Wednesday, November 10, 2010

Keputusan UPSR 2010


~ SURAT UNTUK NAJWA IMTINAN~

tahniah kepada najwa imtinan, walaupun tidak mendapat apa yang dimahukan, keputusan itu pun kiranya dah cukup baik da.. ada hikmahnya bila kamoo tak dapat apa yang kamoo idamkan. DIA mahu kamoo berusaha keras lagi di kemudian hari. jangan berputus asa..



apa-apa pun, ketahuilah bukan mudah nak mendapat tempat yang 'tertinggi'. memerlukan kesabaran yang besar.. jangan bersedih, ini kerana hanyalah langkah pertama kamoo untuk menuju hari depan. biar kita jatuh disini, bukan jatuh di hari depan. kamoo jangan risau, orang-orang sekarang bukan seperti orang-orang dulu lagi, yang masih berfikiran sempit. yang mereka tahu hanyalah menginginkan sebuah kejayaan tanpa memikirkan keperitan yang kamoo lalui.



hari ini, sebagai emak saudara kamoo, m.su mahu mengucapkan tahniah! kamoo kena sedar, jika setakat itu usaha kamoo, setakat itu jugalah apa yang kamoo akan dapat. jadikan apa yang berlaku hari ini sebagai panduan hari depan kamoo. bersyukurlah kerana allah mahu sedarkan awal-awal lagi, dia mahoo kamoo berusaha lebih gigih lagi dikemudian hari. dia bukan menjatuhkan kamoo di esok hari..



sekarang kamoo bakal masuk ke alam baru selepas ini. tapi kamoo masih berperangai yang tidak sewajarnya. sebagai anak saudara pertama, semestinya semua kasih sayang tertumpah pada kamoo. bahgianya sukar digambarkan saat melihat kamoo tersenyum, bahgianya melihat kamoo bertatih, bahagianya melihat kamoo mula bertutur. .. walaupun kini anak saudara sudah ada 9, kamoo masih lagi menjadi yang pertama.



bukan hanya m.su yang memiliki rasa itu, semuanya.. termasuklah mama, ummi, ibu, mek.. semuanya gembira mnyembut kedatangan kamoo. tahun demi tahun, masa berlalu dengan cepat, kini kamoo telah menjadi gadis remaja.



belajarlah untuk bersabar dengan karenah adik-adik, belajarlah untuk menjaga hati orang lain, berfikirlah selum berbicara, belajarlah untuk mempunyai rasa tanggungjawab, belajar untuk memikirkan masa depan, belajar untuk mengalah. mengalah tak semestinya kalah.



apa-apa pun, semoga suatu hari nanti kamoo tahu kenapa semua orang terlalu risaukan tentang kamo, sellalu ambil berat akan kamoo. bila sampai satu peringkat...kamoo akan sedar dengan sendirinya. belajarlah untuk menggembirakan semua orang.



sayang kamoo terok2!

( m.su)

No comments:

Post a Comment