Tuesday, March 22, 2011

Mari belajar berenang

1. Wait for the man who Doesn’t mind meeting your parents,
2. Opens the car door for you,
3. Makes you smile without trying,
4. Calls you beautiful & means it,
5. Doesn’t care when you hang with friends,
6. Lets you rest your head on his shoulder,
7. Kisses you on the forehead,
8. Holds your hand while he’s driving,
9. Doesn’t laugh at you when you fall, He just helps you up & asks if your okay.
10. He wants you to get along with his friends,
11. Will show you off to the world,
12. Makes sure your home by curfew,
13. Will tickle you even after you tell him to stop- Because he knows you secretly love it.
14. He is actually interested in how your day was,
15. He makes you sit in the middle of his truck - Because by the window is too far away.
ahhhh...manis macam gula-gula~
HE IS LIKE THAT...:)



dalam banyak-banyak ni, ada satu yang menarik perhatian, iaitu no.9!

pada suatu hari, aku b'ria nak belajar berenang, dan 'dia' pon jadi lah cikgu tak bertauliah aku.


' nak berenang kena tahu apungkan badan, cara nak apungkan badan senang je, kena relax n tahan napas kejap, bila dah terapung jangan nak dongakkan kepala.' panjang lebar cikgu bagi tazkirah cara-cara berenang.


bab apungkan badan, kiranya dah lulus 70%, sekarang masa tuk gerakkan kaki dan tangan supaya dapat bergerak ke depan. " nanti, rapatkan kaki, pastu gerakkan kaki laju2, tangan kena menguak kedepan".


dengan penuh semnagt la.. aku apungkan badan, aku gerakkan kaki, gerakkan tangan! tetiba rasa nak nak gelak terok2 walaupun masa tu tengah apungkan badan.


ade ke patut kaki aku terkankang, pastu gerak entah ape2, tangan lak duk tepuk2 permukaan air, da bukan mcm menguak da, da mcm rama-rama da.. terus aku tenggelam.


bila da cikgu tarik ke permukaan, muka cikgu relax je, tak gelak pon, aku je yang duk gelak tak sedarkan diri, tetiba cikgu tya" ok ke?!, da macam orang lemas da....".


bila cikgu nampak aku ok n gelak tak sedarkan diri, baru lah dia gelak ugak, bila dia dah gelak mulalah mengutuk2... aku ambik keputusan tak nak belajar lagi..whooooaa! agaknya, bila duk dalam air, arahan otak kepada kaki dan tangan tak berapa nak sampai kot~

p/s: sampai sekarang cikgu masih mengata,,,huhhh!

Thursday, March 17, 2011

Gagah mana pun lelaki itu, jiwanya sangat halus dan nipis?


lelaki itu sebenarnya lembut jiwanya, halus perasaannya.

lelaki itu sebenarnya sentiasa mahu dipuji, mahu dibangga-banggakan. mahu merasa dirinya dihargai, mahu dirinya dianggap penting dalam segala perkara.

jika lelaki itu menunjukkan sesuatu bakat, pujilah diri mereka, kerana mereka akan rasa dihargai. walaupun kita dapat merasa yang mereka lakukan itu hanyalah mahu tunjuk 'eksen' semata-mata!

kadang-kadang kita perlu mendapatkan pendapat dari mereka, walaupun kadang-kadang kita sudah tahu apa yang patut dilakukan.

lelaki itu janganlah dikonkong, kerana akan timbul perasaan ingin memberontak di dalam hati mereka. lelaki yang di konkong akan cuba untuk membuat sesuatu yang di luar batasan.

sifatnya seorang lelaki itu ialah, 'semakin kita kata tidak, makin dia mahu kata ya!' kerana sifatnya seorang lelaki itu tidak pernah ingin mahu mengalah.

contohnya, ' nanti kamoo potong rambut yea..' maka dia akan kata..' tak nak, saya suka rambut panjang, baru nampak indie'. oleh itu...buatlah tidak tahu..dan pasti dia akan potong jugak rambut tersebut bila tidak disuruh oleh sesiapa.

makin disuruh, makin malaslah seorang lelaki itu~ kerana tebalnya ego seorang lelaki.

lelaki itu lebih gembira sekiranya mendapat seorang wanita yang tidak terlalu cemburu buta, akan bahagia lelaki itu sekiranya mendapat seorang yang memahami dirinya.

lelaki yang hebat tidak pernah menunjukkan perasaan cemburunya yang sebenar. kerana mereka tidak mahu mudah mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

lelaki juga lebih gembira sekiranya perkara yang lepas tidak diungkit berulang kali pada hari akan datang~

betolkah wahai lelaki... ??
ini semata-mata kajian yang telah saya lakukan sendirian!! muahahhaha!

p/s:aku menyanjungi insan-insan yang bergelar lelaki

Tuesday, March 15, 2011

Sekapur Sirih/ Penghargaan




Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan Laporan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Usman Yaakob pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah-pensyarah saya, kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutamanya bonda tercinta iaitu Siti Zainab bt Awang Senik, kakak-kakak yang dikasihi, Kak Nah, Kak Dah, Kak Ayu,serta satu-satunya abang iaitu Abang Faisal kerana telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Sekiranya, ayahnda yang dikasihi masih berada disisi, serangkap kata ‘ Terima Kasih’ buat dirinya ingin dihulurkan, namun hanya Al-Fatihah yang hanya mampu dititipkan buat ayahnda yang dikasihi.

Selain itu, saya turut berterima kasih Abdullah Fazlan bin Abd.Sani kerana sudi memberi semangat yang tidak putus-putus kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan iaitu, Siti Hajar, Nurul Fatin, Siti Sarah, Norfarehan dan Norsulaiha terima kasih jua diucapkan kerana banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.



"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Wednesday, March 9, 2011

Melayan nafsu buaya

sejak akhir-akhir ni..macam-macam hal berlegar-legar dalam kepala. banyak sangat kerja, tapi tak tau nak siapkan yang mana dulu. akhirnya aku ambik keputusan untuk tenangkan diri...

mudah je cara aku tenangkan diri.. pergi kat perhentian bus, tunggu bus n naik bus.. jalan-jalan sampai tak sedarkan diri! kalau nak tenangkan diri kena la pergi sorang diri, baru mencabar..



bila dah berjalan tak sedarkan diri, segala tekad dalam diri tetiba jer hilang dibawa angin, tekad nak diet n kuruskan badan berkecai di tengah jalan. aku melantak kat kenny rogers roasters sorang-sorang, peduli hape aku!! segala jenis 'tea' yang aku terpaksa telan semalam, aku lupakan aje..



bukti aku makan sorang-sorang.. kat depan aku tak ada orang.. sebelah n bawah meja pon takdak orang.

dah puas melayan kerenah perot, sampai giliran tuk melayan kerenah nafsu pulak. jalan ke hulu ,ke hilir, aku rembat menda ni sepasang..



dah taw pakai menda nih menyakitkan segala jenis urat saraf kaki, tetap jugak beli.. itu lah nafsu durjana namanya!

menda nih, aku terpaksa beli, coz yang slalu aku pakai tertinggal kat kampung, lau tak pakai menda nih, tak sempurna rasanya idup aku, walaupun nampak biasa, bersesuaian dengan harga.. tak mampu nak beli macam yang sesetengah orang tu..ape nama tue..g shock bumblebee (casio)! huhh..



ni dia g shock bumblebee!


ni aku beli kerana tertarik, bukan kerana terpaksa or dipaksa.. entahla..nak belit macam mana pon aku ta taw..hahhaha. nafsu semata2!


ape-ape pun, seronok melayan nafsu buaya nih.. tapi yang tak seronok..duit keping-keping jadi makin nipis!

makan sudah, beli sudah, tido pon sudah..sekarang..sila pergi buat kerja shapika!!

Tuesday, March 8, 2011

Tanda-tanda anda gemok, dan cara mengatasinya~

kenapa semua orang mahu kurus?? okeh, disini ada beberapa tanda-tanda kegemukan dan cara untuk membuatkan anda kembali kurus..

ini sekadar contoh ye..



oke..gadis ini pada asalnya pada tahun 2009 mempunyai berat badan hanya 43kg sahaja, tetapi kini pada tahun 2011, berat badannya ialah 53kg!! tetapi beliau bernasib baik kerana mempunyai ketinggian 164 cm. sekiranya beliau menghadapi masalah kurang ketinggian, pasti beliau seiras giant( dalam cerita doremon) pada saat ini.

ada wanita yang kadang-kadang perasan gemok walaupun masih kurus, dan ada juga wanita yang perasan kurus padahal beliau sangatlah berisi.. sejak akhir-akhir ini, perkataan 'gemok' telah menjadi sensitip buat diri saya..maaf yea. kita tukar kepada perkataan 'berisi', barulah ia nampak sopan dan berbudi bahasa. bukankah budi bahasa itu budaya kite.. ?? ehemmm..

tanda anda semakin berisi ialah,
~ anda rasa seluar anda tetiba mengecut, tetiba butang rasa hampir tertanggal.
~ tiap-tiap bulan anda rasa nak beli Bra baru.. anda kata nak ubah selera, nak beli macam-macam kaler.
~ bila anda baring, tetiba anda rasa perot anda lagi tinggi dari dada. ( itu kategori boncit ye)..
~bila pakai tudung, tetiba bentuk tudung jadi bulat macam pinggan, da tak jadi macam bujur telur..

senang je cara nak kuruskan badan, meh aku berkongsi rahsia!!

pada yang dah ada suami, sila suruh suami anda kahwin lain, bila makan madu.. tetiba jadi kurus, slim, santik n bergaya. tak percaya sila cuba!

pada yang ada pakwe,makwe.. sila suruh mereka curang dengan anda.. anda akan makan nasik berulamkan jantung dan hati, pasti anda akan berjaya menurunkan berat badan dengan serta merta!

kepada yang single...jangan makan nasik!! muahahha..

okeh, ape-ape pun... 'berisi' itu SEKSI~

kan.kan.kann... (sedapkan ati sendirik..huhuhu)


kenapa menda ni dah tak memberi kesan untuk aku...wawawawa

Monday, March 7, 2011

Suatu Kebetulan~


ini suatu kebetulan, bukan suatu janji. ceritanya bermula begini, ketika tiba di hentian kuala rui grik, perak. aku telah turun bus dan pergi melantak seorang diri, tetiba ada akak sorang ni tegur, 'nak g mana dik, penang ke?' aku menjawab ye aje.. malas nak jawab banyak coz telinge tetiba jadik pekak, bila bercakap pon, rasa macam suara slow je.. aku bukan pekak semulajadi, tapi penangan turun naik bukit, tekanan udara wat telinga aku jadi tersumbat dan tetiba pekak!

dalam malas-malas terpaksa la melayan akak sorang ni bercakap, dia sangt-sangt friendly.. rasa kesian lak lau tak di layan.. terpaksa melayan walaupun telinge rasa sedikit pekak, suara terasa macam tak terkeluar. duk sembang-sembang..pung pang pung pang.. tetiba, 'akak ada anak buah, kat USM, nama dia Padayappa (bukan nama sebenar).

Gullp... Padayappa...? erm..

dik kenal ke?? akak tu tanya aku bertalu-talu n bertubi-tubi..

eh..ermm..tak kenal pon.. ( suara tersekat di kerongkong).

akak ni mak sedara Padayappa...beria-ria beliau bercerita.

owh..mcm tu..aku bersuara lemah, suara dah tak mahu keluar lansung..

p/s: Aduhai..Padayappa..musuh ketat incik kassim... kalau aku masih dengan Incik Padayappa, maknanya akak tuh bakal mak sedara aku la eh??? yerkkk... gedik!

sila sedar diri, minggu depan kena lapor diri kat cik esah, wahai shapika!

Wednesday, March 2, 2011

Makna disebalik lagu~


satu penyakit yang paling kronik aku alami ialah, aku suka dengar lagu yang aku suka berulang kali. biar cair taik telinge.. aku tak kesah.! itu lah penyakitnya..

kadang-kadang lagu dpaat menggambarkan ape yang kita rasa, dan kadang-kadang melalui lagu jgak kita nak orang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kita.

kadang-kadang lagu jugak la boleh buat kita mengingati seseorang atau peristiwa!

setiap lagu tu.. ada sejarahnya yang tersendiri buat diri seseorang. biar pun kita ni bukan artis, tumpang menghayati lagu mereka cukup la..hohoho.

jika aku minat lagu..mesti sebab ada kaitan dengan aku..kih3..

my first x, telah menyanyikan lagu 'antara gadis( dinamik) time aku tecik2 dulu.. hahahha. zaman muda-muda.. time tuh potong kuku sendirik pon tak reti lagih~ muahahha.
apa yang penting setiap lagu tu ada makna yang tersendiri dan ada kenangan tersendirik.

apa -apa pun, incik kassim selalu jgak beri lagu, antaranya just da way u r, that's when i love u, dan aku lupa da yang lain..muahha..

p/s: lagu itu, suara hati saya buat kamoo..