Tuesday, November 23, 2010

Thank You for leaving Me~

I Praise ALLAH for sending you my love...




Pemula ayat yang menunjukkan aku bersyukur dengan rasa yang dimiliki sekarang.

Bersyukur hari ini, dan bila-bila sahaja akan aku bersyukur. Jika hari semalam aku terluka, dilukai dan merasai sakitnya luka, kesyukuran telah aku panjatkan. Jika bukan kerana sakit itu, bukan kerana rasa yang menekan lubuk jantung hari dulu, tak mungkin aku akan berada disini pada hari ini. Tak mungkin aku menjadi ‘diri’ aku hari ini. Sememangnya, saat tergurisnya hati, hancurnya harapan, hilangnya kepercayaan, air mata yang mengalir bagaikan air hujan yang mengalir tida hentinya. Gelapnya rasa,usah dikata, yang melalui yang merasai. Dimana kaki melangkah, disitulah akan menarinya memori. Terkaku sekejap, sukar untuk mengatur langkah, kadang-kadang teragak-agak untuk meneruskan langkah. Terima kepada insan ‘ini’ yang telah memberi rasa betapa sakitnya bila didera rasa hati ini. Hari ini..aku bukan lagi manusia yang begitu lemah untuk meratapi pemergian kamu.. ~ i can’t remember why we fell apart~ aku tipu!. Tiada manusia yang mudah untuk melupakan, begitu juga aku, jangan risau..aku tak pernah melupakan bagaimana ia berlaku.

No more loneliness and heardache, no more cryin my self to sleep..

Wahai kamu pemilik ruang hatiku..
Kepada kamu yang aku gelarkan ‘kamoo’. Mungkin saat ini hati kamu sedikit terguris. Anggaplah ini kali pertama dan terakhir aku bercerita tentang ‘dia’ kepada kamu. Pernahkah sebelum ini aku mengungkit tentang pernah wujudnya dia dalam ruang hatiku? Memang pernah.. tapi aku tidak pernah sekali untuk menyamakan kamu dan dia, membezakan kamu dan dia, kamu adalah kamu, dan tidak mungkin sama sekali akan dibandingkan dengan dirinya. Kamu percayalah, aku aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri kamu. Percayalah, aku seorang yang sentiasa cuba untuk memberi kebahagian kepada sesiapa sahaja. Yakinlah, dalam ruang hatiku sentiasa ada kamu. Percayalah, dan yakinlah.. aku tidak akan meninggalkan kamu melainkan kamu meninggalkan aku.

Janganlah kamu risau, hatiku berbunga riang dengan adanya kamu, tiada lagi ruang dalam hatiku kepada dirinya. Aku telah penat dan lelah untuk menghadapi suatu kemungkinan yang lain. Biar disini, segalanya akan berakhir dengan kamu, walupun kamu bukan yang pertama tapi kamu akan menjadi yang terakhir. Kamu mungkin rasa aku bergurau.. tapi lihatlah selama mana kita bersama, letakkan dirimu di tempat diriku. Fahamilah, renunglah..cukuplah barang sehari, tak perlu terlalu lama. Aku risau seandainya kau tidak tega.

Aku memuji kamu, aku menyanjung kamu, aku memberi sebahagian semangat yang aku miliki untuk dirimu, aku fahami sesuatu yang perit untuk difahami, aku menerima perubahan yang menjanjikan perubahan hidup kita, aku berusaha untuk membahgiakan kamu dengan apa sahaja cara yang kadangkalanya aku berfikir, dimana letaknya rasa bahagia untuk diriku sendiri. Dalam menahan rasa hati, baru aku sedar.. aku bahagia saat melihat kau merasa bahagia, aku rasa bahagia bila kau mengucapkan terima kasih, aku bahagia saat kau tersenyum padaku, aku bahagia saat kau memohon maaf saat berlakunya kekhilafan antara kita, aku rasa bahagia saat kau merima aku seadanya aku, aku bahagia saatnya kau ucapkan perkata “kita”.

“KITA”

Mengapa terbitnya rasa bahagia dengan sepatah perkataan itu? Aku bahagia kerana dapat merasakan bahawa kau dan aku saling berkaitan. Hubungan ‘kita’, masa depan ‘kita’, kita..kita.. itu yang membuatkan aku merasa hanya kau dan aku, tidak melibatkan manusia lain. Plss..Hold my hand..dan aku akan mengikut kemana saja untuk kebaikan ‘kita’.

Ketahuilah, aku akan memberi kebahagian kepada sesiapa sahaja yang menyayangi aku, ‘i was born to luv u’.. kerna sebaris ayat itu, aku berjanji untuk memberikan rasa bahagia buat diri kamu. Pernah juga terfikir, do i ever cross your mind anytime, do u ever wakeup reachin out for me... tidak mengapa.. hanya itu, urusan kamu dan hati kamu. Sekiranya kamu hilang dibawa angin, tak mungkin lagi aku akan menjadi aku seperti hari ini. Maaf, mungkin aku telah menjadi orang lain. Biar hanya sekali kamu merasai kasih yang aku curahkan buat kamu.. seharusnya kau tahu.tiada yang lain melainkan kamu.

Jika jarak yang memisahkan jasad, biarlah hati kita ini masih lagi bercantum.. yang menerbitkan sebuah kerinduan yang memahat sebuah kesetiaan yang tak berbelah bagi. Biarlah Nampak jauh, tapi ‘kita’ merasinya dalam perspektif yang berbeza.




Nota kaki: Heh..ini sapika ker?? Tak sangka pandai jugak tulis surat cinta... ekekeke.

2 comments:

  1. wahh..trase bagai duk kat alam lain. macam fairy tale saje bile bace mde ni.

    jiwang ehh..

    hehe...

    ReplyDelete