Monday, November 8, 2010

privacy dalam bilik tidur~

korang tahu apa itu privacy.. pendekkan cite ,' privacy berdasarkan pemahaman aku adalah satu zon untuk diri sendiri sahaja, keselesaan yang hanya untuk diri kita, tak boleh diganggu, dan bila diganggu oleh sesuatu, kita akan rasa tak puas hati dan tak selesa'.


bercakap pasal privacy,.. teringat pulak cerita kawan-kawan. mereka tak pernah masuk bilik mak n ayah mereka. lain dengan aku.. bilik mak aku, bilik kedua aku lah..ekekek. anytime! aku main redah jer, suka ati aku la..aku nak tido dengan mak aku pon.. dah mak aku single mingle..lallala. ayah aku xde time aku umur nam taun.. masa tu tecik lagi..


masa ayah aku ngah tenat sakit, aku masa tuh duk men tanah liat tau.. bukan yang plastesin tuh, tapi pure punye tanah liat, ciap tempurung-tempurung kelapa lagi ada. aku budak g masa tuh, sapu hingus sendiri pon tak reti lagi. orang punye ramai kat umah aku, aku masih lagi main tanah liat. sampailah sepupu aku yang perempuan, masa tu ngah belajar kat unibersiti datang tarik aku naik atas umah, suh tengok keadaan ayah..


aku hanya tahu ayah sakit.. aku tak tahu tenat ke tak.. aku nampak ayah macam biasa.. tapi ramai orang duk mengaji depan sekeliling ayah, mak membisikkan syahadah kat telinga ayah..tak nak aya terleka. pastu aku nampak ayah tarik nafas kuat-kuat, kali pertama ayah hembus...ada darah mengalir ikut hidung ayah.. bila darah dah keluar, barulah aku tahu..aku menghampiri detik-detik untuk kehilangan orang yang tersayang.


walaupun aku masih budak dan kecil serta berambut toncang, aku mula menangis.. melihat keadaan ayah macam tu. aku nampak mak menangis, akak menangis..semua menangis.. aku tumpang la skali..


ape-ape pon, aku bernasib baik sebab kehilangan orang yang aku sayang seawal umur nam tahun. aku masih belum memiliki pegalaman yang banyak bersamanya. jadi aku tak lah tersentuh sangat bila orang bercakap pasal 'ayah'.


iashhh..aku bukannya nak cakap hal yang sedih2 ni.. da melalut lebih da plak aku ni.. berbalik kepada tajuk asal, aku nak cakap pasal privacy.. zon-zon yang aku tak suka diganggu adalah katil aku, buku-buku yang duk atas meja aku. pantang la bila ada yang mengganggu..paling-paling tak suka!


sebenarnya.. aku tak berapa suka untuk berkongsi bilik..ekekkee. bila kita kongsi bilik, kita tak bebas nak wat ape.. bayangkan, lau korang berkongsi bilik dengan adik korang, pagi2 korang nak kemas bilik, tapi die masih bergolek lagi tido.... apa korang rasa?? ( ini contoh sahaja). masing-masing inginkan zon selesa, kalau aku mahukan zon untuk diri sendiri, pasti kamoo..kamoo jua mahukan seperti apa yang aku mahukan...


apa-apa pun, belajar untuk menerima adalah bagus.. bersabarlah sapika!!


p/s: enset aku, sape sentuh 'ciap' la..huh!
lagi satu.. sape sentuh incik kassim aku..pon 'ciap la"..!
( incik kassim, lau u sentuh pempuan lain plak , i patah-patahkan jari u macam biskut meri..maww??).


No comments:

Post a Comment