Showing posts with label pengubat hati. Show all posts
Showing posts with label pengubat hati. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mari belajar berenang

1. Wait for the man who Doesn’t mind meeting your parents,
2. Opens the car door for you,
3. Makes you smile without trying,
4. Calls you beautiful & means it,
5. Doesn’t care when you hang with friends,
6. Lets you rest your head on his shoulder,
7. Kisses you on the forehead,
8. Holds your hand while he’s driving,
9. Doesn’t laugh at you when you fall, He just helps you up & asks if your okay.
10. He wants you to get along with his friends,
11. Will show you off to the world,
12. Makes sure your home by curfew,
13. Will tickle you even after you tell him to stop- Because he knows you secretly love it.
14. He is actually interested in how your day was,
15. He makes you sit in the middle of his truck - Because by the window is too far away.
ahhhh...manis macam gula-gula~
HE IS LIKE THAT...:)



dalam banyak-banyak ni, ada satu yang menarik perhatian, iaitu no.9!

pada suatu hari, aku b'ria nak belajar berenang, dan 'dia' pon jadi lah cikgu tak bertauliah aku.


' nak berenang kena tahu apungkan badan, cara nak apungkan badan senang je, kena relax n tahan napas kejap, bila dah terapung jangan nak dongakkan kepala.' panjang lebar cikgu bagi tazkirah cara-cara berenang.


bab apungkan badan, kiranya dah lulus 70%, sekarang masa tuk gerakkan kaki dan tangan supaya dapat bergerak ke depan. " nanti, rapatkan kaki, pastu gerakkan kaki laju2, tangan kena menguak kedepan".


dengan penuh semnagt la.. aku apungkan badan, aku gerakkan kaki, gerakkan tangan! tetiba rasa nak nak gelak terok2 walaupun masa tu tengah apungkan badan.


ade ke patut kaki aku terkankang, pastu gerak entah ape2, tangan lak duk tepuk2 permukaan air, da bukan mcm menguak da, da mcm rama-rama da.. terus aku tenggelam.


bila da cikgu tarik ke permukaan, muka cikgu relax je, tak gelak pon, aku je yang duk gelak tak sedarkan diri, tetiba cikgu tya" ok ke?!, da macam orang lemas da....".


bila cikgu nampak aku ok n gelak tak sedarkan diri, baru lah dia gelak ugak, bila dia dah gelak mulalah mengutuk2... aku ambik keputusan tak nak belajar lagi..whooooaa! agaknya, bila duk dalam air, arahan otak kepada kaki dan tangan tak berapa nak sampai kot~

p/s: sampai sekarang cikgu masih mengata,,,huhhh!

Wednesday, March 9, 2011

Melayan nafsu buaya

sejak akhir-akhir ni..macam-macam hal berlegar-legar dalam kepala. banyak sangat kerja, tapi tak tau nak siapkan yang mana dulu. akhirnya aku ambik keputusan untuk tenangkan diri...

mudah je cara aku tenangkan diri.. pergi kat perhentian bus, tunggu bus n naik bus.. jalan-jalan sampai tak sedarkan diri! kalau nak tenangkan diri kena la pergi sorang diri, baru mencabar..



bila dah berjalan tak sedarkan diri, segala tekad dalam diri tetiba jer hilang dibawa angin, tekad nak diet n kuruskan badan berkecai di tengah jalan. aku melantak kat kenny rogers roasters sorang-sorang, peduli hape aku!! segala jenis 'tea' yang aku terpaksa telan semalam, aku lupakan aje..



bukti aku makan sorang-sorang.. kat depan aku tak ada orang.. sebelah n bawah meja pon takdak orang.

dah puas melayan kerenah perot, sampai giliran tuk melayan kerenah nafsu pulak. jalan ke hulu ,ke hilir, aku rembat menda ni sepasang..



dah taw pakai menda nih menyakitkan segala jenis urat saraf kaki, tetap jugak beli.. itu lah nafsu durjana namanya!

menda nih, aku terpaksa beli, coz yang slalu aku pakai tertinggal kat kampung, lau tak pakai menda nih, tak sempurna rasanya idup aku, walaupun nampak biasa, bersesuaian dengan harga.. tak mampu nak beli macam yang sesetengah orang tu..ape nama tue..g shock bumblebee (casio)! huhh..



ni dia g shock bumblebee!


ni aku beli kerana tertarik, bukan kerana terpaksa or dipaksa.. entahla..nak belit macam mana pon aku ta taw..hahhaha. nafsu semata2!


ape-ape pun, seronok melayan nafsu buaya nih.. tapi yang tak seronok..duit keping-keping jadi makin nipis!

makan sudah, beli sudah, tido pon sudah..sekarang..sila pergi buat kerja shapika!!

Sunday, January 16, 2011

Wanita yang bahagia~




Tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakn
bersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hati
kerana ia tidak akan mengembalikan
orang yang tiada kepadamu..

hidup kadangkala tak menberi segalanya yang kita mahukan, ada masanya kita mengangis kerana sesuatu yang memberi kegembiraan di lubuk hati. ada masanya juga, kita menangisi sebuah kehilangan yang menyentap segenap ruang hati.

seringkali tertanya, dimana silapnya, dimana kurangnya, mengapa tiada keadilan yang setimpal. mengapa ia harus hilang di saat rasa bahagia bertamu! biarkan ia pergi, jangan disesali..jangan di ungkit, 'katakan pada hati, aku adalah wanita yang bahgia, berbanding jutaan wanita yang lainnya'.

lelapkan mata, berserahlah pada yang berkuasa untuk menentukan segalanya, yakinlah, pasti ada jalan yang terbaik di kemudian hari. bertawakallah dan yakin lah pada takdir yang telah tersurat~