Thursday, January 20, 2011

Orang atas makan isi, orang bawah makan tulang!


Harga getah semakin hari, semakin meningkat. Harga emas, dari hari ke hari terus naik. Tokey emas, tokey getah makin hari, makin banyak duit. Harga barang keperluan naik tiap-tiap bulan. Orang keje opis, gaji tetap macam tu jugak. Tapi harga barang semua meningkat, gula,telur, bawang, gandum, gas, semua naik. Telur 5 bijik 1 ringgit sekarang dah jadik 2@3 bijik seringgit. ataupun 5 bijik 2 ringgit.

orang kejer govermnt gaji tetap sama, tak sama orang keje sendiri, kontraktor xpe la, gaji masuk kadangkala tinggi, n kadangkala rendah. kenapa harga barang naik?? sebab harga minyak , getah n emas semakin tinggi? berapa kerat yang ada lombong emas, berapa kerat yang ada ladang getah, berapa kerat yang ada ladang sawit?? berapa ramai yang kerja opis, keje gvermnt, berapa ramai pekerja am n swasta??

budak-budak unibersiti pulak, semua barang nak kena beli, semua buku nak kena beli. setiap semester harga buku, harga barang keperluan makin naik, ada duit PTPTN dinaikkan?? kalau naik pon, maknanya hutang dengan kerajaan makin naik la.

makan nasik sepinggan tengah hari kat cafe Universiti, harga rm 6.50. lauk ape?? lauk ayam seketul, sayur, and sebijik hati ayam.. kalau jenis makan 3 kali sehari macam mana? duit pinjaman 6 bulan, lebih kurang 3 ribu je pun. tengah bulan ok la lagi.. akhir bulan, nak kikis duwet kat mana?? yang ada kebun getah mak bapak boleh la tolong kikis kat batang getah. yang tak der?? nak g kikis bulu betis kerinting bos mak bapak diorang??

aku ni bukan tak reti nak bersyukur, tapi aku rasa tak adil, bila orang pangkat besar-besar duk goyang kaki dapat duk senang2.. orang bawah-bawah ni, serabut kepala hotak nak pikir nak beli bawang, beras, minyak..semua harga dah naik!! sesetengah orang besar g melancong sampai guna duwet rakyat sampai satu juta lebih! what the hell?? aku tak halalkan kalau benda tu bukan yang sepatutnya jadi milik diorang.. yang bawah-bawah tertindas.

aku bukan nak tunjuk aku pro mana-mana pihak.. sape ada otak, masing-masing boleh fikir la kan..??

ni, aku meroyan sakan sebab aku kena beli menda dalam gamba nih, and aku kena tibai teruk2 time makan kat kafe tengah hari tadi.. panas ati.


aku baru beli dua gelung dawai, tapi kena guna 5 gelung lagi kot!! ni projrk punya pasal la nih~ satu gelung da 5 hinggit. pemotong dawai tu pulak da 10 hinggit! pokai la nampaknya.. makan nasik pulak, lau satu hari kena 18 hinggit. bahagia tahap cipan!

p/s: ni projek pertama, ada 2 lagi projek! huh~ duwet mengalir bagaikan air, mengalir keluar, bukan mengalir masuk~

Wednesday, January 19, 2011

Thaipusam~ Jem Strawberi tumpah atas jalan

Thaipusan jatuh pada hari khamis, kita yang tak berkaitan dengan thaipusam pon bersuka-ria menyambutnya di atas katil, sambil bergolek-golek senang ati. Dapat juga mengisi hari bersama keluarga, bagi yang dah berkeluarga. Bagi yang belum, seronok berdansa bersama kawan-kawan, dapat melupakan seketika tentang kerja dan kuliah sesuatu yang menyeronokkan.

kita biarkan mereka yang beragama Hindu itu menyucikan diri mereka dengan cara mereka yang tersendiri, tapi..janganlah kita tolong pergi sesakkan lalu lintas. lebih baik duk di rumah bermain dengan anak-anak daripada pergi tengok jem strawberi tumpah kat atas jalan. yerkks!


~ pic tak ada kaitan, tapi suka suki~

nampaknya, aku terpaksa memanjakan diri di atas katil seharian, awal-awal lagi telah menolak ajakan kawan-kawan yang mahu outing. dinda tidak sanggup melihat jem strawberi yang tumpah di atas jalan..

p/s: ini penang, bukan kelantan!.. duduk dalam bilik pon da dengar upacara yang 'mereka' lakukan! haiyaa..manyak seram lorh~

Tuesday, January 18, 2011

Tafsir Mimpi~

Allah tidak membebankan pada seseorang,
melainkan sesuai dengan batas kesanggupannya.

Tersedar dari tido dalam keadaan terisak-isak,.. dada berdebar-debar. Owh, mimpi rupanya, tapi rasa macam real. Dalam mimpi tu, rasa sangt kosong dan dukacita, sakit dan demam. Terasa sendirian dan takut.



Bila dah tersedar dari tido, terus berfikir sejenak..sambil sapu air mata yang keluar tak henti-henti. eh..aku mimpi la, bukan betol-betol pun.

'Jauh sangat roh aku keluar berjalan-jalan semalam, sampai balik kampung, pergi jumpa mak aku, mengadu-ngadu demam. Tapi, syukurlah, roh aku tahu jalan pulang dan bersatu kembali dengan jasad aku.'

~BERBAHAGIALAH ENGKAU DENGAN HIDUP INI SEBELUM MATI DAN PETIKLAH BUNGA ITU SEBELUM DATANG MUSIM GUGUR~

Nota hati: Mungkin secara kebetulan, aku mendapat berita yang 'biasiswa' dah masuk.. alhamdulillah.

Sunday, January 16, 2011

Wanita yang bahagia~




Tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakn
bersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hati
kerana ia tidak akan mengembalikan
orang yang tiada kepadamu..

hidup kadangkala tak menberi segalanya yang kita mahukan, ada masanya kita mengangis kerana sesuatu yang memberi kegembiraan di lubuk hati. ada masanya juga, kita menangisi sebuah kehilangan yang menyentap segenap ruang hati.

seringkali tertanya, dimana silapnya, dimana kurangnya, mengapa tiada keadilan yang setimpal. mengapa ia harus hilang di saat rasa bahagia bertamu! biarkan ia pergi, jangan disesali..jangan di ungkit, 'katakan pada hati, aku adalah wanita yang bahgia, berbanding jutaan wanita yang lainnya'.

lelapkan mata, berserahlah pada yang berkuasa untuk menentukan segalanya, yakinlah, pasti ada jalan yang terbaik di kemudian hari. bertawakallah dan yakin lah pada takdir yang telah tersurat~

CONTEST "SICOMEL BERGAYA"


sila klik disini~ ehhe.

ini adalah contest si cumel bergaya. walaupun aku tidak berapa nak cumel, dan sememangnya aku sudah tidak layak untuk menyertainya. tapi, suka suki jugak nak sertai. terpaksa la memimjam anak kakak aku. hik3. maaf, aku masih bujang.!

budak ini tidak lah begitu bergaya, tapi sakadar cumel dimata aku. orang len tengok, semestinya mempunyai perspektif yang berbeza..muahaha.

chaiyook Amad..chaiyook..

nama baby: AHMAD MUKHLIS AISAR ( 23.5.2009)
IBU: ROSDIAYU

p/s: nanti mak su beli yang baru spek mata itam, brand 'ray ban' hooyehh!

Saturday, January 15, 2011

Contes Jelingan Manja

firstly..gelak untuk diri sendiri dulu..ik.ik.ik.

okeh, suka - suki aku menyertakan diri sendiri dalam contest 'jeling-menjeling'. nak taw lebih lanjut sila tekan disini..hehehe.

sape nak ikot serta, korang boleh jeling macam owner punya blog contest ni.. iaitu cik bulan





aku mempunyai banyak jenis jelingan, jelingan kucing, harimau, merpati..semua aku boleh buat!

tapi kat sini aku nak menjeling seperti ini sahaja~ ehhee..

ikhlas aku nak gtaw.. aku pon tak tau, ni ape jenis namanya, menjeling or juling!
lebih kurang la tuh, yang penting menjeling gaya kucing..! ni manja or majuk nih??

kot-kot cik orked nak ikot serta, sila2.

i dot noe la..watever!! ngee~

Teman di alam maya~



terima kasih kerana telah membelanja saye 'secukup-cukup rasa'! terasa dihargai,walaupun u terlupa untuk buang resit. kah4. ok lah, i taw la, itu maknanya u nak i belanja u pulak..

cheese cake!! hoooyeh.. i loike! tak salah u keluar zakat sebulan sekali..kan.. untuk sape..?? untuk kawan terbaik di alam maya la..



dah boncit rasanya~ dan beronok-ronok rasanya!
tq to my besh friend di 'alam maya'~

Friday, January 14, 2011

Saya Pelajar USM~

aku mengaku, ini adalah entry yang paling geli aku penah buat.tajuk entry dah buat aku malu dengan sendirinya. keh3. aku sebenarnya agak malu untuk 'mempublishkan' yang aku ni student USM. kalau boleh aku tak nak pun sebut dalam blog ni pasal USM. Tapi apakan daya, keinginan mengatasi segalanya. ketika berjalan-jalan sambil meniarap, aku telah terjumpa blog ini(sila klik disini) hohoho.

kini segala-galanya telah berubah,..
baiklah,aku pelajar unibersiti sains malaysia, aku berada di kampus induk iaitu di pulau pinang. aku bukan doketor kerana aku bukan berada di kampus kubang kerian, dan aku juga bukan engineer kerana aku tidak berada di kampus kejuruteraan! aku tidak mungkin menjadi engineer, tapi aku mungkin akan dapat menjadi doketor!!(daydreaming)! huh~

aku sedang mendalami course geography, dan akan terus mendalaminya sehingga peringkat sarjana sains wilayah. (insyaallah). malu ai..hehehe.


lihat, ahli geography punyalah fokus wat kejer, mengalahkan doketor..kih3. yang fokus tu orang lain, masalahnya..bukan aku!

dalam makmal inilah jua, aku bergaduh-gaduh dengan abg prof.ruslan. gara-gara aku mahu mengambil bikar kaca untuk wat experimen, tapi dia suruh aku guna bikar plastik je. apa class guna yang plastik, rasa macam tak mencabar langsung!

pung pang,pung pang gaduh.. kena jugak guna bikar plastik! dia senyum soronok bila aku kalah dalam perdebatan tersebut.,

bila aku nak ponteng kelas sikit, mula la dia cari, mana geng bikar plastik!! aku di cop geng bikar plastik. huh~ xde peluang nak ponteng pon!! apa-apa pon aku sangat seronok membuat beberapa projek dibawah seliaan beliau.. ehhe,walaupun kadang-kadang aku memanggil beliau sebagai, 'kanda belimbing'.

noya kaki: psst! dia bukan tahu pon aku panggil dia kanda belimbing! belimbing sebab idungnya seperti buah belimbing.. keh3.. kalau dia tahu, mesti dia panggil aku idung jambu!! konpom~

Hidup Biar sedap

hidup berjalan dengan tidak lancar, hati gundah gulana bila beberapa perkara ini aku abaikan.. betol-betol rasa menyesakkan dada dan kepala otak. semua benda yang aku buat aku akan rasa tidak kena. rasa tak sempurna!

pertamanya~ bila bakul baju kotor semakin penoh, hidup rasa tak berapa nak senang. serba benda yang dibuat rasa tak kena.kepala otak duk terfikir bakul baju sahaja.. kesimpulannya, sila pergi basuh pakaian anda sapika..sebelum ia menjadi gunung ganang,dan terus membuatkan anda pengsan tak sedarkan diri!

keduanya~ bila berada diantara kawan-kawan yang sedang bertegang urat, yang disini kawan, yang disana pun kawan. apa yang aku buat, ialah buat-buat tak tahu dengan apa yang berlaku..keh3.

ketiganya~ bila tiba musim perayaan, dada dah mula dup dap dup dap.. meratapi nasib diri. berusaha sekeras tenaga untuk pergi kaunter tiket and then paksa-paksa orang jaga kaunter bagi tiket balik kampung. bila dah dapat tiket...dengan bangga duk tayang-tayang tiket depan orang yang tak dapat tiket!

one more thing.. emm..aku pon rasa sesak kat dada bila aku dalam mood gaduh, tapi xder orang nak layan..keh3.. ape class aku je duk pung pang pung pang, dia wat relax jer.. dia wat tak heran...


~ iklaneka~ simple!

nota kaki: berapa banyak nak sebut dada nih? heh!!buang tabiat??

Wednesday, January 12, 2011

MEMO

OKE, hari ni dah hari khamis, maknanya..isok aku dah bermula cuti..sampailah hari selasa~ hooyehh..

tapi...sebelum itu..sila tengok senarai keje anda sapika!!

keh3..ni baru 'memo' yang sebelah kanan, yang sebelah kiri???
tengok separuh-separuh sudaa... nanti gelabah..hohoho!

nota kaki: wish u luck sapika!

Tuesday, January 11, 2011

Warning Letter



I cherish each n every day wif you. You are the first thing I think of in the morning and the last thing at night. I love to hear you laugh, see you smile and watch you eat. You have a way about you. You are irresistible to me and I don't know how anyone could let you go. I know I never will.

I didn't used to be romantic but you bring it out of me. You have taught me so much and I admire your strength. The thing I love most about you is how you can change my mood from sad to happy. I am yours for as long as you will have me.

nota kaki: ehh..tersilap tittle!!! keh4

Berita Baik~

alam persekolahan dah bermula sejak 2,3 minggu yang lepas.. ada berita baik yang aku ingin kongsikan bersama.satunya ialah, dalam masa seminggu, aku hanya perlu pergi school 2 hari sahaja, iaitu hari selasa dan khamis.

pada hari selasa, class hanya dua jam, sementara hari khamis pula 6 jam. berbaloi-baloi rasanya.. makan tido aje keje nya.

yang paling penting, sejak minggu pertama persekolahan, aku pergi school pakai baju kurung.. rasa bangga pada diri sendiri melimpah ruah rasanya..keh.keh.keh. si sarahanum( kawan sekelas) tertanya-tanya, kenapa si sapika selalu pakai baju kurung..mungkin mereka rasa luar biasa.

aku menjawab dengan rendah diri.. ' keinsafan sudah datang dalam hidup saya sarahanum'( menjawab dalam hati).


muka versi ape macam nih?? marah ke lagha or meroyan nih??keh4




nota kaki: segala jenis jin( jeans) masih terkurung dalam kotak la, keh3.. belum tiba masanya untuk mereka semua keluar dari kotak.. saatnya akan tiba apabila aku bangun tido 30 minit sebelum kelas bermula!

Monday, January 10, 2011

Kenapa tunjuk bontot~

aku bukan nak riak dan takabur, cuma aku nak bagitaw yang rupanya-rupanya aku ni 'insan terpilih'. keh.keh.keh.


sape nak sangka, dalam usia yang masih muda ni pon, dah bakal jadi kaya raya.. bagaikan bulan jatuh ke riba!


meh baca dengan teliti saat-saat manisnya saya bakal menjadi kaya raya..


HELLO


I am Mr. Akifah Qareebah, the personal account officer of late Mr.Werner Karl who has an account in one of our banks here in Guine. The account was opened in 2004 and he died in 2007 without a written WILL and since 2007 nobody has operated on this account again, hence the money has been floating and if I do not remmit this money out urgently, the Government of Guinea will confisticate the funds.being that this is a great opportunity for me, I now contact you for assistance to transfer the fund (euro €10.600.000 ) Ten Million Six Hundred Thousand euro to an oversea account. I solicit your assistance for me to present you to my bank as the beneficiary of the account. The owner of this account is a foreigner and no other person knows about this account or anything concerning it, the account has no other beneficiary until his death. As a matter of fact, I have decided to transfer this fund abroad for investment and also to use my own share of the fund to take my wife to abroad for liver damage treatment. Your assistance as a foreigner is necessary because the management of the bank will welcome any foreigner who has correct information to this account which I will provide for you immediately, if you are interested to do this business with me. With my position here in the bank the money will be transferred to the account you will provide with assurance that this money will be intact. At the conclusion of the transfer you will take 40%,and the remaining 60% will be for me. If you are interested, reply and send me your full account details.
RegardsMR.Akifah


oke, ni yang dalam versi ibunda~


HELLO saya Mr Akifah Qareebah, pegawai akaun peribadi Alyarham Karl Mr.Werner yang mempunyai akaun di salah satu bank di Guine. Akaun ini dibuka pada tahun 2004 dan beliau meninggal pada tahun 2007 tanpa menulis sebarang wasiat. Sejak tahun 2007 tidak ada yang menguruskanakaun tersebut, maka wang tersebut telah bertambah semakin banyak .Jika saya tidak keluarkan wang ini, Kerajaan Guinea akan mengambilnya.

ini adalah kesempatan besar bagi saya, saya menghubungi anda untuk meminta bantuan untuk memindahkan dana (euro € 10.600.000) Sepuluh Juta Euro Enam Ratus Ribu ke akaun luar negeri. Saya meminta bantuan anda untuk hadir ke bank sebagai penerima akaun. Pemilik akaun ini adalah orang asing dan tidak ada orang lain yang tahu tentang hal akaun ini. Akaun ini tidak memiliki manfaat lain selepas kematian Alyarham Karl Mr.Werner . Sebagai soal fakta, saya telah memutuskan untuk mengalihkan dana ini di luar negeri untuk pelaburan dan juga untuk kegunaan sendiri . serta untuk rawatan isteri saya di luar negeri bagi rawatan kerosakan hati. bantuan anda sebagai orang asing diperlukan kerana pihak pengurusan bank akan menyambut setiap orang asing yang mengandungi maklumat yang benar dengan baik .

untuk akaun ini yang saya akan memberikansebahagiannya untuk anda, jika anda tertarik untuk melakukan perniagaan ini dengan saya. Dengan kedudukan saya di bank wang akan dipindahkan ke akaun anda akan memberikan dengan jaminan bahawa wang ini akan kekal. Pada akhir transfer anda akan mengambil 40%, dan 60% selebihnya menjadi milik saya. Jika anda berminat, sila hantarkan butiran lengkap akaun anda kepada saya.

MR.Akifah ..


okeh, makasih berlori-lori untuk Mr. Akifah..




apa main tunjuk bontot nih~ ngee..

nota kaki: bagaikan mat jenin!!




Saturday, January 8, 2011

Home sweet home~


dalam hidup ni, banyak rupanya persamaan. dalam dunia ni..kalau besday kita 21 jun, maknanya kita berkongsi tarikh yang sama bersama 9 juta orang lagi.


bukan tu saje, yang paling sedihnya... belog ini bernama 'home sweet home', dan rupanya ada jugak belog lain yang bernama ' home sweet home'..


tengah jejalan, tetiba terjumpa.. huhuhu.


tak ape lah, biar nama belog yang sama.. tapi orangnya berbeza...
keh3, dia pemes la wei.. follower ribu riban, mana dia nak pandang belog selipar jepon macam nih. ..


nota kaki: beronok-ronok rasanya.. dapat memenatkan diri! , makan tak sedarkan diri..boncit!!

Friday, January 7, 2011

Sorang ngada-ngada, sorang kepala angin...

kan dah kata.. jangan..jangan..

tapi degil jugak..!

kan dah kena...




kan dah kata, jangan sumpah seranah..

nasib baik sumpah half-half sahaje..

kan dah kena batang idung sendiri..




kan dah kata..

jangan bising-bising...

simpan dalam hati je...




tapi degil..!

22.44 duk bising-bising..

23.50 dah senyap-senyap,bisik-bisik...

apa nak jadi ni...?

apa nak jadi...


ahai...perangai masing-masing tak boleh blah langsung...keh.keh.keh.


apa nak jadi dengan kamu ni.. sorang ngada-ngada, sorang kepala angin!




nota kaki: i'm sory~

Putu Bambu, Putu Halba dan Pesta Air

musim telah berubah, di kelantan mula dilanda banjir. time bulan 11 & 12, katak tak berapa nak panggil hujan, coz duk sibuk berlakon dengan nora danish dalam cerita putera katak.

sesetengah orang kata banjir tu sebagai bencana, tapi bagi orang kelantan ia sebagai pesta air. mana tak nya, orang duk kerja luar kelantan bila musim banjir je, sibuk nak balik kampung. bukan apa, nak tunggu banjir kat tengah-tengah pulau pinang ni, alamatnya tidak akan berlaku lah. kalau orang selangor, bila banjir bukan boleh main air sangt pon, mana ada perahu..mana ada rakit..silap-silap hari bulan bumbung kereta yang jadi perahu. bukan begitu ke??


bila musim tengkujuh di kelantan, maka akan timbul lah sejenis kueh yang unik . ianya sedap di makan ketika masih panas-panas. sesuai dengan keadaan yang sejuk di musim hujan.

ok, mari berkenalan dengan kue 'PUTU HALBA'.

kuih putu halba ni, akan ada musim hujan sahaja, dan mungkin tiada di negeri-negeri lain. hanya ada di kelantan sahaja.

bahan-bahan untuk membuat kueh ini ialah ubi kayu yang di mesin, dan dikeringkan. gula melaka dan halba.


ini cara nak kukus kuih putu halba ni..





ok, yang ni dah masak, tapi kena letak kelapa parut baru lebih terangkat..kalau seperti gamba diatas, harganya RM2 hengget.


ok..kalau sape-sape nak rasa kueh ni, sila-sila lah melawat kelantan, tapi hanya pada bulan 11 & 12 sahaja ye. kerana kueh ni hanya akan wujud ketika hujan 'berek-berek' sahaja.

okeh, sebenarnya kueh ni wujud pada musim hujan sahaja disebabkan oleh .. yang pertamanya, pada musim hujan, ubi kayu akan mudah rosak, kerana akan ditenggelami oleh air banjir. untuk mengelakkan ubi kayu rosak dan membazir, mereka-mereka yang kreativ ni pon, telah mngeluarkan sejenis kueh yang diberi nama putu halba.

yang keduanya ialah untuk menambahkan pendapatan di kala musim hujan...

ok, ni lagi satu adik beradik PUTU HALBA@ PUTU PIRING, ia diberi nama putu bamboo..



cara nak masak nya.. kena la guna bamboo..

nota hati: lain orang lain ragamnya, lain tempat..lain budayanya.

Farmasi Scandalism


aku ni bukan lah baik sangat, dah 3, 4 baris ayat mencarut aku tulis, tapi aku padam balik. bila fikir-fikir aku menyumpah seranah, mencarut pun, benda dah jadi.. orang yang aku carutkan pon, orang yang selalu aku 'timang-timang'.

aku rasa, kesabaran aku ni ada tahapnya juga, tak perlu nak menguji tahap kesabaran yang aku ada. tapi hari ni, kesabaran aku sedikit tergugat. sedikit, mungkin sebesar biji jagung!

mana lah tak tergugat bila, kesetian aku dicabar, ada ke patut 'dolah' ni cakap aku menggatai dengan 'pak cik posmen'. pak cik posmen ni aku kenai tak sampai beberapa jam, tu pon sebab 'pak cik posmen' col bagitau yang barang aku hantar untuk' doloh' ni terkandas kat pejabat pos. pak cik posmen bagitau yang tuan punya alamat dah pindah!

pak cik posmen siap perli aku, eh, alamat ' bf' ' sendiri pun tak taw ke? mana nak letak muka den..? bila pak cik posmen perli macam tu.. ( tolong la fikir sendiri).

dalam hotak aku pula, duk kata yang 'pak cik posmen' ni sebenarnya kawan-kawan 'si dolah' yang sedang berlakon nak kenakan aku. aku duk fikir yang dolah n kawan-kawan sepakat nak kenakan aku. haishhh.

aku carik no tepon pejabat pos klang kat google, tapi ni no nye, 03-3371-5555, dan bukan seperti no ini, 03-3167210x, aku kol sekali lagi nak pastikan yang tepon aku tu pejabat pos. aku kol pun bukan nak mengorat pak cik posmen, bukan nak menggatai, nak tuduh2 aku pun pakai otak la. kalau benda yang terkandas di pejabat pos tu tak begitu bermakna untuk kau, tak de nya aku nak terhegeh-hegeh berusaha kol sana sini..




aku kol kau sendiri, kau tak jawab.. ( kau sedap-sedap tido, aku ni duk fikir nak selesaikan masalah)..

alih-alih bila aku bercerita, kau kata aku menggatai dengan pak cik posmen??

bila nak sttle je, kau ambik jalan shortcut!!

heh~ panas ati, tolong siramkan dengan ais berlori-lori.. tulong! di mana ada ubatnya, untuk hilangkan panas hati ini??






ape???



ubatnya ada di farmasi scandalism???
sape yang jaga kaunter??
fahrin ahmad,
awal ashari.



oh no!!



terok-terok dia pun,


dia 'one in a million' yang suspek aku menggatai dengan pak cik posmen.. keh3..


tak tercapai dek akal...( kadang-kadang 'dia' macam gula-gula..manis!)


nota hati: aku tak pernah wish ' luv u more untuk pak cik posmen'.

Tuesday, January 4, 2011

Jangan jadi setan~

orang memberi kita menerima.. kalau menolak pemberian orang nanti orang kata sombong pula..kan.kan??






okehh, aku ambik bila orang bagi..tapi fikir-fikir, perlu ke makan menda ni??





bila fikir-fikir, tengah fikir-fikir.. belom habis fikir lagi, dah tinggal separuh da..


bila fikir habis-habis, tak elok membazir..! membazir itu amalan setan. aku tak mau jadik setan.!

nota hati: menda-menda macam ni tak mampu membeli sebuah kemaafan dari aku la wei...

( kekanda tetap yang utama)

Monday, January 3, 2011

Jalan Pulang

'hidup perlu ini perlu bertegas'

bila buka belog, tengok2 si zackzukhairi dah hupdate belog dia. lama dia tak hupdate, dekat 3,4 bulan rasanya. bila sekali hupdate, komen da masuk ratus-ratus. hebat betol lu ni zack.. lu guna ubat guna-guna eh??

bila buka belog kekasim encik apek or khairul fahmi, da cecah juta da yang skodeng belog si kekasim ni. dah jadi pemes emes dah pun si kekasim ni. bila baca belog jejari runcing ni, rasa macam aku pula yang tumpang risau and runsing. keh.keh.keh. buah ati dah jadi pofular, artis indon n malay pun duk sebut-sebut, sape tak risau??



orang biasa-biasa macam aku ni pom, bila ecik kassim buat-buat terkena penyakit bibit-bibit gatai meroyan, mula la aku terkedek-kedek naik angin. bila berada dalam situasi ni, kena la si jejari runcing tu banyak bersabar. ramai orang yang suka melihat kebahagian dia, dan ramai juga yang iri hati dengan kebahgian tersebot. orang-orang yang iri hati ni, biasanya wujud sebab mereka tak dapat apa yang mereka nak.. semoga bahagia, dan jangan mudah melatah.

okehh.. aku bukan nak bercerita tentang orang-orang pemes. aku nak bercerita bagaimana untuk selamatkan diri apabila agak-agak tak tahu no bus.. bila tak tahu no bus, maknanya tak tahu jalan pulang ok!

ok, begini caranya...



tengok! senang bukan caranya..?

tak faham eh?

begini ye caranya, agak-agak orang tu pakai bag ada jenama USM, follow je la. kih3. konpom dia nak g USM gak.

kamus dewan: kekasim @ kekasih.