Saturday, December 25, 2010

pejam celik-pejam celik, tido makan-tido makan dah sebulan aku duk kat rumah. tolak- tambah, bahagi darab..

dua minggu demam! tiga hari balik kampung mula demam. demam tak berapa terok sebenarnya, tapi bila dengar jiran-jiran masuk ospital sebab 'virus kencing tikus', kesannya terbawa-bawa kepada aku. demam kali ni len sikit, tengah ari duk terketar-ketar, malam pulak tak leh tido! dua minggu duk demam, sape-sape tegur aku time aku ngah demam memang siap la.. aku akan nangis tak sudah-sudah!

time demam ni, bawa lah ape pun depan mata, semua tak layan, masakan yang rasa besh, jadi rasa pahit.. demam melarat-larat, cik jijah suruh pegi klinik dengan kakak aku, aku cakap tak hingin pegi klinik, dia cakap.. ok fine!( eh, cik jijah speaking) aku senyum-senyum dalam blanket, lenguh kaki n badan tak payah nak cerita la time tu. aku paksa anak-anak buah pijak kaki aku..nak ilangkan lenguh. ilang kejap je, pastu lenguh balik.

seminggu demam tak elok-elok, cik jijah bagi tawaran untuk aku. pilih antara dua, mahu tibai dengan hanger atau pegi klinik! tercicit aku berlari bersiap pegi klinik dengan abang aku.. cik jijah angkat ibu jari sambil kata 'bery gud'! dia angkat ibu jari ye..ibu jari..bukan jari tengah!

pegi klinik, aku duk menunggu kat ruang menunggu, dalam 15 minit, aku mula bosan. orang ramai time tu. dengan idung yang tak benti-bentu keluar air, buat aku tak selesa, mata pun turut kuar air.. huh tak selesa.. ! aku pegi kaunter mintak ubat , tak jumpa doktor pom. aku malas nak menunggu! abang aku pegi mana entah time, nasib bek tak kantoi dengan abang aku. hohoho.

balik umah cik jijah tya, doktor cakap ape??
aku cakap, doktor kata demam biasa jew.. doktor pesan kena makan sedap-sedap baru cepat sembuh. ( aku tipu sunat cik jijah) hohoho..

malam tu aku demam terok-terok, tak ley tido sampai pagi! heh~ padan muka ko sapika!!! padan muka, ko tipu cik jijah sangat.. keh..kehkeh..

nota kaki: abang ada dua jenis yea. satu abang kerajaan dan satu lagi abang swasta. yang aku maksudkan di atas, adalah abang kerajaan..

abang swasta!! dia..dia..sedam berdansa katanya... selamat berdansa sampai pengsan 'abam swasta'!






No comments:

Post a Comment