Showing posts with label muda mudi~. Show all posts
Showing posts with label muda mudi~. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Saya budak baru belajar, baru umur 16 tahun..~

aku mengaku, aku tak pandai ambik ati orang tua, setakat bercakap sikit-sikit boleh, aku tak pandai nak ambik ati orang tua sampai dia boleh gelak golek-golek dengan aku.. itu memang aku mengaku. aku tak pandai.


tapi.. aku perasan satu perkara, budak-budak mudah masuk dengan aku... aku pun mudah masuk dengan budak-budak. mungkin sebab aku suka melayan budak-budak agaknya. tak kira lah besar mana budak tu, aku akan melayan.. asal je nama budak! mungkin sebab aku ni jenis tak ade adik, jadi aku jadi suka melayan budak-budak. dan aku ni anak buah dah ada 9! so aku dah tahu kerenah budak-budak.. aku jadi tak kekok nak layan budak-budak.


aku pun tak taw la nape budak-budak tak berapa takot dengan aku.. hahahha. nak kata muka baby face..jauh asap dari panggang... aku pon heran! heran sungguh..nape budak2 minat dengan aku.. aishhh~. abang-abang budak xde pula yang minat! kih4..menggatei..


ada sorang budak ni, aku jumpa dia time dia umur 4 tahun.. tetiba dia datang add aku kat pesbuk! ingat lagi budak ni kat aku..tak sangka dia ingat lagi kat aku, padahal time tu dia baru 4 tahun, masa tuh aku duk ralit kendong kesana kemari budak tu.. budak tu anak buah kawan aku time aku jumpa kat PLKN. diorang duk kat Langkawi..



ni dia.. da besar n santik da..~ anis anzia


ni pulak gamba membe2 aku time PLKN, aku tak dak sebab tolong tgkap gambaQ! hahaha. dari tepi: marina, ann,mekna,yon, yasmin, ustazah, ayong!


hahahha.. semua wat muka poyo! kelakar bila ingt zaman muda-muda dulu..aish...sekarang pon muda g..baru umur 16 tahun..ahakkkss!

Tuesday, March 15, 2011

Sekapur Sirih/ Penghargaan




Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan Laporan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Usman Yaakob pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah-pensyarah saya, kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutamanya bonda tercinta iaitu Siti Zainab bt Awang Senik, kakak-kakak yang dikasihi, Kak Nah, Kak Dah, Kak Ayu,serta satu-satunya abang iaitu Abang Faisal kerana telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Sekiranya, ayahnda yang dikasihi masih berada disisi, serangkap kata ‘ Terima Kasih’ buat dirinya ingin dihulurkan, namun hanya Al-Fatihah yang hanya mampu dititipkan buat ayahnda yang dikasihi.

Selain itu, saya turut berterima kasih Abdullah Fazlan bin Abd.Sani kerana sudi memberi semangat yang tidak putus-putus kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan iaitu, Siti Hajar, Nurul Fatin, Siti Sarah, Norfarehan dan Norsulaiha terima kasih jua diucapkan kerana banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Tuesday, March 8, 2011

Tanda-tanda anda gemok, dan cara mengatasinya~

kenapa semua orang mahu kurus?? okeh, disini ada beberapa tanda-tanda kegemukan dan cara untuk membuatkan anda kembali kurus..

ini sekadar contoh ye..



oke..gadis ini pada asalnya pada tahun 2009 mempunyai berat badan hanya 43kg sahaja, tetapi kini pada tahun 2011, berat badannya ialah 53kg!! tetapi beliau bernasib baik kerana mempunyai ketinggian 164 cm. sekiranya beliau menghadapi masalah kurang ketinggian, pasti beliau seiras giant( dalam cerita doremon) pada saat ini.

ada wanita yang kadang-kadang perasan gemok walaupun masih kurus, dan ada juga wanita yang perasan kurus padahal beliau sangatlah berisi.. sejak akhir-akhir ini, perkataan 'gemok' telah menjadi sensitip buat diri saya..maaf yea. kita tukar kepada perkataan 'berisi', barulah ia nampak sopan dan berbudi bahasa. bukankah budi bahasa itu budaya kite.. ?? ehemmm..

tanda anda semakin berisi ialah,
~ anda rasa seluar anda tetiba mengecut, tetiba butang rasa hampir tertanggal.
~ tiap-tiap bulan anda rasa nak beli Bra baru.. anda kata nak ubah selera, nak beli macam-macam kaler.
~ bila anda baring, tetiba anda rasa perot anda lagi tinggi dari dada. ( itu kategori boncit ye)..
~bila pakai tudung, tetiba bentuk tudung jadi bulat macam pinggan, da tak jadi macam bujur telur..

senang je cara nak kuruskan badan, meh aku berkongsi rahsia!!

pada yang dah ada suami, sila suruh suami anda kahwin lain, bila makan madu.. tetiba jadi kurus, slim, santik n bergaya. tak percaya sila cuba!

pada yang ada pakwe,makwe.. sila suruh mereka curang dengan anda.. anda akan makan nasik berulamkan jantung dan hati, pasti anda akan berjaya menurunkan berat badan dengan serta merta!

kepada yang single...jangan makan nasik!! muahahha..

okeh, ape-ape pun... 'berisi' itu SEKSI~

kan.kan.kann... (sedapkan ati sendirik..huhuhu)


kenapa menda ni dah tak memberi kesan untuk aku...wawawawa

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Jaafar sebelum beliau tonggek,and cerita selepas beliau menggunakan botox~

budak-budak sekarang bawak duwet pergi sekolah 10 hinggit! 10 hinggit dari pagi sampai petang,campur kelas fardhu ain and extra class. aish.. baru darjah 4!! bukan tingkatan 4!!

anak-anak aku isok nak bawak duwet g sekolah bape hinggit?? 20 hengget sehari? mati kat tempat kerja la gayanya aku nanti, siang malam duk carik duwet nak wat sekolah anak-anak.



tak jumpa dengan suami la gamaknya, aku kejer siang, suami kejer malam..ahai..

nak salahkan sape?? salahkan mak bapak sebab bagi duwet banyak? ataupun salahkan kantin sekolah coz makanan dijual mahai nak mampos! ataupun salahkan kedai runcit yang berterabur kat tepi pagar sekolah, yang duk jual macam-macam! ada jual kad doremon, kad robot, ikan goreng tepung, ayam goreng tepung. ais kacang, ais krim 4 rasa. n macam-macam lagi.

nak ke tengok anak-anak sendirik duk meleleh air liur tengok kawan-kawan makan and bersuka ria. aish... tu baru duk kat kampung! kalau kat bandar??

anak buah yang darjah satu bawak 5 hengget, yang darjah 4 bawak 10 hengget. aku tengok mereka pon dah kasihan, coz nilai duwet yang mereka bawak berbeza. bayangkan nanti anak aku bawak duwet 3 hengget..mahunya aku yang menagis tergolek-golek..

mana yang lebih penting?? duit atau kasih sayang?



untuk seiring dengan dunia hari ini.. duwet sebagai pemangkin kasih sayang..

aku dulu duwet pergi sekolah singgit je pun.. dapat singgit limo posen dah sonok tahap golek-golek da.. itu zaman sebelun jaafar tidak tonggek lagi okeh. berbelas tahun yang lalu. zaman dulu, nasik 30 posen je sepinggan! ekekekek.

ok..bakal anak-anakku..
saye tidak akan membenarkan kamu hidup lebih susah daripada yang pernah di lalui oleh saye nanti.. saye akan menjadi seorang JURUTERA yang hebat suatu hari nanti!!

p/s:
1. saye agak malu untuk membahasakan diri saya 'mama,mummy, ibu, mak' ekekke
2. saya tidak pernah terjerumus dalam bidang kejuruteraan pun! keh3.

ini cerita si K, tapi bukan Datuk K..

(suatu hari dalam kelas 2 inovatif..beberapa belas tahun yang lalu)

ketua kelas relax goyang-goyang kaki sambil bersembang pung pang pung pang. si penolong kelas tembam duk pegang rotan bulu ayam sambil bercekak pinggan. lagaknya bagaikan seorang cikgu. aishh..meluat!! bisik hati seorang budak perempuan berumur 8 tahun dalam hati.

wei..aku nak g bilik air kejap, jom temankan aku.. ajak si budak perempuan yang diberi nama si K. okeh-okeh..jom2. mereka beriringan ke tandas sekolah. sambil melirik-lirik manja ke arah abang hensem bergaya darjah tiga! gatai..~

oii..xdop air la anisah.. aku nak 'uk2'..jerit si K. Si anisah wat ilek je, coz bukan dia yang nak uk2..

15 minit berlalu..

anisah..ko pergi ambik air milo aku dalam beg, aku dahaga air!..jerit si K yang masih gelisah dalam tandas, coz masalah ketiadaan air untuk membersihkan b****tnya...

okeh, anisah berjalan dengan riang ria untuk melintas depan kelas abang-abang darjah tiga, boleh jeling-jeling main mata..ahakks!


~ Ini bukan si K, ini si Anisah~

beberapa minit kemudian, setelah air milo hampir satu liter tersebot bertukar tangan, si K keluar tandas dengan botol air milonya yang kering kontang!!

oii..banyak ko minum air milo..tak simpan tuk aku sikit pon!! anisah tak puas ati bila tengok air milo si K yang da kering kontang!

si K wat muka ilek n tak bersalah..

agak-agak..kalau dah umur 20-an ni, kalau aku suruh si K tu wat benda yang sama seperti beberapa belas tahun yang lalu macam mana eh?? nak ke dia buat lagi..keh.keh.keh..!

setiap kali je tengok muka si K, aku tak penah lupa kejadian air milo tersebot! kah.kah.kah. hade ke budak umur 8 tahun boleh meneguk i milo sebotol besaQ dalam tandas.. cuba pikiaQ apa yang si K tu wat.. ?? toing.toing.toing..!

p/s: zaman muda mudi untuk dikenang~

Tuesday, January 4, 2011

Jangan jadi setan~

orang memberi kita menerima.. kalau menolak pemberian orang nanti orang kata sombong pula..kan.kan??






okehh, aku ambik bila orang bagi..tapi fikir-fikir, perlu ke makan menda ni??





bila fikir-fikir, tengah fikir-fikir.. belom habis fikir lagi, dah tinggal separuh da..


bila fikir habis-habis, tak elok membazir..! membazir itu amalan setan. aku tak mau jadik setan.!

nota hati: menda-menda macam ni tak mampu membeli sebuah kemaafan dari aku la wei...

( kekanda tetap yang utama)

Friday, October 22, 2010

Teringin tulis novel?? Begini caranya..~

Pernah tak korang teringin nak tulis novel? Mesti korang pon pernah terasa nak tulis novel kan? Kalau aku zaman dulu-dulu la, teringin sangat nak tulis novel, sampaikan aku pernah wat synopsis novel. Semangat memenag tak payah nak cakap lah, memang membara! Sangat membara walaupon zaman tu..masih zaman konservatif!! Zaman tu, aku mana ada laptop g. Zaman tu aku tulis guna pen je , aku tulis dalam buku log warna pink, yang tebal 300 m.s. Bila teringat balik, terasa nak gelak golek-golek. Punyalah semangat kental..
Antara nama-nama watak yang pernah aku reka ialah:-
Airil Fazlan
Hanis Damia
Arin Ariana
Fazil Zafran
Mak Jah
Hasnita
Zaty Iriani
Pak Cik Seman.
Dan banyak lagi lah watak-wataknya!


Sinopsisnya ialah:-


Hanis damia bercinta dengan Fazil, namun percintaan mereka gagal kerana hadirnya orang ketiga iaitu hasnita. Fazil hanya menggunakan Hanis Damia untuk mendekati Hasnita iaitu kawan rapat Hanis. Hanis menyayangi Fazil sepenuh hatinya, namun ia hanyah cinta palsu yang dcipta ole Fazil untuk mendekati Hasnita. Hati yang terluka membuatkan Hanis berserah segalanya kepada Illahi terhadap cinta yang akan hadir padanya dia kemudiaan hari. Dalam kekecewaan hati, akhirnya dia dipertemukan dengan Fazlan, Fazlan telah memberi kebahagian buat Hanis. Namun setelah mereka berkahwin, dugaan telah datang lagi dalam kehidupan Hanis , Fazlan telah berubah. Muncul lagi orang ketiga dalam perhubungan mereka, akhirnya Hanis merelakan apa yang berlaku demi kasih sayangnya terhadap Fazlan. Kehidupan Hanis selepas berkahwin telah diabaikan oleh Fazlan. Akhirnya Hanis meninggal sebab sakit barah otak. Fazlan menyedari kesilapannya dan telah cuba menebus kesalahannya dengan membina sebuah yayasan yang diberi nama “ hanis damia’ ini adalah untuk memperingati Hanis Damia.

Kah3. Itulah novel yang aku meroyan duk tulis dulu, korang bayangkan..aku tulis pakai pen! Tapi kawan-kawan..itu adalah cerita masa aku umur 14 tahun..hik3.


Meh aku cerita novel apa yang aku duk tulis sekarang.. terhangat dipasaran..


Satunya ialah ‘ SUMBANGAN MIGRASI KEATAS TEMPAT ASAL’


Keduanya ‘ IMPAK HYPERMARKET KEATAS KEDAI-KEDAI RUNCIT KECIL DI KAWASAN PULAU PINANG’.

Ok, novel pertama aku kena submit bulan lima taun depan, novel kedua aku kena submit KHAMIS minggu depan! Masalahnya, novel kedua aku nih baru wat 20 M/S! Hahahhahah... siap la ko sapika, meroyan la ko nak siapkan ‘novel’ tuh!

Ape-ape pun aku percaya sangat-sangat bahawa semua orang pernah teringin nak wat novel sendiri. Itu termasuklah aku. Tapi, bila da idup dalam alam unibersiti, semua tu dah hilang da, kekangan masa, and kekangan kemalasan yang ,melanda.


p/s: - nama pena aku dulu-dulu ‘teri tania’


- Toing-toing... nama watak utama dah wujud betol-betol la selepas 8 taun! Arapnya orang yang bernama seperti watak utama tersebut tak membuli aku di dunia nyata!! Lau ko membuli aku, aku sumpah ko jadi perari! Bleh aku bergaya sakan..kik3. opsss! Sory incik kekasih..melebih..~~

Saturday, October 16, 2010

Kita Serupa~

Benda yang mungkin aku dan korang pernah lakukan~

Bila berjalan di tempat sunyi, korang buat-buat telepon kawan, padahal korang duk cakap sorang-sorang jer.

Tengah jalan-jalan, korang terjatuh or tersadung, korang buat-buat gelak dengan kawan-kawan korang.

Bila korang tak siap kerja sekolah, ko gtaw cikgu korang yang buku tertinggal kat umah.

Kena ketuk ketampi sebab tak siap kerja sekolah.

Bila korang tak ciap kejer sekolah, korang pegi beli buku baru..and cakap kat cikgu, buku lama dah habis.

Memonteng kelas kimia dan biologi dalam pustaka sekolah.

Sangat fobia dengan pembaris kuning yang besar dan panjang dalam kelas.

Penolong ketua kelas masa darjah satu,dua,tiga, empat..mempunyai kuasa veto melebihi cikgu! Sangat tak suka golongan ini.

Buat-buat sibuk study bila mak bapak nak suruh tolong wat kerja.

Balance beli gula kat pasar masuk poket korang.

Zaman dulu-dulu, meroyan nak kasut yang ada lampu liplap-liplap.

Zaman tecik-tecik, baju raya mesti kena sorok, tak leh bagi kawan-kawan tengok sebelum tibanya hari raya.

Masa tecik-tecik, orang selalu bagi duit raya seciput, katanya budak-budak..., mana boleh pegang duit banyak-banyak! Tapi bila dah besar, diorang cakap, dah besar..bagi kat budak-budak jer la duit raya...

Meroyan nak ada beskal yang ada gear..

Bila gaduh jer... mesti kata..” ciap la ko, aku report mak aku!”... padahal tak penah pong taw mak..silap aribulan badan sendiri yang dapat sakit.

Masa sekolah dulu-dulu, tak penah gtaw kat maka bapak bila kena marah dengan cikgu. Lau gtaw..konpom kita kena libas lagi sekali. Bukan macam budak2 and mak bapak zaman sekarang.

Selalu je g main sungai tak pakai baju n pakai seluar tecik je dengan kawan-kawan laki..(sebelum naik sekolah menengah). Tak de pon aktiviti seks terlarang berlaku..lau budak zaman sekarang..aishhh!

Bila balik umah, berlari keliling umah, kena kejar dengan mak sebab curi saji mak wat tangkap anak udang and anak ikan.

Selalu je ada anak batu dalam poket seluar..sebab wat lastik burung. Lastik tergantung kat leher..

Selalu main pondok-pondok.

Suka jer main pasir, selalu jer kena marah dengan mak.

Selalu main doctor-doktor..

Selalu main ayah-ayah.

Selalu main cikgu-cikgu.

Mungkin masa zaman muda-muda dulu, korang juara lompat tali getah..but..sekarang..tidak lagi..nak angkat kaki pon dah tak mampu.

Selalu jer korang meroyan duk jatuh hati kat abang-abang university, padahal korang baru darjah nam! Hik3

Bila sakit kepala sikit, mula la korang meroyan fikir korang ni ada penyakit barah otak! Mula la fikir nak tinggal wasiat.

Selalu jer korang bangun pagi..tapi..rasa nak sambung tido..

Masa kecik-kecik dulu, pantang korang menberi pendapat tak siapa yang ambik kisah, tapi bila dah besar ni, lain da jadinya.

Bila korang lama-lama tak call family, bila dengar suara mak, rasa macam nak nangis jer.

Hahahha..bercampur aduk.tapi aku rasa, benda ni bukan aku sorang jer yang buat and lalui, mesti korang juga pernah rasai jugak..jangan malu-malu nak mengaku!

~ lallalala...~