Friday, November 26, 2010

Everyday I Love You~

Heh.. bosan..

Mari ikot aku ke dunia kayangan! Huh..aku tipu je.

Rindu pada seseorang yang bernama cik jijah! Cik jijah semestinya mak bonda aku. Sedar tak sedar, sudah meningkat umur cik jijah. Sekarang dah umur 60 tahun. Tapi kehebatan leteran cik jijah masih lagi lantang dan bertenaga, memang superb!

Jika dulu cik jijah sangat tegas orang nya, kini tidak lagi, dia lebih banyak menerima pendapat dari anak-anaknya. Jika dulu, sepatah arahan yang keluar dari mulut cik jijah, secepat kilat kena buat. Sekarang tidak lagi, cik jijah lebih banyak menggunakan cara yang lebih lembut. Entah la, ape yang membuatkan cik jijah berlembut hati, aku tidak pasti.


ini cik jijah kesayangan sapika!


Jika dulu, cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah sebab malas pergi mengaji, masuk time magrib aku buat-buat sakit perot dalam tandas. Bila keluar tandas, berkejar-kejaran la aku dengan cik jijah, dia dah tahu taktik aku. Tapi sekarang tak lagi, dia tak garang macam tu lagi, kadang-kadang aku dengki dengan anak buah aku, diorang malas pergi mengaji pun, cik jijah tak kejar dengan paip getah macam aku dulu. Huh.. cik jijah Cuma berleter jer.


ini dia anak buah aku yang malas pergi mengaji~


Kalau dulu, cik jijah kata A, jawapnnya A jugak lah anak-anaknya kena ikut. Tak boleh membantah kata cik jijah, lau membantah, ciap la. Tapi kenapa sekarang cik jijah lebih banyak suruh anak-anaknya yang buat keputusan. Kadang-kadang aku rasa berdosa, sebab kadang-kadang aku mengambil kesempatan dalam membuat keputusan kepada cik jijah. Cik jijah ikut aje keputusan yang anak-anaknya buat, katanya’ baik pada korang, baiklah pada mex’.

Jika dulu, bila cik jijah tido, kami berjalan berjengket-jengket, cakap pun bisik-bisik. Sebab cik jijah garang sangat. Kami tak mahu cik jijah tersedar dari tido nya. Maklumlah, rumah cik jijah berlantaikan papan. Kalau berlari-lari time cik jijah tido, sepit ketam yang akan jadi habuannya. Kenapa sekarang cik jijah tak marah anak buah aku yang men lompat tali, badminton, bola sepak dalam rumah time dia tido sekarang ni??


mereka inilah yang men lompat tali and guli dalam rumah~


Lagi satu, dulu.. selalu je aku kena marah bila tak jumpa barang yang cik jijah suruh aku carikan. ‘sapika, acu ambik gesek atas almari ( sapika tolong ambilkan mancis atas almari)’ cik jijah memberi arahan pada aku, bila aku tak cari betol-betol and tak jumpa, mesti cik jijah marah. Bila cik jijah ambik sendiri mancis yang aku tak jumpa tu, alamatnya aku dapat sepit ketamlah dipaha. Tapi kenapa sekarang cik jijah cakap, ‘ sapika, ambik mancis atas almari’, dan bila aku cari-cari masih tak jumpa jugak. Aku Tanya cik jijah lagi sekali, dia kata duk atas almari jugak. Aku cari tetap tak jumpa,, tapi aku jumpa duk atas peti ais.. bila aku bagi bagi mancis, dia senyum sahaja pada aku..

Erm.. kenapa cik jijah begitu berlembut sekarang ni.. kenapa cik jijah begitu baik hati..?

Selepas aku fikir-fikir, aku dah tahu jawapan kepada semua persoalan tu..

Kenapa dulu cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah, sekarang tak lagi??
Sebabnya, dulu cik jijah masih kuat, sihat dan bertenaga. Sekarang ni cik jijah dah kurang tenaganya. Masih boleh berjalan untuk ke masjid setiap hari pun sudah cukup baik. Cik jijah tak larat nak kejar-kejar dengan getah paip lagi sekarang ni. Erm.. baru aku sedar..aku sayang cik jijah!

Mengapa dulu cik jijah terlalu tegas dalam membuat keputusan? Kenapa cik jijah selalu nak wat keputusan sorang-sorang?

Betol la, dulu kami masih kecil, mana tahu nak buat keputusan sendiri, lagipun cik jijah menjadi ibu tunggal di usia yang masih muda, umur 44 tahun! Berat tanggjwb..anak kecik-kecik yang perlu disekolahkan. Silap membuat keputusan, masa depan kami semua akan kucar kacir. Sekarang cik jijah biar kami pulak buat keputusan, katanya dia dah sekolahkan anak-anaknya, dan boleh buat keputusan sendiri, tidak perlukan pendapatnya lagi, kerana katanya, ‘ die tidak pernah bersekolah, dan tidak pernah belajar setinggi anak-anaknya’. Kini tiba giliran anak-anaknya..erm... baru aku sedar.. aku sayang cik jijah..!

Kenapa cik jijah tak marah cucu-cucunya buat bising time dia tido?
Sebab cik jijah tak tido atas latai papan lagi, tak bunyi bising. Hahahah. Tolong serious sapika! Ok, sebenarnya.. dalam usia yang begitu, allah telah menarik pancaindera yang telah diberikan sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, pendengaran cik jijah semakin berkurangan. Patut la, cik jijah tidak begitu marah, dan dapat tido dengan nyenyak. Ya tuhan, kau telah menarik suatu bahgian pemberian-Mu dari ibu... Aku sayang.. cik jijah.

Kenapa cik jijah tak marah bila aku tak jumpa barang yang dia suruh aku cari?
Sebab.. sebenarnya, kekuatan ingatan yang selama ini telah diberikan Allah telah ditarik sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, ingtan cik jijah semakin berkurangan, dia telah nyanyuk. Cik jijah mudah lupa sekarang ni.. aku mula bersedih bila allah mula menarik satu persatu bahagian yang telah diberikan kepada cik jijah...

Jika dilihat pada mata kasar, cik jijah memang masih kuat... tapi..sedikit demi sedikit bahagiannya telah di ambil oleh Allah..

Aku merindui dia.. yang bernama seorang ibu...

  • Cik Jijah pesan: carilah seorang lelaki yang menyayangi dan menghormati ibunya, kerana suatu hari nanti lelaki itu akan menyayangi dan menghormati kamu sebagai ISTERINYA...sebagaimana dia melakukan kepada ibunya!

2 comments:

  1. sy sokong pesanan bonda jijah....semoga bonda jijah sehat sokmo....

    ReplyDelete
  2. hahaha.. yo lo doh...
    bonda jijah sehat n rock sokmo..

    ReplyDelete