Sunday, April 22, 2012

I'm Coming Home

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat suka duka...

Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan..

soklan: putus cinta ke???

Friday, June 17, 2011

kebahgian orang tua..

hello cuteness gurl n machoness boy.. harapnya baik-baik semuanya.

dah macam-macam aku tulis, tapi aku padam balik, sebab aku tak tau nak tulis pasal apa. banyak sangt yang aku nak tulis tapi tak tau nak mula dari mana. kalau boleh tempek je, dah lama aku tempek kat blog ni dan tak perlu nak tulis-tulis lagi.

dah lama aku tak buka diari nih, sebab aku sibuk tanam buah anggur kat ladang. tanam buah anggur banyak-banyak n buat jus, lebihan jus tadi proses wat kismis.aku ni kalau bab berangan memang boleh bagi gred A.

ada satu persoalan asyik bermain dalam kepala aku, aku tertanya-tanya yang mana lagi penting, lelaki yang boleh menjaga hati aku atau lelaki yang boleh menjaga hati orang tua aku??

aku tak kisah kalau lelaki itu menyakitkan hati aku, janji dia boleh menjaga hati orang tua aku.

bila difikir-fikirkan, adakah ini disebut sebagai satu pengorbanan? aku mengorbakan perasaan sendiri demi memenuhi keperluan insan yang aku sayang. biar aku berkorban sedikit, kerana orang tua aku telah berkorban begitu banyak untuk aku. aku mahu diakhir kehidupan mereka, mereka merasa tenang dengan kehidupan aku bersama lelaki yang tahu menjaga hati mereka dan menjaga hati aku.

aku mahu mereka melihat aku mengecapi kehidupan yang bahgia, aku tidak mahu mereka melihat kehidupan aku yang tidak sempurna disisi lelaki yang tidak pernah menghargai mereka.

bersabarlah wahai hati... pasti Allah ITU MAHA MENGETAHUI DALAM SEGENAP RUANG HATI HAMBANYA.. hanya ALLAH jua yang dapat mengubah hati setiap hamba-NYA. amin.

Saturday, June 4, 2011

i wish...

salam..
setelah sebulan berusaha menjadi penternak lemak yang berjaya.. akhirnya terbukti aku telah berusaha dengan sangt gigih.. ye! aku berjaya!! menjadi penternak yang berjaya..

sebulan!!

sangat sekejap... tak terasa..

isok.. aku akan ke PENANG!

untuk mencari sesuatu yang telah aku tinggalkan.. mungkin sebuah kenagan... sebuah kegembiraan aku bermula disana...

hati sedikit tergugat...


i wish...

akan dapat cincin emas putih seberat 2 kg!



akan dapat cake yang kiut miut!


bila saya buka mata..dia ada di depan mata!!

oh no..semua tu tak penting! saya cuma mahu dia ingt ari lahir saya.. saya mahu dia raikan saya.. buat saya lupakan semua yang berlaku...!

saya harap...
dia ada untuk saya... sebagaimana dia ada untuk orang lain..

p/s: cemburu pada mawar merah?? mungkin! melalut?? mungkin juga..muahahha!

Monday, May 2, 2011

nasib si anak bongsu~

di lahirkan sebagai anak bongsu bukan bermakna segalanya itu indah. yang indahnya cuma bila hari raya, dapatlah duwet berkepuk-kepuk dari abang n kakak-kakak. ada lagi..sangat indah bila mau itu, mau ini...n tahap untuk dapat barang tersebut hampir 90 peratus.

bila berebut nak duk bawak ketiak cik jijah dengan anak buah sebesar jari kelingking pon aku yang menang.. ape2 pun, aku yang boleh aku yang dapat. seronok bukan!! sangat seronok!!

tapi bila dah makin dewasa, semua tu dah tak memberi apa-apa makna lagi..

bukan aku mau kata, aku sudah tidak memerlukan kasih sayang dari mereka lagi..bukan begitu maksud aku..cuma agak tidak selesa bila masih dianggap kecik walhal badan sudah besar gedebak!

dipendekkan cerita..

tetiba malas nak bercerita!!


( mana boleh dapat kain ini, tetiba rasa nak wat baju raya?)

cerita yang tiada kaitan dengan cerita asal!

Monday, April 18, 2011

bila haiwan ada akaun pesbok, inilah status mereka~

KALAU BINATANG ADA FESBUK, AGAK2 BEGINI LA KOMEN2 DORANG ARI2 EH.... ALAA MCM YG KOWANG SHOUTOUT KAT POST TU...HU HU!!!!....JOM GELAK AR!! WARGKAKAKAKA!!!!

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Friday, April 8, 2011

Manusia tidak pernah menghargai peluang pertama, cubalah untuk memberi peluang kedua dalam mencari kesempurnaan~

lepas balik kelas, aku rehatkan kaki dan badan sebab kena berjalan kaki dari kelas ke hostel. hilangkan lenguh-lenguh.. pastu memenuhi tanggungjawab pada perot pula, cacing-cacing dalam perot meliuk lentok dan menyanyi manja mintak diberi makanan. aku sarung tudung mak cik indon.. coz malas nak seksa diri belit-belit selendang. lagi pun nak g beli nasik sebungkus kat kafe aje. dijadikan cerita aku boleh pulak bersembang dengan mak cik kafe ni.. dari hal biasa-biasa kepada hal peribadi. aku terlopong bila mak cik ni cakap dia janda. janda selepas berkahwin dan berkongsi hidup selama 28 tahun!! alasan yang memisahkan mereka ialah 'tiada keserasian'. suami mak cik tu ceraikan mak cik tu sebab dia rasa tidak serasi dengan mak cik kafe tu.


wadepak man..!!


selepas susah-susah tolong beranakkan anak-anak untuk laki tu, lepas susah-susah penuhi tanggungjawab sebagai isteri, lepas susah-susah n senang-senang bersama, boleh pulak ditinggalkan... kalau nikah baru 5@6 tahun aku boleh terima la alasan tak serasi.. ni dah 28 tahun derr..! bukan 28 hari!


mak cik kafe: 'dik, dik nampak mak cik ni da tua ke?'


aku : eh...mana ada.. muda lagi, ta nampak tua pon, mak cik pon dressing mcm orang muda.. mak cik : tu la.. pak cik ko tu memnag tolak tuah..


aku : erkkk..emmm..


mak cik kafe: mak cik ni, tiap-tiap malam pakai krim kecantikan, telan pil binari untuk lancarkan perjalann darah, telan pil spirulina( salah eja kot) untuk melembutkan kulit, cuci mula dengan olay, pastu guna yang 7 in 1 krim olay. mak cik selalu jaga mata, xnak bagi ada eyebag!bla..bla..bla..


aku : oh yea mak cik?? patut la muda g nampak..


mak cik kafe: entah..memang pak cik ko tolak tuah dik...


aku : tak pe la.. mak cik boleh berdikari sendiri...cantik pulak tu..


mak cik cafe: tapi..mak cik geramnya.. kenapa la dia tak ceraikan mak cik time mak cik muda2 dulu.. dah tua sekarang baru nak cerai!! kalau time muda dulu..berderet orang suka mak cik..


aku : erkk... ok la mak cik. saya naik dulu ye.. alah, tak pe.. acik cantik g, xder nye nampak tua!


mak cik cafe: ok dik.. senang2 datang la beli makanan lagi..


aku nak gelak pon ada.. simpati pon ada.. aishhh...dunia..dunia.. macam biasalah, manusia tak pernah melakukan sesuatu perkara dengan sempurna untuk peluang pertama. bila adanya peluang kedua, pasti sesuatu itu akan berlaku dengan lebih sempurna.. tak caye...?? sila lah cuba untuk memberi peluang kedua~

Thursday, April 7, 2011

Saya budak baru belajar, baru umur 16 tahun..~

aku mengaku, aku tak pandai ambik ati orang tua, setakat bercakap sikit-sikit boleh, aku tak pandai nak ambik ati orang tua sampai dia boleh gelak golek-golek dengan aku.. itu memang aku mengaku. aku tak pandai.


tapi.. aku perasan satu perkara, budak-budak mudah masuk dengan aku... aku pun mudah masuk dengan budak-budak. mungkin sebab aku suka melayan budak-budak agaknya. tak kira lah besar mana budak tu, aku akan melayan.. asal je nama budak! mungkin sebab aku ni jenis tak ade adik, jadi aku jadi suka melayan budak-budak. dan aku ni anak buah dah ada 9! so aku dah tahu kerenah budak-budak.. aku jadi tak kekok nak layan budak-budak.


aku pun tak taw la nape budak-budak tak berapa takot dengan aku.. hahahha. nak kata muka baby face..jauh asap dari panggang... aku pon heran! heran sungguh..nape budak2 minat dengan aku.. aishhh~. abang-abang budak xde pula yang minat! kih4..menggatei..


ada sorang budak ni, aku jumpa dia time dia umur 4 tahun.. tetiba dia datang add aku kat pesbuk! ingat lagi budak ni kat aku..tak sangka dia ingat lagi kat aku, padahal time tu dia baru 4 tahun, masa tuh aku duk ralit kendong kesana kemari budak tu.. budak tu anak buah kawan aku time aku jumpa kat PLKN. diorang duk kat Langkawi..



ni dia.. da besar n santik da..~ anis anzia


ni pulak gamba membe2 aku time PLKN, aku tak dak sebab tolong tgkap gambaQ! hahaha. dari tepi: marina, ann,mekna,yon, yasmin, ustazah, ayong!


hahahha.. semua wat muka poyo! kelakar bila ingt zaman muda-muda dulu..aish...sekarang pon muda g..baru umur 16 tahun..ahakkkss!