Tuesday, March 15, 2011

Sekapur Sirih/ Penghargaan




Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan Laporan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Usman Yaakob pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah-pensyarah saya, kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutamanya bonda tercinta iaitu Siti Zainab bt Awang Senik, kakak-kakak yang dikasihi, Kak Nah, Kak Dah, Kak Ayu,serta satu-satunya abang iaitu Abang Faisal kerana telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Sekiranya, ayahnda yang dikasihi masih berada disisi, serangkap kata ‘ Terima Kasih’ buat dirinya ingin dihulurkan, namun hanya Al-Fatihah yang hanya mampu dititipkan buat ayahnda yang dikasihi.

Selain itu, saya turut berterima kasih Abdullah Fazlan bin Abd.Sani kerana sudi memberi semangat yang tidak putus-putus kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan iaitu, Siti Hajar, Nurul Fatin, Siti Sarah, Norfarehan dan Norsulaiha terima kasih jua diucapkan kerana banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

4 comments:

  1. kenapa nama katak hijau xde?? hehehehe

    ReplyDelete
  2. aish...nak jugak ke? nak letak nama glamour or nama carik makan?

    ReplyDelete
  3. eh eh eh... nama anies?
    ok
    ok
    (baca skali lg)

    my name?

    ReplyDelete
  4. nm anies akn dimasukkn kerana telah memberi inspirasi melalui kasut2 yg gojes tersebot..kikiki.

    ni draf je..

    ReplyDelete