Friday, January 14, 2011

Hidup Biar sedap

hidup berjalan dengan tidak lancar, hati gundah gulana bila beberapa perkara ini aku abaikan.. betol-betol rasa menyesakkan dada dan kepala otak. semua benda yang aku buat aku akan rasa tidak kena. rasa tak sempurna!

pertamanya~ bila bakul baju kotor semakin penoh, hidup rasa tak berapa nak senang. serba benda yang dibuat rasa tak kena.kepala otak duk terfikir bakul baju sahaja.. kesimpulannya, sila pergi basuh pakaian anda sapika..sebelum ia menjadi gunung ganang,dan terus membuatkan anda pengsan tak sedarkan diri!

keduanya~ bila berada diantara kawan-kawan yang sedang bertegang urat, yang disini kawan, yang disana pun kawan. apa yang aku buat, ialah buat-buat tak tahu dengan apa yang berlaku..keh3.

ketiganya~ bila tiba musim perayaan, dada dah mula dup dap dup dap.. meratapi nasib diri. berusaha sekeras tenaga untuk pergi kaunter tiket and then paksa-paksa orang jaga kaunter bagi tiket balik kampung. bila dah dapat tiket...dengan bangga duk tayang-tayang tiket depan orang yang tak dapat tiket!

one more thing.. emm..aku pon rasa sesak kat dada bila aku dalam mood gaduh, tapi xder orang nak layan..keh3.. ape class aku je duk pung pang pung pang, dia wat relax jer.. dia wat tak heran...


~ iklaneka~ simple!

nota kaki: berapa banyak nak sebut dada nih? heh!!buang tabiat??

No comments:

Post a Comment