Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia 2- Pakistan 0, Kelayakan Pra-Olimpik 2012


Orang duk sibuk wat assgment, aku sibuk nak tengok bola. peduli hape dengan orang! kan..kan??

Mesia dapat jaringkan gol pertama pada minit ke-4 dan ke-46 masa tambahan melalui pemain berjersi no 7 dan 8. iaitu irfan rafail dan wan zaharulnizam! kesimpulannya mesia menang 2-0 keatas pakistan.

khairul fahmi tetap cool walaupun kena terajang dengan pemain pakistan. padan muka pemain tersebot coz dilayang kat merah. sape yang suruh fahmi g pelok pemain tersebot..ekekke. dah terang-terang pemain pakistan itu bukan suka kaum sejenis!

walaupun pemain berjersi no-9 berusaha keras, dia tidak berjaya menghasilkan sebarang gol. sangat kuciwa hati ini.. alahai fakri.. sangat cepat melenting rupanya si fakri ni..

minit 48, incik kassim col, and gtaw beliau sedang seronok menonton bola di stadium bersama luna maya katanya! ahh..mahu mengundang cemburu di hati saye la tu.. saye lansung tidak jeles ataupun cemburu, kerana hati saya telah dicuri oleh penjaga gol pakistan.. aiyoo..manyak ensem, tinggi, idung pun tinggi!

talian telefon terputus, mungkin berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja..

" sila kim salam kepada penjaga gol pakistan, sebab hati dinda telah tertawan padanya", satu sms telah dihantar kepada incik kasim..supaya beliau mnyampaikan niat murni hati saye kepada penjaga gol pakistan tersebot!

beberapa minit kemudian..

"jangan sampaikan salam kepada penjaga gol pakistan! xmo..xmo.." sms kedua dihantar kepada incik kassim..

alahai..kenapa team pakistan dah tukar penjaga gol lain??!! hati meronta-ronta pilu! dalam hati kecil berfikir, mungkin incik kasim sedang ketawa terkekeh-kekeh bila melihat penjaga gol yang baru dimasukkan... potong stim!! huhhh...

Monday, January 3, 2011

Jalan Pulang

'hidup perlu ini perlu bertegas'

bila buka belog, tengok2 si zackzukhairi dah hupdate belog dia. lama dia tak hupdate, dekat 3,4 bulan rasanya. bila sekali hupdate, komen da masuk ratus-ratus. hebat betol lu ni zack.. lu guna ubat guna-guna eh??

bila buka belog kekasim encik apek or khairul fahmi, da cecah juta da yang skodeng belog si kekasim ni. dah jadi pemes emes dah pun si kekasim ni. bila baca belog jejari runcing ni, rasa macam aku pula yang tumpang risau and runsing. keh.keh.keh. buah ati dah jadi pofular, artis indon n malay pun duk sebut-sebut, sape tak risau??



orang biasa-biasa macam aku ni pom, bila ecik kassim buat-buat terkena penyakit bibit-bibit gatai meroyan, mula la aku terkedek-kedek naik angin. bila berada dalam situasi ni, kena la si jejari runcing tu banyak bersabar. ramai orang yang suka melihat kebahagian dia, dan ramai juga yang iri hati dengan kebahgian tersebot. orang-orang yang iri hati ni, biasanya wujud sebab mereka tak dapat apa yang mereka nak.. semoga bahagia, dan jangan mudah melatah.

okehh.. aku bukan nak bercerita tentang orang-orang pemes. aku nak bercerita bagaimana untuk selamatkan diri apabila agak-agak tak tahu no bus.. bila tak tahu no bus, maknanya tak tahu jalan pulang ok!

ok, begini caranya...



tengok! senang bukan caranya..?

tak faham eh?

begini ye caranya, agak-agak orang tu pakai bag ada jenama USM, follow je la. kih3. konpom dia nak g USM gak.

kamus dewan: kekasim @ kekasih.

Wednesday, December 29, 2010

Juara Piala Suzuki 2010



tahniah untuk team bola sepak Malaysia. walaupun pemainnya muda mudi tapi tetap hebat.pertandingan final kedua antara malaysia dengan indonesia baru je abes, malaysia kalah 2-1. tapi takpe, final pertama mesia da menang. campur tolak, keseluruhannya, dapatlah mesia pegang and wat balik piala suzuki. tahniah.

apek( khairul fahmi) u sangat pantas n cekap la.. berdebar-debar tengok u sambut bola.. terharu i ( gedik). bersinar-sinar la masa depan u apek. 1st time apek keluar, ingtkan pemain import dari cina or thailand, tapi rupanya rakyat mesia ori. bangga i, sebab apek pun makan budu macam i. ekekekke. ( i tipu ok) hahahha.

amirul hadi ( si rambut kuneng), i bangga dengan u sebab u sangat2 patriotik, warna kuneng itu warna bendera kita ok. walaupun u tak bermain untuk final di stadium indonesia, u dah main dengan baik di stadium mesia. i boleh nampak u dari jauh, bila nampak rambut u. u ada trademark tersendiri eh??..

norshahrul idhan talaha, hebat!, bila dapat bola kat dia, hati dah berdebar, mulut kata, 'sumbat-sumbat, bawak-bawak'! walaupun bukan dia yang jaringkan gol, datangnya bola dari dia dan terus kepada safee sali dan 'gooll!! selamat pengantin baru!

safee sali, hero kita. no komen,.. hebat la tuh kalau no komen.

kuna , kadang-kadang aku jerit 'guna'.

amri yahyah,( duta gel rambut). rambut dia, kemas! berkilat, shining2.. dia berlari laju, sebab dia berlari laju, mungkin sebab itulah dia selalu jer dimasukkan di separuh masa kedua.

jersi no 12, ( sape eh nama?)..

lastly.. pakcik pakai baju kuning, rasanya cina, yang selalu duk dekat rajagopal, ada tahi lalat kat muka, dia salah seorang yang sanagt comel. setiap kali je gol, mesti dia pergi pelok rajagopal.. orang yang paling comel. hohohoho.

pemain indonesia pulak mempunya nama-nama yang islamik...

inilah kesannya bila pempuan komen pasal bola.. bukan pasal teknik dan skill yang diceritakan, tapi benda len yang diambil tahu. kih4. ape-pun, tahniah mesia. n indonesia pun, telah kalah secara bermaruah.

nota kaki: mesti cik jijah pun tengok bola, sambil komen, " lambat la budok rambut kuning ni". " kurus la budok rambut kuning ni". tapi nasib baik, amirul tak turun padang malam ni, lau tak dah jadi mangsa komen cik jijah. cik jijah cuma nampak 'budak rambut kuning', sebab ia sedikit menonjol kerana rambutnya.