Monday, February 28, 2011

Jaclyn Ning Shila - Di Mana Di Mana (3 Suara)

Kehebatan tangkap udang pakai tapak tangan~

mood berada dikampung menguasai diri. sampaikan broadband tetiba berubah identiti nak jadi "berukband". terpaksalah aku memanjat pokok getah cik jijah untuk mendapatkan rangkaian hubungan yang berkualiti. sekarang aku berada di atas pkok getah cik jijah, tapi ditegaskan bahawa aku masih belum mahu tukar identiti seperti broadabnd tersebot.


aku terasa sangat hebat sejak akhir-akhir ni, coz aku dapat memangkap udang pakai tangan jer.. itulah kehebatan bila aku berada dikampung halaman sendiri.. aku berjaya menangkap udang tersebot dalam peti ais cik jijah! keh.keh.keh.



aku tangkap sambil bersila je..tak payah pakai jaring or ape-ape. sesiapa mahu merasai kehangtan menangkap udang, datanglah ke rumah cik jijah~ ehhe..



okeh.. kat rumah cik jijah pon ada ikan sungai okeh, ikan ni ditangkap oleh orang belakang umah cik jijah a.k.a penoreh getah cik jijah. bukan ikan aje ada.. belut pon hade, sape-sape tak suka makan belut sila bergerak ke tepi..coz aku suka makan belut.kikiki



berada di kampung sangat seronok rasanya. hohoho. akulah raja, aku lah bibik!

p/s: sape-sape yang demam or hape2, sila makan ubat..
~ aku memang suka pakai seluar berpetak bila mahu tido, keh3.
~ aku berada dalam situasi bahaya, bila anak-anak buah aku telah diserang chicken pox. harapnya aku tidak dijangkiti!



Friday, February 25, 2011

Etok??? kenai?

ai mahu balik kampung mahu tangkap etok dan udang! serunok dan tak sabar rasanya.

ini fakta..etok dapat membuatkan seseorang semakin tinggi apabila memakannya..

etok?? sejenis makanan sungai..seperti lala, kerang..


nak tahu lebih lanjut..sila tanya uncle google..~


okeh..fakta tersebot tipu semata-mata..


saya juga menangkap udang dalam pinggan sahaja!
saya mahu pulang sekarang..!
have a nice day~

Bukan aku tak sudi!!

ada sape-sape yang cuti 6 hari seminggu?? konpom xdak! insan yang istimewa itu hanyalah aku sahaja. aku cuti 6 hari seminggu, jangan tak percaya! kelas aku ada hari khamis sahaja. hohoho.

so, kerja part-time aku ialah membesarkan segala jenis anggota tubuh badan semata-mata. mana tak besar , kerja makan dan tido semata-mata.. itulah nikmat hidup! boring tahap nak meroyan..

disebabkan oleh kerana kelas pada hari khamis 3.3 ni dibatalkan, ini bermakna aku dapat cuti 7 hari dalam seminggu. aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung! ini bermakna 7 hari jugak lah..home sweet home tidak akan dilayan dari segi nafkah zahir dan batinnya.

walaupun aku duk di penang dah hampir 3 tahun, aku admit la,,aku masih buta dengan jalan penang. aku cuma tahu jalan nak pergi Queensbay SAHAJA! disebabkan penang ni fofular dengan jeruk-jeruk, maka jiran tetangga aku telah meminta supaya aku membawa pulang jeruk sebagai buah tangan kepada mereka. pada mulanya aku membantah, hanya aku yang tahu sengsaranya setiap kali nak bawak jeruk ini pulang kekampung. siapalah yang sudi nak pikul jeruk-jeruk yang banyak ini..tiada yang sudi melainkan aku! hanya aku!


menunjukkan betapa aku tidak sudi...huhh..!

tapi setelah dipujuk rayu, dan disogok dengan ungkapan manis yang menambat hati..akhirnya aku bersetuju..


hati gumbira apabila telah disogok dengan janji-janji manis mereka!

baiklah..isok, akan ku bawa pulang jeruk-jeruk keinginan dan idaman kalian.. aku sanggup..kerana kalian! huhhh...~


satu plastik itu satu kilo oke..mahu senget bahu saye nanti! kerana janji manis..aku rela!

tapi...
lu langsi..lu mati!!

amaran keras dari gua!!

p/s: ....mahu pesan ape2 dari rantau panjang?? ahakkkss..

Thursday, February 24, 2011

Saya telah diurut, saya rasa sangat seronok!!

saye sanagt tidak serasi menjadi penternak ikan yang berjaya! lepas sekor-sekor ikan kesayangan saye mati.. mati terlebih makan agaknya.. hari ni..yang tinggal hanyalah balang ikan sahaja, yang berisi udara semata-mata.. !

hati telah berubah.. mahu pelihara katak sekarang ni.. hati meronta-ronta! huh.. janganlah kerana terpengaruh dengan dongeng si putera katak sapika! haiya..geli geleman! yerk..yerk..!



woww! putera katak!! lamarlah aku jadik isterimu..tapi syaratnya setelah kamoo menjadi manusia sempurna! lalallalal...( besaQ nya bibir pempuan nih..gedebaQ! 'kata putera katak dalam hati'.)


aahhh.. aku pun tidak ingin menjadi isterimu putera katak..kerana kau suka kentut laju-laju and berak merata-rata! huhh...

berbalik kepada cerita asal~
okeh-okeh.. keluar rumah kul 10.30 malam, balik rumah kul 1 pagi.. bagus sapika..bagus..! kata setan-setan yang bertanduk 5 dan enam..

saye cuma keluar makan-makan dan mengambil angin sambil dibelai mesra oleh seorang tukung urut aje .. kadang-kadang die urut rasa geli-geli dan kadang-kadang rasa sakit! mahu ditendang-tendang je! huhh..!



saye urut kaki la..bukan urut mane2 lagi pon.. kesimpulannya, bila urut kaki tu rasa besh je..walaupun sakit terok-terok.. mak cik tu cakap..


1. sila minum air banyak-banyak.
( malas nak g bilik air banyak kali)

2. kamu ada masalah sesungut.
( ye, tiap kali period)

3. badan kamu banyak angin
( ye, tiap kali jumpa incik kasim mesti rasa nak kentut'jawab dalam ati')

4. kaki kamu sejuk sangat, kena selalu pakai stokin, bahaya tuk kesihatan kaki sejuk!
(sejuk sebab saye baru lepas mandi)

5. kamu ni ada migrain eh?
( kadang-kadang )

6. nanti g check mata,
( tak nak pakai cermin mata)

7.kalau period kamu sakit pinggang eh?
( ye, kalau saya banyak tido pon sakit pinggang)

erm..agak seronok, rasa geli, rasa sakit, rasa seronok, rasa best..dan yang paling banyak sekali rasa....macam nak terajang je mak cik tuh..sakit!!



p/s: janganlah kanda bermuram durja, dinda cuma pergi mengurut kaki sahaja~ lalallala.

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia 2- Pakistan 0, Kelayakan Pra-Olimpik 2012


Orang duk sibuk wat assgment, aku sibuk nak tengok bola. peduli hape dengan orang! kan..kan??

Mesia dapat jaringkan gol pertama pada minit ke-4 dan ke-46 masa tambahan melalui pemain berjersi no 7 dan 8. iaitu irfan rafail dan wan zaharulnizam! kesimpulannya mesia menang 2-0 keatas pakistan.

khairul fahmi tetap cool walaupun kena terajang dengan pemain pakistan. padan muka pemain tersebot coz dilayang kat merah. sape yang suruh fahmi g pelok pemain tersebot..ekekke. dah terang-terang pemain pakistan itu bukan suka kaum sejenis!

walaupun pemain berjersi no-9 berusaha keras, dia tidak berjaya menghasilkan sebarang gol. sangat kuciwa hati ini.. alahai fakri.. sangat cepat melenting rupanya si fakri ni..

minit 48, incik kassim col, and gtaw beliau sedang seronok menonton bola di stadium bersama luna maya katanya! ahh..mahu mengundang cemburu di hati saye la tu.. saye lansung tidak jeles ataupun cemburu, kerana hati saya telah dicuri oleh penjaga gol pakistan.. aiyoo..manyak ensem, tinggi, idung pun tinggi!

talian telefon terputus, mungkin berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja..

" sila kim salam kepada penjaga gol pakistan, sebab hati dinda telah tertawan padanya", satu sms telah dihantar kepada incik kasim..supaya beliau mnyampaikan niat murni hati saye kepada penjaga gol pakistan tersebot!

beberapa minit kemudian..

"jangan sampaikan salam kepada penjaga gol pakistan! xmo..xmo.." sms kedua dihantar kepada incik kassim..

alahai..kenapa team pakistan dah tukar penjaga gol lain??!! hati meronta-ronta pilu! dalam hati kecil berfikir, mungkin incik kasim sedang ketawa terkekeh-kekeh bila melihat penjaga gol yang baru dimasukkan... potong stim!! huhhh...

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Jaafar sebelum beliau tonggek,and cerita selepas beliau menggunakan botox~

budak-budak sekarang bawak duwet pergi sekolah 10 hinggit! 10 hinggit dari pagi sampai petang,campur kelas fardhu ain and extra class. aish.. baru darjah 4!! bukan tingkatan 4!!

anak-anak aku isok nak bawak duwet g sekolah bape hinggit?? 20 hengget sehari? mati kat tempat kerja la gayanya aku nanti, siang malam duk carik duwet nak wat sekolah anak-anak.



tak jumpa dengan suami la gamaknya, aku kejer siang, suami kejer malam..ahai..

nak salahkan sape?? salahkan mak bapak sebab bagi duwet banyak? ataupun salahkan kantin sekolah coz makanan dijual mahai nak mampos! ataupun salahkan kedai runcit yang berterabur kat tepi pagar sekolah, yang duk jual macam-macam! ada jual kad doremon, kad robot, ikan goreng tepung, ayam goreng tepung. ais kacang, ais krim 4 rasa. n macam-macam lagi.

nak ke tengok anak-anak sendirik duk meleleh air liur tengok kawan-kawan makan and bersuka ria. aish... tu baru duk kat kampung! kalau kat bandar??

anak buah yang darjah satu bawak 5 hengget, yang darjah 4 bawak 10 hengget. aku tengok mereka pon dah kasihan, coz nilai duwet yang mereka bawak berbeza. bayangkan nanti anak aku bawak duwet 3 hengget..mahunya aku yang menagis tergolek-golek..

mana yang lebih penting?? duit atau kasih sayang?



untuk seiring dengan dunia hari ini.. duwet sebagai pemangkin kasih sayang..

aku dulu duwet pergi sekolah singgit je pun.. dapat singgit limo posen dah sonok tahap golek-golek da.. itu zaman sebelun jaafar tidak tonggek lagi okeh. berbelas tahun yang lalu. zaman dulu, nasik 30 posen je sepinggan! ekekekek.

ok..bakal anak-anakku..
saye tidak akan membenarkan kamu hidup lebih susah daripada yang pernah di lalui oleh saye nanti.. saye akan menjadi seorang JURUTERA yang hebat suatu hari nanti!!

p/s:
1. saye agak malu untuk membahasakan diri saya 'mama,mummy, ibu, mak' ekekke
2. saya tidak pernah terjerumus dalam bidang kejuruteraan pun! keh3.

ini cerita si K, tapi bukan Datuk K..

(suatu hari dalam kelas 2 inovatif..beberapa belas tahun yang lalu)

ketua kelas relax goyang-goyang kaki sambil bersembang pung pang pung pang. si penolong kelas tembam duk pegang rotan bulu ayam sambil bercekak pinggan. lagaknya bagaikan seorang cikgu. aishh..meluat!! bisik hati seorang budak perempuan berumur 8 tahun dalam hati.

wei..aku nak g bilik air kejap, jom temankan aku.. ajak si budak perempuan yang diberi nama si K. okeh-okeh..jom2. mereka beriringan ke tandas sekolah. sambil melirik-lirik manja ke arah abang hensem bergaya darjah tiga! gatai..~

oii..xdop air la anisah.. aku nak 'uk2'..jerit si K. Si anisah wat ilek je, coz bukan dia yang nak uk2..

15 minit berlalu..

anisah..ko pergi ambik air milo aku dalam beg, aku dahaga air!..jerit si K yang masih gelisah dalam tandas, coz masalah ketiadaan air untuk membersihkan b****tnya...

okeh, anisah berjalan dengan riang ria untuk melintas depan kelas abang-abang darjah tiga, boleh jeling-jeling main mata..ahakks!


~ Ini bukan si K, ini si Anisah~

beberapa minit kemudian, setelah air milo hampir satu liter tersebot bertukar tangan, si K keluar tandas dengan botol air milonya yang kering kontang!!

oii..banyak ko minum air milo..tak simpan tuk aku sikit pon!! anisah tak puas ati bila tengok air milo si K yang da kering kontang!

si K wat muka ilek n tak bersalah..

agak-agak..kalau dah umur 20-an ni, kalau aku suruh si K tu wat benda yang sama seperti beberapa belas tahun yang lalu macam mana eh?? nak ke dia buat lagi..keh.keh.keh..!

setiap kali je tengok muka si K, aku tak penah lupa kejadian air milo tersebot! kah.kah.kah. hade ke budak umur 8 tahun boleh meneguk i milo sebotol besaQ dalam tandas.. cuba pikiaQ apa yang si K tu wat.. ?? toing.toing.toing..!

p/s: zaman muda mudi untuk dikenang~

Teman yang Istimewa, tapi bukan OKU!


y u'r leaving me?~
kadang-kadang kita tak bersedia nak berhadapan dengan orang-orang yang kita pernah rapat bila dah jadi sedikit dewasa. kita mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa mengenai dia, tapi kita seperti sedikit terasa jauh,dan terasa seperti teragak-agak untuk menyapa dan menegur.

dia ada kehidupan dia sendiri, aku juga dah ada kehidupan aku sendiri, dia juga ada kawan-kawan sendiri sekarang ni..aku terasa terasing untuk masuk dalam kelompok kawan-kawan dia.. kenapa?? sedangkan kelompok itu juga sebahagian dari kawan-kawan aku??

entah.. aku tidak tahu mengapa, bukan kerana aku tidak menapak dibumi yang sama.. bumi yang sama aku dan mereka menapak,iaitu bumi yang hijau! mungkin kerana aku tidak mahu untuk cuba masuk dalam kalangan mereka.. kerana ada diantara mereka yang tidak pernah faham tentang aku.

'dia' adalah seorang teman yang aku tidak akan pernah lupa.. kerana dia memberi kekuatan ketika aku hampir tersungkur.. dia yang pernah menggengam erat jari jemari aku saat aku katakutan dan hilang punca.

jika aku menjauh , bukan bermakna aku mahu pergi..

kerana kamu sentiasa di ingtan.. Nurul Izzati bin azli~

p/s: uit2! saye bukan manusia yang suka kaum sejenis.. saya seorang manusia yang normal, keh4.

Tuesday, February 15, 2011

Cinta jarak jauh!

bila jauh..
pung pang pung pang gaduh..
teett..teet..duk sms.
benda sama duk tanya,
buat apa, makan apa, keluar dengan sape..bla.bla.bla..
ari-ari duk melawat wall pesbok..
membuat rondaan, kot-kot ada yang noty2..
lagaknya seperti polis trafik da..

kalau yang duk dekat,
semua manis-manis..
jumpa kat dewan kuliah, g bekpes sama-sama.
balik bilik sama-sama..
kuar makan malam sama-sama..
ujung minggu dating sampai tak ingt dunia..
idup dah berdua, sampai tak der kawan lain..
dialah kawan, dialah boypren!
duit mengalir bagaikan air..
isok aku banje ko, lusa ko banje aku..
adil!

kalau yang duk jauh tetiba datang dekat...
seminggu sebelum datang duk tanya..
tiket dah beli??
agak-agak sampai kul bape?
pagi ke malam??
nanti nak duk mana??
nanti kita nak kuar pegi mana,?
tahap teruje memang tahap cipan!

bila dah sampai depan mata,
rasa 'bling-bling'..
tak percaya dia dah ada depan mata!
mula la mintak hutang lepas-lepas..
nak cheesecake! nak itu, nak ini..
tu lah penangan.. duk tengok orang lain dating makan cheesecake!
kita nak jugak..tapi simpan dalam ati...
tunggu orang yang jauh datang dekat..
baru lah boleh mengade mintak itu ini..

(gambar hiasan: di batu feringgi)
muncung mulot2 makan aiskrim~ huh

biarpun datangnya 3 hari dalam 2@3 bulan..
dah cukup baaik la..
dari tak datang-datang langsung..
kan..kan..kan..

dengan ini...telah diputuskan..
bahawa aku menyokong sepenuhnya..
' CINTA JARAK JAUH'..

cinta jarak jauh ni,
bagus untuk kesihatan sebnarnya.. aku tak nampak dia buat apa, n dia pon tak nampak aku buat apa.. adil dan saksama bukan..
tapi yang penting .. dalam hati tetap ada..!

Wednesday, February 9, 2011

mimpi tertanggal gigi,telah merosakkan suatu hari yang indah milikku!

~ jangan terlalu seronok menari di dalam bilik air , nanti suka menjadi duka~ pesanan dari 'dia'.

mengapa ayat ini hadir dari dia selepas aku bermimpi tertanggal gigi semalam??

ya allah, selamatkan segala-galanya. jauhi segalanya yang mendukacitakan. jauhi bisikan setan-setan dari ruang hati aku. jauhi perasaan gundah gulana ini. berikan ketenangan buat aku.

segala perjalanan dan aturan hidup ini, terletak kemas di tangan-MU ya tuhan..

p/s: orang kata, mimpi tertanggal gigi, maknanya orang yang kita sayang dan terdekat dengan kita akan tinggalkan kita... ( hanya orang kata! bukan aku kata)..

entah-entah aku yang 'nak pergi'..hahhaha. ampun maaf semua yea..!

Sunday, February 6, 2011

hak setiap manusia untuk memilih siapa sahaja untuk dicintai dan mencintai~


beberapa patah kata..

pada seorang manusia biasa..terdapat hak keatas dirinya untuk memilih bagi menyintai dan dicintai oleh sesiapa sahaja!

dia yang harus menentukan arah dan perjalanan hidupnya. andai hanya mencintai namun tidak dicintai, bagaikan tangan tergantung dilangit, kaki terpasak di bumi.. tiada daya untuk melakukan segalanya~

berikan keyakinan, berikan kesungguhan.. tunjukkan kesungguhan~