Tuesday, September 21, 2010

Kan I dah kata..U jangan nak perasan!~ See..~


Hari kedua pergi kelas. Hari ni ada tutorial jam 3 petang. Siap-siap pukul 2.30 and sampai class tepat-tepat kul 3. Masuk kelas macam biasa, ketuk pintu and terus duduk kat kerusi paling belakang. Prof tengok kat aku, die senyum, aku pun senyum semanis kurma kat die.. pakai baju raya, mestila kena senyum semanis kurma.. kan..kan…?

Sembang-sembang sal pensejarahan JEPON.. tup-tup dah pukul 4, kejap jer rasa.. masih ada lagi sejam, coz tutorial ni dua jam seminggu. Aku pandang kiri kanan, tengok semua orang dah siap kemas barang da, dalam hati berkata-kata apasal la mereka ni gelabah sangat nak balik nih, kan ada sejam lagi nih. Tak hormat kat prof sungguh la mereka nih. Aku pulak, wat-wat belek buku , nak ambik ati prof la kunon.
“ Ok, kelas kita sampai setakat ni ja, kita sambung minggu depan” tetiba prof baik ati bagi balik awal la pulak. Serunok giler-giler. Aku lah orang pertama yang awal keluar, duk terfikir nak makan nasik, tak sempat nak makan tadi, gara-gara nak g kelas cepat sangat.
Sampai kat ostel, ambik sudip terus cedok nasik… makan-makan… Alhamdulillah, syukur, akhirnya dapat juga menikmati rezeki hari ni, pastu..ambik tangan, bawak pergi ke sinki..basuh la wei..wat ape lagi..muahahah.
Then..tetiba rasa nak hadap laptop.. tetiba time ngah hdap laptop, buntang mata aku bila tengok time table untuk hari ni.

TUTORIAL – JAM 2 PTG SEHINGGA 4 PTG!

Time ni, aku rasa malu kat diri sendiri sampai tahap 10! Malu dengan prof tahap 100! Patut la, classmate aku tengok luar biasa, ingtkan sebab baju raya aku yang ‘gojes’, tapi .. sebab kagum dengan keberanian luar biasa yang aku miliki..walaupun dah terlewat satu jam masih berani masuk kelas!

Aiishh…ni sebab terlebih makan kueh raya la nih.. jadual pun jadi dah tertukar..!





Monday, September 20, 2010

Kunyit dan wanita~

Yei..yei..ari ni hari Isnin. Gile meroyan betol, ada ke orang yang dah bekerja or study suka gile-gile kat hari isnin??? Yang aku tahu, hari idaman dan kegemaran ialah hari jumaat, sabtu and ahad. Pendekkan cerita, sebenarnya hari ni dah mula kena g class, suka sangat-sangat nak pergi kelas, suka sampai tahap nak merangkak pergi kelas! See..i suka sangat-sangat kan…?

Hari ni aku pergi kelas dengan berlagak ayu and sopan coz, mode raye masih ada dalam jiwa.. semua ok jer ari ni g class. Tapi…satu jer yang tak ok.. KUKU! Nak tahu kenapa tak ok?? Sebab kuku I berwarna kuning.. bukan sebab I tak basuh tangan lepas pergi tut..tut..yea. Tapi disebabkan oleh kerana tugas menjadi tukang masak kat rumah selama dua minggu. Warna kunyit kat kuku, still takmo hilang walaupun disental dengan berus tembaga! Ecee..cee.. nak berlagak pandai masak la konon, muahahha.

Tapi betol la, aku guna kunyit yang fresh dari ladang tuk goreng ikan and ayam. So, susah la sikit warnanya nak hilang bila melekat kat kuku. Ada sape-sape yang tahu petua nak hilangkan warna kunyit??Ishh… apa nak heran, I patut bangga bila kuku warna kuning, mesti jejaka-jejaka idaman Malaya cakap I pandai masak…buwerrkkk..nak termuntah dengan sendirinya bila baca balik statement aku tuh.

Kepada sape2 yang tak kenal pokok kunyit, inilah pokonya dan buahnya. Nampak yang warna koko tu?? tu lah buah kunyit.. see..see??






........




.............





....

KAH..KAH..KAH... Agak-agak la ...ada ker orang yang meroyan tak taw 'kunyit' tu ape?? Tetiba aku rasa nak bagi VIOS sebijik kepada sape-sape yang tak kenai kunyit!


Nota Lutut: Jangan pula pasni ada orang wat kunyit tu inai yea..lalallala.



Saturday, September 18, 2010

Jangan cuba-cuba jatuhkan saham sendirik OK~


Dua minggu duk kat kampung, betol-betol beraya sakan! Time nak balik kampung ari tu, aku rasa sebijik macam ‘badang’. Bagasi bekilo-kilo aku tarik macam tu jer, gara-gara nak balik kampung . Benda yang berat jadi ringan! Dalam otak hanya duk fikir nak berbuka puasa kat kampung jer time tuh. Naik bas 5@6 jam pun rasa macam 1 jam ( opcoz la rasa 1 jam, aku telan ubat mabuk..aku tido je~). Bukan tu je, before balik kg tu, tiket merupakan benda yang paling berharga, gamaknya 3 kali sehari aku duk merenung tiket tuh. Kalaulah tiket tu ‘manusia’ maybe aku dah jatuh cintan cintun dengan tiket tersebut. Dan 2 hari sebelum balik beraya, aku dah ciap mengemas dah. Itulah kuasa nak balik kampung!!

Time balik kampung, betol-betol beraya sakan. Pejam celik, pejam celik…tengok-tengok dah dua minggu kat kampung. Aduyai…malas betol nak balik Town( town ker, whatever la..kikikiki). Lau boleh, time ni tengok bagasi pun tak mau. Ish..ish…malas sangt nak cerita pasal kemalasan yang terlampau nih. Nanti menurunkan saham sendirik! Muahahahhah… Sebenarnya bukan malas, tapi kurang rajin je, maklumlah hati masih tak puas berada di kampung. Kalau aku cerita tahap kemalasan aku nih, konpom ada yang muntah ‘ijau’ nanti. Lagipun, mana boleh cerita…jatuh sahamku nanti..lalallalal..
Apa-apa pun, sekarang aku dah pun berada di Town n selamat sampai da… walau pun sampai sini belum cukup 24hr, aku dah gile ‘meroyan’ duk selak calendar, duk cari cuti lagi untuk balik kg lagi…
Hatiku pilu sekali, cuti raya korban jatuh pada musim exam @ musim ‘kecutkan otak’! ahh..pilih antara dua, mahu pulang atau tidak raya korban ni..!!


dan juga pilih antara dua..mahu jadi si TENGGANG or si MALIM KUNDANG!



straight from ulu hati-