais berlori-lori.. tulong! di mana ada ubatnya, untuk hilangkan panas hati ini??






ape???



ubatnya ada di farmasi scandalism???
sape yang jaga kaunter??
fahrin ahmad,
awal ashari.



oh no!!



terok-terok dia pun,


dia 'one in a million' yang suspek aku menggatai dengan pak cik posmen.. keh3..


tak tercapai dek akal...( kadang-kadang 'dia' macam gula-gula..manis!)


nota hati: aku tak pernah wish ' luv u more untuk pak cik posmen'.

Friday, December 31, 2010

Hujung Tahun 2010

bila tanya incik kassim, apa rancangan u malam ni, terus dia jawab, ' siap-siap tutup pintu and tingkap, nak g masjid nak sama-sama baca yassin and doa selamat dengan pak imam.'

ok, gud incik kassim. memuji-muji dalam hati untuk incik kassim.

bila matahari dah jatuh, malam gelap gelita. incik kassim col, ' hye.. u. I nak g melaka, isok baru balik. i tido kat sana, i dah bawa khemah, i tido tepi pantai je.. u jangan risau, yang pergi semua boy.'

' u tak nak pesan ape-ape?'

aku jawab, i nak pesan satu je..mcm biasa!
jangan nakal sangat!
jangan gatai sangat!
jangan meroyan sangat!
jangan lupa status!
jangan koya2!
n lastly.. jangan berlagak single mingle.

'orait, i tahu.. luv u more!

( jika u langgar salah satu, balik nanti, i hempuk kepala u dengan kerusi, biar berterabur otak!)




nampaknya aku merelakan incik kassim pergi bermunajat di tepian pantai di malam new year ini. dengan penuh kepercayaan dan keizinan. heh~ lihatlah..betapa 'mithali' nya aku.

nota kaki:

(positive thinkin')
aku membayangkan incik kasim sedang duk bermunajat dalam khemah sorang-sorang, sambil menitis-minis air matanya. sambil merasai hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai pipi. desiran ombak yang indah menambahkan lagi kekhusyukannya.

(pikiran versi setan)

aku membayangkan incik kassim duk terkinja-kinja beronok-ronok, luna maya duk belai-belai pipi, membisikkan kata yang menggoda, sampai meleleh-leleh air liur incik kassim. and mandi laut sama-sama!



dari jauh aku merenong incik kasim,sambil ready kerusi di tangan!

keh.keh.keh. i bergurau sahaje incik kassim. i noe, u tak kan buat macam tu. ' selamat bergembira incik kassim'. hohoho.

Sunday, November 7, 2010

All i ever wanted was to see u smilin'

epy day..

2 ari incik kassim datang melawat, rasanya macam haru biru. biasa la, duk single kat tempat ni, tetiba cik kassim datang melawat. rutin harian turut berubah. jika incik kassim tak datang melawat, lepas magrib kejer aku ialah basuh kain, tu perkara rutin aku buat. kesimpulannya, sejak incik kassim datang 2 ari ni, aku basuh kain pada jam 2 pagi.





ape-ape pun,, sangat gembira dengan kedatangan incik kassim. mendapat buah tangan dari incik kassim membuatkan ati berbunga riang...lalalalla.





beberapa perkara tentang incik kassim:



  • garang macam kucing, tapi manja...

  • mahu sentiasa kemas..aishh..

  • lau ada orang bawak kamera, mula pasan orang nak tangkap pic die.

  • perunding imej aku..

  • bila duk dekat dengan aku, baik terok-terok, macam tak terlupa sesaat... tapi..bila balik kat tempat die..punyalah terok perangai...ekekkeke..

  • incik kassim tak ada perasaan cemburu ok~

  • berlagak tak penah makan secret recipi

  • pagi incik kassim kul 11 pagi.

  • dating dengan cik kassim hanyalah di tempat yang sama...( katanya aku GPS rosak). dia mana tahu sal tempat aku dan dia bukan biasa dengan tempat aku...lau aku jadi GPS, konpom sesat terok2.. bila da sesat, mula wat2 mogok dengan aku.

  • bila aku majuk incik kassim tak penah pujuk!!

  • suka bagi tazkirah panjang-panjang tuk aku...

  • incik kassim sangat lomantik...ekekke..i loike!

  • incik kassim tinggi! aku terpaksa bekerja keras untuk sama-sama nampak tinggi.

  • incik kassim suka warna warni..

  • perokok! winston merah~

  • incik kassim sangt berkomitmen dalam bekerja...aku juga setiap pagi perlu mengejutkan incik kassim!..


time beli tudung, aku sangat suka dengan paper bag die. ciap mintak lagi dengan tuan kedai.. akak nak paper bag tu, ciap tunjuk lagi... tapi tuan kedai tu cakap...' kena beli barang lebih dari seratus hinggit ulu baru dapat paper bag tue'... aku plak beli barang sipi2 lagi nak sampai seratus hinggit. haisshhh..kecewa terok2.. nak jugak.. aku meluahkan perasaan pada incik kassim.



time akak tue duk bungkus tudung.. incik kassim cakap dengan akak tuan kedai.. ' kecian orang tu akak, frust tak dapat paper bag, orang tu ngah nak ambik ati mertua tu. sebab tu nak sangat-sangat tu paper bag tu.' incik kassim sempat lagi mengenakan aku depan akak tuan kedai. akak tuan kedai senyum-senyum je, tapi muka aku semestinye kelat coz aku tak dapat paper bag tu! huhh...



incik kassim, tersenyum-senyum je walaupon aku tak puas ati. ' ok lah, akak bagi paper bag ni, coz nak ambik ati mertua'. akak tu masukkan tudung dalam paper bag yang aku nak. die senyum-senyum bagi kat aku.. aku apalagi..terus la hambik.. senyum seindah suria la jawabnya. lepas ucap terima kasih bertalu-talu dengan akak tuan kedai.. aku berjalan dengan senang ati.gumbira coz dapat apa yang aku nak..lalallalal.


nasib bek ada incik kassim gtaw akak tuan kedai, tudung tu nak bagi kat bakal mak mertua..terus akak tuan kedai lembut ati n bagi paper bag tu. ekekkeke. i lop u incik kassim coz paham apa yang i nak! hahahha.

lepas dapat paper bag purple tu... aku terus banje incik kassim ice-cream!

p/s: panjang punye cerita..qada yang lepas2..ekekke. tq incik kassim!

Tuesday, October 26, 2010

my onli wan Incik Kassim

elloo..ellloooo incik kassim! stil rimember mi,?? ai em sapika la..

u don rimember me animore ke incik kassim.. wat eppen to u incik kassim. i mish u bery-bery muh la incik kassim.



sedang aku duk merindu incik kassim tetiba teringat kat sabariah..



" saya tak boleh lupakan abang kassim mak"



"sape kassim tu, lawyer, doketor, ahli perniagaan"



"ahli muzik mak"



" apa.....ahli muzik ........."



alahai incik kassim.. i mish u bery-bery muh la.. i dun care whu u r.. i reali risau kat yu.. wat eppen to u.. i don wan aniting bad hapen to u... atau pun yu majuk dengan ai, sebab ai gtaw almarhum pak deris( ex-sapika) ajak ai keluar makan aritu.



yu jangan la isau incik kassim. ai only lop u porever n ever hahhaah. sejak ai cerita pasal tu, yu dah makin menjauh dengan ai.. ai majuk pon, yu wat tak taw jer..huk3. ai tak kuar dengan sape- sape pon duk kat cni. yu taw tak, i rasa lonely bila u wat mcm ai ni. dah la yu duk beratus kilometer jauhnya dengan ai!!




p/s: ini adalah entri berani mati ai untuk yu incik kassim. ai tak kisah walaupun yu tak taw ai ada diari elektronik nih.



* owh incik kassim..." dalam rindu, ada penghujung derita" ~ ai dengar dalam radio~ hik3..

Friday, October 22, 2010

Surat beremosi untuk INCIK KASIM

Bangun tido kul 12, lepas subuh sambung tido!

Note: mulai hari ni nama incik kekasih akan ditukar kepada ‘incik kasim’!

Lepas subuh tadi, berlaku acara sambung tido. Kul 12 baru tamat!
Itu pon tersedar lepas incik kasim anta msg:-

Incik kasim: hye _, kamoo dah makan??
Sapika: belom, duk golek-golek lagi, dah makan ker?
Incik kasim: da makan da..._ baru bagun tido eh??
Sapika: tak lah, duk golek-golek jer. Nak kuar ke jap g?( tak ngaku baru bangun tido!)
Incik kasim: lamanye golek-golek, berangan sampai Pluto ke? A’ah, jap g nak kuar, nak g bayar bodben, tapi ujan la, xley kuar.
Sapika: tak lah, semalam tido lewat, subuh baru tido, sambung tido la kul 7 pagi tadi.
Incik kasim: owh.. yeke, semlam ____ pon tido awal, bangun-bangun terasa lapar, terus makan kat luar.
Sapika: saye pon tido awal.
Inck kasim: ok2, _ g mandi, saye ada kejer nak tolong cik E.( mak incik kasim). N jgn lupa makan.
Sapika : emm..0k! .....syg saye x??
Incik kasim: syg! Ape plak tak sayangnye...
Sapika: ok..ati-ati wat keje.
Incik kasim: 0k, luv u more!
Sapika: 0k.

Incik kasim...incik kasim.. kenapa aku rasa kau tak ikhlas cakap sayang aku! Huk3...
Alahai sapika! Ko tacing sangt ni apasal?? ~Aku tacing sebab semalam incik kasim tak balas msg aku time kul 4.30 pagi!!! Kah...kah.. woi! Kul 4.30 pagi!!!~

p.s: kol 4.30 pagi, usahkan incik kasim, ayam,itik, kucing, lembu, semuanya sedang tido la...! jangan nak duk meroyan tacing lebih3 yea kawan-kawan semua lau msg kul 4.30 pagi tak berbalas!

Saturday, October 16, 2010

Teruk punye perangai~

Tetiba aku emo tak tentu pasal, aku terus delate gamba dengan incik kekasih dalam pesbok, aku emo terok-terok. Hahhahaa. Semalam, beria-ria suh aku kejut kul 7 pagi, katanya ada hal nak dibuat. Ok, fine,,,aku kejut macam biasa. Bila aku Tanya ada hal apa, berahsia pulak, tak nak gtaw nak g mana. Leh sabar lagi..ok tak per.. ‘ mana-mana u nak pergi, u ati-ati ye dear’. Buat ayat baik konon, coz malas nak Tanya.. tak nak gtaw aku sudah la. Aku pun tak ingin nak Tanya banyak-banyak kali.

Tapi.. bila aku buka pesbok, ada jer duk men komen-komen dengan member die, aishhh..cakap ada hal .. msg pon tak kat aku. Dah la.. men komen-komen dengan kawan pempuan sampai kawan-kawan yang lain suspek pempuan tu awek dia..!


Aisshhhh..menci..menci..! Marah ni.. ciap la ko incik kekasih..aku tak mo angkat col n tak mo balas msg ko ari ni.. aku protes ni! Tengok la Mr. Teddy ko jap g..jadi mangsa buli aku..!
Aku dah bogelkan Mr.Teddy kamoo hik3!, padan muka kamoo incik kekasih!
Nak berahsia dengan aku konon, lau nak g mana-mana pon berahsia dengan aku, mesti benda lain banyak lagi yang ko rahsiakan!


~Hangin satu badan!! Muahahha...teroknya perangai ko Sapika!~