Showing posts with label Cik Jijah. Show all posts
Showing posts with label Cik Jijah. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Kehebatan tangkap udang pakai tapak tangan~

mood berada dikampung menguasai diri. sampaikan broadband tetiba berubah identiti nak jadi "berukband". terpaksalah aku memanjat pokok getah cik jijah untuk mendapatkan rangkaian hubungan yang berkualiti. sekarang aku berada di atas pkok getah cik jijah, tapi ditegaskan bahawa aku masih belum mahu tukar identiti seperti broadabnd tersebot.


aku terasa sangat hebat sejak akhir-akhir ni, coz aku dapat memangkap udang pakai tangan jer.. itulah kehebatan bila aku berada dikampung halaman sendiri.. aku berjaya menangkap udang tersebot dalam peti ais cik jijah! keh.keh.keh.



aku tangkap sambil bersila je..tak payah pakai jaring or ape-ape. sesiapa mahu merasai kehangtan menangkap udang, datanglah ke rumah cik jijah~ ehhe..



okeh.. kat rumah cik jijah pon ada ikan sungai okeh, ikan ni ditangkap oleh orang belakang umah cik jijah a.k.a penoreh getah cik jijah. bukan ikan aje ada.. belut pon hade, sape-sape tak suka makan belut sila bergerak ke tepi..coz aku suka makan belut.kikiki



berada di kampung sangat seronok rasanya. hohoho. akulah raja, aku lah bibik!

p/s: sape-sape yang demam or hape2, sila makan ubat..
~ aku memang suka pakai seluar berpetak bila mahu tido, keh3.
~ aku berada dalam situasi bahaya, bila anak-anak buah aku telah diserang chicken pox. harapnya aku tidak dijangkiti!



Saturday, December 25, 2010

pejam celik-pejam celik, tido makan-tido makan dah sebulan aku duk kat rumah. tolak- tambah, bahagi darab..

dua minggu demam! tiga hari balik kampung mula demam. demam tak berapa terok sebenarnya, tapi bila dengar jiran-jiran masuk ospital sebab 'virus kencing tikus', kesannya terbawa-bawa kepada aku. demam kali ni len sikit, tengah ari duk terketar-ketar, malam pulak tak leh tido! dua minggu duk demam, sape-sape tegur aku time aku ngah demam memang siap la.. aku akan nangis tak sudah-sudah!

time demam ni, bawa lah ape pun depan mata, semua tak layan, masakan yang rasa besh, jadi rasa pahit.. demam melarat-larat, cik jijah suruh pegi klinik dengan kakak aku, aku cakap tak hingin pegi klinik, dia cakap.. ok fine!( eh, cik jijah speaking) aku senyum-senyum dalam blanket, lenguh kaki n badan tak payah nak cerita la time tu. aku paksa anak-anak buah pijak kaki aku..nak ilangkan lenguh. ilang kejap je, pastu lenguh balik.

seminggu demam tak elok-elok, cik jijah bagi tawaran untuk aku. pilih antara dua, mahu tibai dengan hanger atau pegi klinik! tercicit aku berlari bersiap pegi klinik dengan abang aku.. cik jijah angkat ibu jari sambil kata 'bery gud'! dia angkat ibu jari ye..ibu jari..bukan jari tengah!

pegi klinik, aku duk menunggu kat ruang menunggu, dalam 15 minit, aku mula bosan. orang ramai time tu. dengan idung yang tak benti-bentu keluar air, buat aku tak selesa, mata pun turut kuar air.. huh tak selesa.. ! aku pegi kaunter mintak ubat , tak jumpa doktor pom. aku malas nak menunggu! abang aku pegi mana entah time, nasib bek tak kantoi dengan abang aku. hohoho.

balik umah cik jijah tya, doktor cakap ape??
aku cakap, doktor kata demam biasa jew.. doktor pesan kena makan sedap-sedap baru cepat sembuh. ( aku tipu sunat cik jijah) hohoho..

malam tu aku demam terok-terok, tak ley tido sampai pagi! heh~ padan muka ko sapika!!! padan muka, ko tipu cik jijah sangat.. keh..kehkeh..

nota kaki: abang ada dua jenis yea. satu abang kerajaan dan satu lagi abang swasta. yang aku maksudkan di atas, adalah abang kerajaan..

abang swasta!! dia..dia..sedam berdansa katanya... selamat berdansa sampai pengsan 'abam swasta'!






Friday, November 26, 2010

Everyday I Love You~

Heh.. bosan..

Mari ikot aku ke dunia kayangan! Huh..aku tipu je.

Rindu pada seseorang yang bernama cik jijah! Cik jijah semestinya mak bonda aku. Sedar tak sedar, sudah meningkat umur cik jijah. Sekarang dah umur 60 tahun. Tapi kehebatan leteran cik jijah masih lagi lantang dan bertenaga, memang superb!

Jika dulu cik jijah sangat tegas orang nya, kini tidak lagi, dia lebih banyak menerima pendapat dari anak-anaknya. Jika dulu, sepatah arahan yang keluar dari mulut cik jijah, secepat kilat kena buat. Sekarang tidak lagi, cik jijah lebih banyak menggunakan cara yang lebih lembut. Entah la, ape yang membuatkan cik jijah berlembut hati, aku tidak pasti.


ini cik jijah kesayangan sapika!


Jika dulu, cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah sebab malas pergi mengaji, masuk time magrib aku buat-buat sakit perot dalam tandas. Bila keluar tandas, berkejar-kejaran la aku dengan cik jijah, dia dah tahu taktik aku. Tapi sekarang tak lagi, dia tak garang macam tu lagi, kadang-kadang aku dengki dengan anak buah aku, diorang malas pergi mengaji pun, cik jijah tak kejar dengan paip getah macam aku dulu. Huh.. cik jijah Cuma berleter jer.


ini dia anak buah aku yang malas pergi mengaji~


Kalau dulu, cik jijah kata A, jawapnnya A jugak lah anak-anaknya kena ikut. Tak boleh membantah kata cik jijah, lau membantah, ciap la. Tapi kenapa sekarang cik jijah lebih banyak suruh anak-anaknya yang buat keputusan. Kadang-kadang aku rasa berdosa, sebab kadang-kadang aku mengambil kesempatan dalam membuat keputusan kepada cik jijah. Cik jijah ikut aje keputusan yang anak-anaknya buat, katanya’ baik pada korang, baiklah pada mex’.

Jika dulu, bila cik jijah tido, kami berjalan berjengket-jengket, cakap pun bisik-bisik. Sebab cik jijah garang sangat. Kami tak mahu cik jijah tersedar dari tido nya. Maklumlah, rumah cik jijah berlantaikan papan. Kalau berlari-lari time cik jijah tido, sepit ketam yang akan jadi habuannya. Kenapa sekarang cik jijah tak marah anak buah aku yang men lompat tali, badminton, bola sepak dalam rumah time dia tido sekarang ni??


mereka inilah yang men lompat tali and guli dalam rumah~


Lagi satu, dulu.. selalu je aku kena marah bila tak jumpa barang yang cik jijah suruh aku carikan. ‘sapika, acu ambik gesek atas almari ( sapika tolong ambilkan mancis atas almari)’ cik jijah memberi arahan pada aku, bila aku tak cari betol-betol and tak jumpa, mesti cik jijah marah. Bila cik jijah ambik sendiri mancis yang aku tak jumpa tu, alamatnya aku dapat sepit ketamlah dipaha. Tapi kenapa sekarang cik jijah cakap, ‘ sapika, ambik mancis atas almari’, dan bila aku cari-cari masih tak jumpa jugak. Aku Tanya cik jijah lagi sekali, dia kata duk atas almari jugak. Aku cari tetap tak jumpa,, tapi aku jumpa duk atas peti ais.. bila aku bagi bagi mancis, dia senyum sahaja pada aku..

Erm.. kenapa cik jijah begitu berlembut sekarang ni.. kenapa cik jijah begitu baik hati..?

Selepas aku fikir-fikir, aku dah tahu jawapan kepada semua persoalan tu..

Kenapa dulu cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah, sekarang tak lagi??
Sebabnya, dulu cik jijah masih kuat, sihat dan bertenaga. Sekarang ni cik jijah dah kurang tenaganya. Masih boleh berjalan untuk ke masjid setiap hari pun sudah cukup baik. Cik jijah tak larat nak kejar-kejar dengan getah paip lagi sekarang ni. Erm.. baru aku sedar..aku sayang cik jijah!

Mengapa dulu cik jijah terlalu tegas dalam membuat keputusan? Kenapa cik jijah selalu nak wat keputusan sorang-sorang?

Betol la, dulu kami masih kecil, mana tahu nak buat keputusan sendiri, lagipun cik jijah menjadi ibu tunggal di usia yang masih muda, umur 44 tahun! Berat tanggjwb..anak kecik-kecik yang perlu disekolahkan. Silap membuat keputusan, masa depan kami semua akan kucar kacir. Sekarang cik jijah biar kami pulak buat keputusan, katanya dia dah sekolahkan anak-anaknya, dan boleh buat keputusan sendiri, tidak perlukan pendapatnya lagi, kerana katanya, ‘ die tidak pernah bersekolah, dan tidak pernah belajar setinggi anak-anaknya’. Kini tiba giliran anak-anaknya..erm... baru aku sedar.. aku sayang cik jijah..!

Kenapa cik jijah tak marah cucu-cucunya buat bising time dia tido?
Sebab cik jijah tak tido atas latai papan lagi, tak bunyi bising. Hahahah. Tolong serious sapika! Ok, sebenarnya.. dalam usia yang begitu, allah telah menarik pancaindera yang telah diberikan sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, pendengaran cik jijah semakin berkurangan. Patut la, cik jijah tidak begitu marah, dan dapat tido dengan nyenyak. Ya tuhan, kau telah menarik suatu bahgian pemberian-Mu dari ibu... Aku sayang.. cik jijah.

Kenapa cik jijah tak marah bila aku tak jumpa barang yang dia suruh aku cari?
Sebab.. sebenarnya, kekuatan ingatan yang selama ini telah diberikan Allah telah ditarik sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, ingtan cik jijah semakin berkurangan, dia telah nyanyuk. Cik jijah mudah lupa sekarang ni.. aku mula bersedih bila allah mula menarik satu persatu bahagian yang telah diberikan kepada cik jijah...

Jika dilihat pada mata kasar, cik jijah memang masih kuat... tapi..sedikit demi sedikit bahagiannya telah di ambil oleh Allah..

Aku merindui dia.. yang bernama seorang ibu...

  • Cik Jijah pesan: carilah seorang lelaki yang menyayangi dan menghormati ibunya, kerana suatu hari nanti lelaki itu akan menyayangi dan menghormati kamu sebagai ISTERINYA...sebagaimana dia melakukan kepada ibunya!