Wednesday, November 24, 2010

Jika aku di MADU!

Dilahirkan dalam zaman sains dan teknologi membuatkan aku cuba untuk laraskan pemikiran aku bersesuaian dengan keadaan dan suasananya. Aku cuba untuk membuka rentas dan sempadan pemikiran seluas yang mungkin, aku mahu berfikiran bagaikan katak dibawah tempurung cermin, dan bukan lagi sebagai katak dibawah tempurung yang segelap-gelapnya.

Aku mahu menjadi manusia yang terbuka dalam segala hal, dan sentiasa menggunakan perkataan ‘it’s’ ok dalam apa sahaja situasi yang bakal dan akan berlaku. cuba bertoleransi dalam isu-isu yang dikatakan agak panas. Aku mencabar diri aku dengan berkata, ‘ aku tidak kisah sekiranya dimadukan!’. Ye betol, memang aku yakin aku masih lagi akan dapat bersifat neutral sekiranya dimadukan suatu hari nanti. Owh, hebat kan aku?



Bagi aku ‘bermadu’ itu hanya suatu perkongsian kasih sayang, dan tidak lebih dari apa pun. Kasih sayang itu milik semua, tidak harus untuk dimiliki secara mutlak oleh seseorang, dan kasih sayang itu boleh muncul dan bertunas dimana-mana sahaja. Jadi, aku berkata pada diriku, aku seorang yang terbuka dalam bab berkongsi kasih sayang. Selalu aku meletak syarat, sayangi aku tanpa berkurang walau selumit kasih pun sebelum pergi mendapatkan ‘madu’. Untuk dapatkan ‘dia’, selesaikan dulu urusan kasih sayang dirimu dan diriku.

Aku sanggup bermadu sekiranya aku tidak merasai sedikit pun kedudukan aku digugat. Sedikit pun kasih sayang yang diberi tidak berkurang, perhatian tidak berkurang, jika kau mampu lakukan sebegini aku ‘merelakan’. Aku merelakan dalam bersyarat. Kau mampu??

Ya tuhan.. ampunkan aku.. aku terlalu angkuh!!
Aku angkuh, mencabar rasa yang KAU terbitkan dalam hati setiap manusia. Terlalu angkuh dengan kecekalan dan kemampuan serta sifat keterbukaan yang tinggi membuatkan aku alpa. Hati manusia setipis kulit bawang rupanya. Baru aku sedar. Aku disedarkan dengan suatu mimpi, hanya mimpi.. bukan suatu reality yang sebenar. Walaupun hanya dalam mimpi, mengapa aku menangis terisak-isak? Mengapa aku lelah dan penat berfikir di saat itu?



Susah sebenarnya untuk menghadapi hidup berkongsi kasih, jangan memandang pada hanya satu perspektif, pandanglah pada semua segi. Jika sebelum ini, kita menjadi satu-satunya isteri kepada seorang suami, dan seorang menantu kepada seorang mentua.. senang untuk kita lalui semua itu. Bayangkan, wujudnya insan lain disisi suami kita, jika dulu kita yang berada disisi nya, kita yang menyediakan makan pakainya, kita yang menjadi tempat untuk dia melepaskan lelah, kita tempat untuk dia bercerita keluh kesahnya. Kini bila wujudnya orang yang ketiga, kita bukan lagi menjadi yang terutama.

Aku tidak mampu untuk menghadapi situasi ini, walaupun hanya diuji dalam mimpi. Di dalam dunia nyata, pastinya aku akan tersungkur dan rebah ke tanah. Aku tidaklah secekal mana rupanya, aku tidaklah tabah sangat rupanya, aku hanya biasa-biasa rupanya. Aku hanya berada pada tahap 4-10. Masih jauh untuk mencapai tahap 9-10.


Ahh.. maafkan aku kerana terlalu angkuh Ya Tuhan! Janganlah kau menguji aku sedemikian rupa. Aku tidak mampu!! Sunguh aku tidak mampu!!




Nota kaki: NO MORE bahasa indah dalam mimpi tersebut.. aku sumpah seranah mcm lupa diri.. BAB1, WTF, WTH menjadi madah biasa..ekekke. kalau dunia nyata..??? heh..entah!

No comments:

Post a Comment