Friday, November 26, 2010

Kenapa?


rasa nak g melancong! huh~
heh ..! ko bosan ke sapika?


sapika; aku memang bosan sampai tahap gila bab1!


why?

sebab aku bosan dan boring la bengap!


tapi ape sebab?

sebabnya rumate aku dah balik kg, sepatutnya aku balik kampung pagi tadi, tapi tiket abes, pagi isok baru boleh balik kg!


apa masalah ko sapika?

aku duk menggila sorang-sorang la, orang lain sumer da balik kg, tinggal aku sorag je kat bangunan ni..paham!


ko tak takot ke sapika?

soklan memang gila bab1! huh~


ko marah ke sapika?

tak..aku sayang!


malam ni ko tido dengan sape sapika?

tido sorang la bengap.


apasal ko marah sangat sapika?

suka ati aku la..


ko dah makan sapika?

dah..semalam..annual dinner! hohoho.


'cukup-cukup la sapika, aku dah tahu punca kemarahan ko'.. kih3.. bawak-bawak la bersabar sapika!


p/s: ini diari aku, suka ati aku la nak mencarut pon! kih3

Everyday I Love You~

Heh.. bosan..

Mari ikot aku ke dunia kayangan! Huh..aku tipu je.

Rindu pada seseorang yang bernama cik jijah! Cik jijah semestinya mak bonda aku. Sedar tak sedar, sudah meningkat umur cik jijah. Sekarang dah umur 60 tahun. Tapi kehebatan leteran cik jijah masih lagi lantang dan bertenaga, memang superb!

Jika dulu cik jijah sangat tegas orang nya, kini tidak lagi, dia lebih banyak menerima pendapat dari anak-anaknya. Jika dulu, sepatah arahan yang keluar dari mulut cik jijah, secepat kilat kena buat. Sekarang tidak lagi, cik jijah lebih banyak menggunakan cara yang lebih lembut. Entah la, ape yang membuatkan cik jijah berlembut hati, aku tidak pasti.


ini cik jijah kesayangan sapika!


Jika dulu, cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah sebab malas pergi mengaji, masuk time magrib aku buat-buat sakit perot dalam tandas. Bila keluar tandas, berkejar-kejaran la aku dengan cik jijah, dia dah tahu taktik aku. Tapi sekarang tak lagi, dia tak garang macam tu lagi, kadang-kadang aku dengki dengan anak buah aku, diorang malas pergi mengaji pun, cik jijah tak kejar dengan paip getah macam aku dulu. Huh.. cik jijah Cuma berleter jer.


ini dia anak buah aku yang malas pergi mengaji~


Kalau dulu, cik jijah kata A, jawapnnya A jugak lah anak-anaknya kena ikut. Tak boleh membantah kata cik jijah, lau membantah, ciap la. Tapi kenapa sekarang cik jijah lebih banyak suruh anak-anaknya yang buat keputusan. Kadang-kadang aku rasa berdosa, sebab kadang-kadang aku mengambil kesempatan dalam membuat keputusan kepada cik jijah. Cik jijah ikut aje keputusan yang anak-anaknya buat, katanya’ baik pada korang, baiklah pada mex’.

Jika dulu, bila cik jijah tido, kami berjalan berjengket-jengket, cakap pun bisik-bisik. Sebab cik jijah garang sangat. Kami tak mahu cik jijah tersedar dari tido nya. Maklumlah, rumah cik jijah berlantaikan papan. Kalau berlari-lari time cik jijah tido, sepit ketam yang akan jadi habuannya. Kenapa sekarang cik jijah tak marah anak buah aku yang men lompat tali, badminton, bola sepak dalam rumah time dia tido sekarang ni??


mereka inilah yang men lompat tali and guli dalam rumah~


Lagi satu, dulu.. selalu je aku kena marah bila tak jumpa barang yang cik jijah suruh aku carikan. ‘sapika, acu ambik gesek atas almari ( sapika tolong ambilkan mancis atas almari)’ cik jijah memberi arahan pada aku, bila aku tak cari betol-betol and tak jumpa, mesti cik jijah marah. Bila cik jijah ambik sendiri mancis yang aku tak jumpa tu, alamatnya aku dapat sepit ketamlah dipaha. Tapi kenapa sekarang cik jijah cakap, ‘ sapika, ambik mancis atas almari’, dan bila aku cari-cari masih tak jumpa jugak. Aku Tanya cik jijah lagi sekali, dia kata duk atas almari jugak. Aku cari tetap tak jumpa,, tapi aku jumpa duk atas peti ais.. bila aku bagi bagi mancis, dia senyum sahaja pada aku..

Erm.. kenapa cik jijah begitu berlembut sekarang ni.. kenapa cik jijah begitu baik hati..?

Selepas aku fikir-fikir, aku dah tahu jawapan kepada semua persoalan tu..

Kenapa dulu cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah, sekarang tak lagi??
Sebabnya, dulu cik jijah masih kuat, sihat dan bertenaga. Sekarang ni cik jijah dah kurang tenaganya. Masih boleh berjalan untuk ke masjid setiap hari pun sudah cukup baik. Cik jijah tak larat nak kejar-kejar dengan getah paip lagi sekarang ni. Erm.. baru aku sedar..aku sayang cik jijah!

Mengapa dulu cik jijah terlalu tegas dalam membuat keputusan? Kenapa cik jijah selalu nak wat keputusan sorang-sorang?

Betol la, dulu kami masih kecil, mana tahu nak buat keputusan sendiri, lagipun cik jijah menjadi ibu tunggal di usia yang masih muda, umur 44 tahun! Berat tanggjwb..anak kecik-kecik yang perlu disekolahkan. Silap membuat keputusan, masa depan kami semua akan kucar kacir. Sekarang cik jijah biar kami pulak buat keputusan, katanya dia dah sekolahkan anak-anaknya, dan boleh buat keputusan sendiri, tidak perlukan pendapatnya lagi, kerana katanya, ‘ die tidak pernah bersekolah, dan tidak pernah belajar setinggi anak-anaknya’. Kini tiba giliran anak-anaknya..erm... baru aku sedar.. aku sayang cik jijah..!

Kenapa cik jijah tak marah cucu-cucunya buat bising time dia tido?
Sebab cik jijah tak tido atas latai papan lagi, tak bunyi bising. Hahahah. Tolong serious sapika! Ok, sebenarnya.. dalam usia yang begitu, allah telah menarik pancaindera yang telah diberikan sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, pendengaran cik jijah semakin berkurangan. Patut la, cik jijah tidak begitu marah, dan dapat tido dengan nyenyak. Ya tuhan, kau telah menarik suatu bahgian pemberian-Mu dari ibu... Aku sayang.. cik jijah.

Kenapa cik jijah tak marah bila aku tak jumpa barang yang dia suruh aku cari?
Sebab.. sebenarnya, kekuatan ingatan yang selama ini telah diberikan Allah telah ditarik sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, ingtan cik jijah semakin berkurangan, dia telah nyanyuk. Cik jijah mudah lupa sekarang ni.. aku mula bersedih bila allah mula menarik satu persatu bahagian yang telah diberikan kepada cik jijah...

Jika dilihat pada mata kasar, cik jijah memang masih kuat... tapi..sedikit demi sedikit bahagiannya telah di ambil oleh Allah..

Aku merindui dia.. yang bernama seorang ibu...

  • Cik Jijah pesan: carilah seorang lelaki yang menyayangi dan menghormati ibunya, kerana suatu hari nanti lelaki itu akan menyayangi dan menghormati kamu sebagai ISTERINYA...sebagaimana dia melakukan kepada ibunya!

Thursday, November 25, 2010

no title

Bila aku suka, memang akan terok-terok lah sukanya.. memang sampai tahap meroyan! Heh~

Perangai buruk aku yang sukar dikawal ialah, aku terlalu suka makan cake! Tapi bukan setiap hari, cukuplah untuk sebulan sekali. Bajet-bajet nak dapat gaji, mula la meroyan nak makan cake! Kalau tak dapat...usah cerita lah bagaimana teruknya perangai aku!



Pilihan utama aku.. mestilah cheesecake!


Kalau cantik macam ni, berkobar-kobarlah semangat aku nak menelannya.


Kalau macam ni pun..ok la jugak..dari tak de langsung!




Kalau tak ada jugak..kek TESCO pun jadik la.. asal cheesecake! Heh~



Aku tak suka ape-ape sahaja yang berperisa coklat! Cake, aiskrim..semuanya..tapi kalau depan mata, baham jer..lau nak harapkan aku beli..mungkin x!


Memang Nampak cantik dan sedap.. tapi aku takot pahit~ ehhe..




Erm..yang ni terpaksa.. orang taja, kena bersyukur la jugak! Ekekkeke.




Yang ni kes dengki nih.. huh! sape yang komplot padam nama aku nih!

Nota Kaki: ni sebab tengok kak ros punya belog la nih! huh..

Kenapa Garam??

Kenapa belog ini ‘ secubit garam, secukup rasa’?



Masakan tanpa garam,,tawar la wei.. xbesh!

So.. garam sangt-sangat penting..walau di mana sahaja!
Macam tu jugak la hidup.. tanpa ujian.. tak begitu bermakna!

Nota kaki: cinta saye juga seperti garam~ heh! ( tak lomantik lansung ko ni sapika!)

Wednesday, November 24, 2010

Jika aku di MADU!

Dilahirkan dalam zaman sains dan teknologi membuatkan aku cuba untuk laraskan pemikiran aku bersesuaian dengan keadaan dan suasananya. Aku cuba untuk membuka rentas dan sempadan pemikiran seluas yang mungkin, aku mahu berfikiran bagaikan katak dibawah tempurung cermin, dan bukan lagi sebagai katak dibawah tempurung yang segelap-gelapnya.

Aku mahu menjadi manusia yang terbuka dalam segala hal, dan sentiasa menggunakan perkataan ‘it’s’ ok dalam apa sahaja situasi yang bakal dan akan berlaku. cuba bertoleransi dalam isu-isu yang dikatakan agak panas. Aku mencabar diri aku dengan berkata, ‘ aku tidak kisah sekiranya dimadukan!’. Ye betol, memang aku yakin aku masih lagi akan dapat bersifat neutral sekiranya dimadukan suatu hari nanti. Owh, hebat kan aku?



Bagi aku ‘bermadu’ itu hanya suatu perkongsian kasih sayang, dan tidak lebih dari apa pun. Kasih sayang itu milik semua, tidak harus untuk dimiliki secara mutlak oleh seseorang, dan kasih sayang itu boleh muncul dan bertunas dimana-mana sahaja. Jadi, aku berkata pada diriku, aku seorang yang terbuka dalam bab berkongsi kasih sayang. Selalu aku meletak syarat, sayangi aku tanpa berkurang walau selumit kasih pun sebelum pergi mendapatkan ‘madu’. Untuk dapatkan ‘dia’, selesaikan dulu urusan kasih sayang dirimu dan diriku.

Aku sanggup bermadu sekiranya aku tidak merasai sedikit pun kedudukan aku digugat. Sedikit pun kasih sayang yang diberi tidak berkurang, perhatian tidak berkurang, jika kau mampu lakukan sebegini aku ‘merelakan’. Aku merelakan dalam bersyarat. Kau mampu??

Ya tuhan.. ampunkan aku.. aku terlalu angkuh!!
Aku angkuh, mencabar rasa yang KAU terbitkan dalam hati setiap manusia. Terlalu angkuh dengan kecekalan dan kemampuan serta sifat keterbukaan yang tinggi membuatkan aku alpa. Hati manusia setipis kulit bawang rupanya. Baru aku sedar. Aku disedarkan dengan suatu mimpi, hanya mimpi.. bukan suatu reality yang sebenar. Walaupun hanya dalam mimpi, mengapa aku menangis terisak-isak? Mengapa aku lelah dan penat berfikir di saat itu?



Susah sebenarnya untuk menghadapi hidup berkongsi kasih, jangan memandang pada hanya satu perspektif, pandanglah pada semua segi. Jika sebelum ini, kita menjadi satu-satunya isteri kepada seorang suami, dan seorang menantu kepada seorang mentua.. senang untuk kita lalui semua itu. Bayangkan, wujudnya insan lain disisi suami kita, jika dulu kita yang berada disisi nya, kita yang menyediakan makan pakainya, kita yang menjadi tempat untuk dia melepaskan lelah, kita tempat untuk dia bercerita keluh kesahnya. Kini bila wujudnya orang yang ketiga, kita bukan lagi menjadi yang terutama.

Aku tidak mampu untuk menghadapi situasi ini, walaupun hanya diuji dalam mimpi. Di dalam dunia nyata, pastinya aku akan tersungkur dan rebah ke tanah. Aku tidaklah secekal mana rupanya, aku tidaklah tabah sangat rupanya, aku hanya biasa-biasa rupanya. Aku hanya berada pada tahap 4-10. Masih jauh untuk mencapai tahap 9-10.


Ahh.. maafkan aku kerana terlalu angkuh Ya Tuhan! Janganlah kau menguji aku sedemikian rupa. Aku tidak mampu!! Sunguh aku tidak mampu!!




Nota kaki: NO MORE bahasa indah dalam mimpi tersebut.. aku sumpah seranah mcm lupa diri.. BAB1, WTF, WTH menjadi madah biasa..ekekke. kalau dunia nyata..??? heh..entah!

Tuesday, November 23, 2010

Thank You for leaving Me~

I Praise ALLAH for sending you my love...




Pemula ayat yang menunjukkan aku bersyukur dengan rasa yang dimiliki sekarang.

Bersyukur hari ini, dan bila-bila sahaja akan aku bersyukur. Jika hari semalam aku terluka, dilukai dan merasai sakitnya luka, kesyukuran telah aku panjatkan. Jika bukan kerana sakit itu, bukan kerana rasa yang menekan lubuk jantung hari dulu, tak mungkin aku akan berada disini pada hari ini. Tak mungkin aku menjadi ‘diri’ aku hari ini. Sememangnya, saat tergurisnya hati, hancurnya harapan, hilangnya kepercayaan, air mata yang mengalir bagaikan air hujan yang mengalir tida hentinya. Gelapnya rasa,usah dikata, yang melalui yang merasai. Dimana kaki melangkah, disitulah akan menarinya memori. Terkaku sekejap, sukar untuk mengatur langkah, kadang-kadang teragak-agak untuk meneruskan langkah. Terima kepada insan ‘ini’ yang telah memberi rasa betapa sakitnya bila didera rasa hati ini. Hari ini..aku bukan lagi manusia yang begitu lemah untuk meratapi pemergian kamu.. ~ i can’t remember why we fell apart~ aku tipu!. Tiada manusia yang mudah untuk melupakan, begitu juga aku, jangan risau..aku tak pernah melupakan bagaimana ia berlaku.

No more loneliness and heardache, no more cryin my self to sleep..

Wahai kamu pemilik ruang hatiku..
Kepada kamu yang aku gelarkan ‘kamoo’. Mungkin saat ini hati kamu sedikit terguris. Anggaplah ini kali pertama dan terakhir aku bercerita tentang ‘dia’ kepada kamu. Pernahkah sebelum ini aku mengungkit tentang pernah wujudnya dia dalam ruang hatiku? Memang pernah.. tapi aku tidak pernah sekali untuk menyamakan kamu dan dia, membezakan kamu dan dia, kamu adalah kamu, dan tidak mungkin sama sekali akan dibandingkan dengan dirinya. Kamu percayalah, aku aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri kamu. Percayalah, aku seorang yang sentiasa cuba untuk memberi kebahagian kepada sesiapa sahaja. Yakinlah, dalam ruang hatiku sentiasa ada kamu. Percayalah, dan yakinlah.. aku tidak akan meninggalkan kamu melainkan kamu meninggalkan aku.

Janganlah kamu risau, hatiku berbunga riang dengan adanya kamu, tiada lagi ruang dalam hatiku kepada dirinya. Aku telah penat dan lelah untuk menghadapi suatu kemungkinan yang lain. Biar disini, segalanya akan berakhir dengan kamu, walupun kamu bukan yang pertama tapi kamu akan menjadi yang terakhir. Kamu mungkin rasa aku bergurau.. tapi lihatlah selama mana kita bersama, letakkan dirimu di tempat diriku. Fahamilah, renunglah..cukuplah barang sehari, tak perlu terlalu lama. Aku risau seandainya kau tidak tega.

Aku memuji kamu, aku menyanjung kamu, aku memberi sebahagian semangat yang aku miliki untuk dirimu, aku fahami sesuatu yang perit untuk difahami, aku menerima perubahan yang menjanjikan perubahan hidup kita, aku berusaha untuk membahgiakan kamu dengan apa sahaja cara yang kadangkalanya aku berfikir, dimana letaknya rasa bahagia untuk diriku sendiri. Dalam menahan rasa hati, baru aku sedar.. aku bahagia saat melihat kau merasa bahagia, aku rasa bahagia bila kau mengucapkan terima kasih, aku bahagia saat kau tersenyum padaku, aku bahagia saat kau memohon maaf saat berlakunya kekhilafan antara kita, aku rasa bahagia saat kau merima aku seadanya aku, aku bahagia saatnya kau ucapkan perkata “kita”.

“KITA”

Mengapa terbitnya rasa bahagia dengan sepatah perkataan itu? Aku bahagia kerana dapat merasakan bahawa kau dan aku saling berkaitan. Hubungan ‘kita’, masa depan ‘kita’, kita..kita.. itu yang membuatkan aku merasa hanya kau dan aku, tidak melibatkan manusia lain. Plss..Hold my hand..dan aku akan mengikut kemana saja untuk kebaikan ‘kita’.

Ketahuilah, aku akan memberi kebahagian kepada sesiapa sahaja yang menyayangi aku, ‘i was born to luv u’.. kerna sebaris ayat itu, aku berjanji untuk memberikan rasa bahagia buat diri kamu. Pernah juga terfikir, do i ever cross your mind anytime, do u ever wakeup reachin out for me... tidak mengapa.. hanya itu, urusan kamu dan hati kamu. Sekiranya kamu hilang dibawa angin, tak mungkin lagi aku akan menjadi aku seperti hari ini. Maaf, mungkin aku telah menjadi orang lain. Biar hanya sekali kamu merasai kasih yang aku curahkan buat kamu.. seharusnya kau tahu.tiada yang lain melainkan kamu.

Jika jarak yang memisahkan jasad, biarlah hati kita ini masih lagi bercantum.. yang menerbitkan sebuah kerinduan yang memahat sebuah kesetiaan yang tak berbelah bagi. Biarlah Nampak jauh, tapi ‘kita’ merasinya dalam perspektif yang berbeza.




Nota kaki: Heh..ini sapika ker?? Tak sangka pandai jugak tulis surat cinta... ekekeke.

Sunday, November 21, 2010

macam-macam di aidiladha~


hari wat ketupat~

serunuk baraya di kampung, dapat merasai kemeriahannya walaupun hanya raya korban. aku sampai kampung pada hari wat ketupat, terus aje wat ketupat. ehehhe..




ini ketupat yang belum ciap..


yang ni da ciap~






raya pertama~

seluar petak-petak ijau dan baju itam menjadi baju rasmi pagi raya.. mandi di awal pagi, iaitu 11 pagi. duk kat umah cuma jadi tukang ambik daging yang jiran-jiran hantar sahaja, sambil ucapkan 'terima kasih (k.yah,mak.cik, ayah mat, dll..) dan selamat ari raya'. kakak-kakak dan abang semuanya beraya di perantauan, ada di amerika, lubnan, china dll, maklumlah masing-masing ada mak mertua. hanya aku yang menjadi 'king' di rumah Cik Jijah. pada petangnya aku jadi King Cobra plak.. tidow!

hari raya kedua~

selepas semua anak-anak Cik Jijah berkumpul kat umah cik jijah, sekor lembu telah dikorbankan. hari tu aku bukan lagi 'king' tapi da tukar pangkat, jadi bibik! huhh... Cik Jijah memang sangt bermurah hati, kalau boleh tiap-tiap bulan nak wat kenduri lembu sekor. yang jadi masalahnya, aku..aku...yang perlu kemas semua tuh.. Tapi xpe, aku suka kenduri, sebab dapat jumpa sanak sedara.



jangan harap aku nak g ambik gamba yang pisau duk kat leher lembu.. mintak ampun la.. hahahha.


huh~ pinggan mangkok! menci..

beberapa hari kemudian~


~oit sapika, sila pergi baca buku! isok kamu ada exam...! ~



opss...sebelum terlupa..saye jugak wat benda ni... first time ok..ekekke..tapi ..mcm pelik jer.. nanti len kali..mesti makin comel n sedap...lalallalal.

Sunday, November 14, 2010

mengapa aku ada belog?

  1. sebab aku rasa nak ada belog bila orang lain ada belog. tapi aku malas nak update.keh.keh.keh.
  2. kerana aku rasa nak tulis macam-macam. sebab jaman kecik-kecik aku gila nak wat novel. bila dah besar malas pulak nak menulis.
  3. sebab utamanya aku nak kutuk mengutuk sape-sape yang nak sakitkan ati aku.ik3
  4. sebab aku malas nak menulis kat buku diari!
  5. sebab aku nak berkongsi cerita-cerita manis saat aku beli perari, sambung blajar kat oxfort, g sekolah naik helikopter.
  6. sebab aku nak cerita pasal anak-anak buah aku yang umur 3 tahun dah masuk unibersiti.
  7. ahhh..banyak sangt sebabnya..
  8. sebab aku tak der masa nak pegang pen...aku kan presiden sebuah negara yang tersohor.

apa-apa pun..selamat berbelog..

p/s: aku juga suke berbelog sambil memasak! huh..

Wednesday, November 10, 2010

Keputusan UPSR 2010


~ SURAT UNTUK NAJWA IMTINAN~

tahniah kepada najwa imtinan, walaupun tidak mendapat apa yang dimahukan, keputusan itu pun kiranya dah cukup baik da.. ada hikmahnya bila kamoo tak dapat apa yang kamoo idamkan. DIA mahu kamoo berusaha keras lagi di kemudian hari. jangan berputus asa..



apa-apa pun, ketahuilah bukan mudah nak mendapat tempat yang 'tertinggi'. memerlukan kesabaran yang besar.. jangan bersedih, ini kerana hanyalah langkah pertama kamoo untuk menuju hari depan. biar kita jatuh disini, bukan jatuh di hari depan. kamoo jangan risau, orang-orang sekarang bukan seperti orang-orang dulu lagi, yang masih berfikiran sempit. yang mereka tahu hanyalah menginginkan sebuah kejayaan tanpa memikirkan keperitan yang kamoo lalui.



hari ini, sebagai emak saudara kamoo, m.su mahu mengucapkan tahniah! kamoo kena sedar, jika setakat itu usaha kamoo, setakat itu jugalah apa yang kamoo akan dapat. jadikan apa yang berlaku hari ini sebagai panduan hari depan kamoo. bersyukurlah kerana allah mahu sedarkan awal-awal lagi, dia mahoo kamoo berusaha lebih gigih lagi dikemudian hari. dia bukan menjatuhkan kamoo di esok hari..



sekarang kamoo bakal masuk ke alam baru selepas ini. tapi kamoo masih berperangai yang tidak sewajarnya. sebagai anak saudara pertama, semestinya semua kasih sayang tertumpah pada kamoo. bahgianya sukar digambarkan saat melihat kamoo tersenyum, bahgianya melihat kamoo bertatih, bahagianya melihat kamoo mula bertutur. .. walaupun kini anak saudara sudah ada 9, kamoo masih lagi menjadi yang pertama.



bukan hanya m.su yang memiliki rasa itu, semuanya.. termasuklah mama, ummi, ibu, mek.. semuanya gembira mnyembut kedatangan kamoo. tahun demi tahun, masa berlalu dengan cepat, kini kamoo telah menjadi gadis remaja.



belajarlah untuk bersabar dengan karenah adik-adik, belajarlah untuk menjaga hati orang lain, berfikirlah selum berbicara, belajarlah untuk mempunyai rasa tanggungjawab, belajar untuk memikirkan masa depan, belajar untuk mengalah. mengalah tak semestinya kalah.



apa-apa pun, semoga suatu hari nanti kamoo tahu kenapa semua orang terlalu risaukan tentang kamo, sellalu ambil berat akan kamoo. bila sampai satu peringkat...kamoo akan sedar dengan sendirinya. belajarlah untuk menggembirakan semua orang.



sayang kamoo terok2!

( m.su)

Altantuya mencari cebisan otaknya..


siapa ketuk pintu bilik aku bertalu-talu semalam??

aku boleh terima lau kawan-kawan ketuk andainya waktu tu jam 1 pagi. ni aku tak boleh terima bila dia ketuk pintu bilik aku jam 4.12 minit pagi! siapa punye kerja agaknya.


bunyi ketukan perlahan tapi laju dan tak berhenti. ia membuatkan aku tersedar dari tido. termenung sekejap, membetolkan kepala yang pusing. duk fikir, nak g buka ke tak. nak g buka..tapi takot pejahat yang nak merompak! maklumlah kami ni perempuan. kalau tak g buka pula, takot-takot ada hal yang urgent.


lepas duk termenong, rumate aku tersedar dengan ketukan itu. kami tergaman dan saling memandang, sama-sama fikir nak pergi buka atau tak. yang herannya si tukang ketuk pintu tu langsung tak bersuara. tak pulak panggil aku or rumate aku. keje dia ketuk je, pastu ciap tolak-tolak lagi pintu. hati makin berdebar-debar. aku pun tak tanya, ' hai orang kat luar, apa nama dan nak apa?'. takot weyh... lau tanya dia, tetiba dia jawab , mcm ni, macam mana.?.' hai orang kat dalam, aku ALTANTUYA. tolong la buka pintu aku nak cari sisa otak aku dalam bilik kau'. erm... aku putuskan biar tak tya.. aku takot dengan jawapan yang akan dia jawab.



aku biar je orang tu ketuk pintu sampai dia puas, masih lagi saling memandang dengan rumate., dalam otak cuma ada dua .. penjahat atau hantu! buat- buat berani intai kot bawah pintu, ( tak der bayang selipar jepon )...huhh..



apa yang menjadi persoalan..


  • kalau ada hal penting, nape tak kol aje.

  • nape tak panggil nama aku time ketuk pintu.

  • kenapa tak de bayang kaki bila aku intai.

  • kenapa dia cuba tolak-tolak pintu walaupun tahu pintu berkunci.

  • apa motif datang bilik aku jam 4.12 pagi.

  • penjahat atau altantuya!!

tolong jawab !!

proses-proses musim tengkujuh~

aku memiliki tarikh-tarikh yang cantik dan chumel..hohoho.


11.10.09- tarikh aku membeli sebuah Perari.

11.11.10- Perari aku dah berusia 13 bulan sekarang ni.


tahun depan lagi comel..( 11.10.11)! ish..nak wat tarikh kawen pon, baru sweet-15! ekekke. tak layak kawen lagi.


dalam ramai-ramai family aku, hanya aku yang agak berbeza dan jauh tarikh besdaynya dengan mereka-mereka yang lain. memandangkan umur baru 15 tahun, besdaynya jatuh pada 21 jun 1995. aku sangat muda, masuk unibersiti pada umur 12 tahun.. petua orang tua-tua nak jadi bijak ialah, makan kismis dengan susu banyak-banyak. hik3.


besday aku- 21 jun 1995


ni besday-besday orang penting dalam idup aku:


2 jan : ibu ( kakak no4)

faris ( nephew)


6 jan : ummi- kakak no3

sophia-niece


8 jan : mama ( kakak sulung )

farhan - nephew

najmi-nephew


28 n 23 march: my lobly bonda

ayah min- abang ipar


8, 29, 31 jul : ta'in

yasmin

incik kassim


10 , 13 ogos:najhah

ayah ngah- abang~


4 sept: najwa-niece


erm..yang aku erannya, kenapa aku jauh bezanya dengan tarikh akak ku yang lain, mereka semua bulan 1. sedangkan aku bulan nam! terus aku nak main kira-kira. pada bulan berapakan aku di proses. ekekekke. setelah dikira dengan calculator, aku di proses pada bulan 10. manakala kakak aku yang lain di proses atau dik1langkan pada bulan 5!


apa yang membezakan aku dengan mereka, aku di proses pada musim hujan jika berdasarkan musim di pantai timur..


otak kuneng oren! hohoho..


p/s: kena bercakap dengan sopan mulai saat ini..kerana incik kasim sudah tahu jalan ke 'lokasi ' ini! huawawawa




Tuesday, November 9, 2010

Aku Bukan Wanita Sempurna~

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..


Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang sedia untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerana itu, aku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerana itu aku ingin kau tahu, aku bisa berbuat salah dan begitu menyusahkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang akan kata-katamu..


Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan tidak selesa untuk dipandang. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau makanan. Atau karena seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Mungkin juga kau akan melihat aku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam, dan aku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihat aku begitu marah, menangis dan bertidak di luar kawalan, bukan karena aku cuba untuk mengingkari padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban rasa di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku perlukan hanyalah pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. ketahuilah..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul si kecil karena lelah dan penatku di tamban ragamnya yang tak habis-habis. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup jika kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu aku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk keluarga kita, dan kau akan melihat aku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.... Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau temui puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

Monday, November 8, 2010

privacy dalam bilik tidur~

korang tahu apa itu privacy.. pendekkan cite ,' privacy berdasarkan pemahaman aku adalah satu zon untuk diri sendiri sahaja, keselesaan yang hanya untuk diri kita, tak boleh diganggu, dan bila diganggu oleh sesuatu, kita akan rasa tak puas hati dan tak selesa'.


bercakap pasal privacy,.. teringat pulak cerita kawan-kawan. mereka tak pernah masuk bilik mak n ayah mereka. lain dengan aku.. bilik mak aku, bilik kedua aku lah..ekekek. anytime! aku main redah jer, suka ati aku la..aku nak tido dengan mak aku pon.. dah mak aku single mingle..lallala. ayah aku xde time aku umur nam taun.. masa tu tecik lagi..


masa ayah aku ngah tenat sakit, aku masa tuh duk men tanah liat tau.. bukan yang plastesin tuh, tapi pure punye tanah liat, ciap tempurung-tempurung kelapa lagi ada. aku budak g masa tuh, sapu hingus sendiri pon tak reti lagi. orang punye ramai kat umah aku, aku masih lagi main tanah liat. sampailah sepupu aku yang perempuan, masa tu ngah belajar kat unibersiti datang tarik aku naik atas umah, suh tengok keadaan ayah..


aku hanya tahu ayah sakit.. aku tak tahu tenat ke tak.. aku nampak ayah macam biasa.. tapi ramai orang duk mengaji depan sekeliling ayah, mak membisikkan syahadah kat telinga ayah..tak nak aya terleka. pastu aku nampak ayah tarik nafas kuat-kuat, kali pertama ayah hembus...ada darah mengalir ikut hidung ayah.. bila darah dah keluar, barulah aku tahu..aku menghampiri detik-detik untuk kehilangan orang yang tersayang.


walaupun aku masih budak dan kecil serta berambut toncang, aku mula menangis.. melihat keadaan ayah macam tu. aku nampak mak menangis, akak menangis..semua menangis.. aku tumpang la skali..


ape-ape pon, aku bernasib baik sebab kehilangan orang yang aku sayang seawal umur nam tahun. aku masih belum memiliki pegalaman yang banyak bersamanya. jadi aku tak lah tersentuh sangat bila orang bercakap pasal 'ayah'.


iashhh..aku bukannya nak cakap hal yang sedih2 ni.. da melalut lebih da plak aku ni.. berbalik kepada tajuk asal, aku nak cakap pasal privacy.. zon-zon yang aku tak suka diganggu adalah katil aku, buku-buku yang duk atas meja aku. pantang la bila ada yang mengganggu..paling-paling tak suka!


sebenarnya.. aku tak berapa suka untuk berkongsi bilik..ekekkee. bila kita kongsi bilik, kita tak bebas nak wat ape.. bayangkan, lau korang berkongsi bilik dengan adik korang, pagi2 korang nak kemas bilik, tapi die masih bergolek lagi tido.... apa korang rasa?? ( ini contoh sahaja). masing-masing inginkan zon selesa, kalau aku mahukan zon untuk diri sendiri, pasti kamoo..kamoo jua mahukan seperti apa yang aku mahukan...


apa-apa pun, belajar untuk menerima adalah bagus.. bersabarlah sapika!!


p/s: enset aku, sape sentuh 'ciap' la..huh!
lagi satu.. sape sentuh incik kassim aku..pon 'ciap la"..!
( incik kassim, lau u sentuh pempuan lain plak , i patah-patahkan jari u macam biskut meri..maww??).


Sunday, November 7, 2010

All i ever wanted was to see u smilin'

epy day..

2 ari incik kassim datang melawat, rasanya macam haru biru. biasa la, duk single kat tempat ni, tetiba cik kassim datang melawat. rutin harian turut berubah. jika incik kassim tak datang melawat, lepas magrib kejer aku ialah basuh kain, tu perkara rutin aku buat. kesimpulannya, sejak incik kassim datang 2 ari ni, aku basuh kain pada jam 2 pagi.





ape-ape pun,, sangat gembira dengan kedatangan incik kassim. mendapat buah tangan dari incik kassim membuatkan ati berbunga riang...lalalalla.





beberapa perkara tentang incik kassim:



  • garang macam kucing, tapi manja...

  • mahu sentiasa kemas..aishh..

  • lau ada orang bawak kamera, mula pasan orang nak tangkap pic die.

  • perunding imej aku..

  • bila duk dekat dengan aku, baik terok-terok, macam tak terlupa sesaat... tapi..bila balik kat tempat die..punyalah terok perangai...ekekkeke..

  • incik kassim tak ada perasaan cemburu ok~

  • berlagak tak penah makan secret recipi

  • pagi incik kassim kul 11 pagi.

  • dating dengan cik kassim hanyalah di tempat yang sama...( katanya aku GPS rosak). dia mana tahu sal tempat aku dan dia bukan biasa dengan tempat aku...lau aku jadi GPS, konpom sesat terok2.. bila da sesat, mula wat2 mogok dengan aku.

  • bila aku majuk incik kassim tak penah pujuk!!

  • suka bagi tazkirah panjang-panjang tuk aku...

  • incik kassim sangat lomantik...ekekke..i loike!

  • incik kassim tinggi! aku terpaksa bekerja keras untuk sama-sama nampak tinggi.

  • incik kassim suka warna warni..

  • perokok! winston merah~

  • incik kassim sangt berkomitmen dalam bekerja...aku juga setiap pagi perlu mengejutkan incik kassim!..


time beli tudung, aku sangat suka dengan paper bag die. ciap mintak lagi dengan tuan kedai.. akak nak paper bag tu, ciap tunjuk lagi... tapi tuan kedai tu cakap...' kena beli barang lebih dari seratus hinggit ulu baru dapat paper bag tue'... aku plak beli barang sipi2 lagi nak sampai seratus hinggit. haisshhh..kecewa terok2.. nak jugak.. aku meluahkan perasaan pada incik kassim.



time akak tue duk bungkus tudung.. incik kassim cakap dengan akak tuan kedai.. ' kecian orang tu akak, frust tak dapat paper bag, orang tu ngah nak ambik ati mertua tu. sebab tu nak sangat-sangat tu paper bag tu.' incik kassim sempat lagi mengenakan aku depan akak tuan kedai. akak tuan kedai senyum-senyum je, tapi muka aku semestinye kelat coz aku tak dapat paper bag tu! huhh...



incik kassim, tersenyum-senyum je walaupon aku tak puas ati. ' ok lah, akak bagi paper bag ni, coz nak ambik ati mertua'. akak tu masukkan tudung dalam paper bag yang aku nak. die senyum-senyum bagi kat aku.. aku apalagi..terus la hambik.. senyum seindah suria la jawabnya. lepas ucap terima kasih bertalu-talu dengan akak tuan kedai.. aku berjalan dengan senang ati.gumbira coz dapat apa yang aku nak..lalallalal.


nasib bek ada incik kassim gtaw akak tuan kedai, tudung tu nak bagi kat bakal mak mertua..terus akak tuan kedai lembut ati n bagi paper bag tu. ekekkeke. i lop u incik kassim coz paham apa yang i nak! hahahha.

lepas dapat paper bag purple tu... aku terus banje incik kassim ice-cream!

p/s: panjang punye cerita..qada yang lepas2..ekekke. tq incik kassim!