Wednesday, March 9, 2011

Melayan nafsu buaya

sejak akhir-akhir ni..macam-macam hal berlegar-legar dalam kepala. banyak sangat kerja, tapi tak tau nak siapkan yang mana dulu. akhirnya aku ambik keputusan untuk tenangkan diri...

mudah je cara aku tenangkan diri.. pergi kat perhentian bus, tunggu bus n naik bus.. jalan-jalan sampai tak sedarkan diri! kalau nak tenangkan diri kena la pergi sorang diri, baru mencabar..



bila dah berjalan tak sedarkan diri, segala tekad dalam diri tetiba jer hilang dibawa angin, tekad nak diet n kuruskan badan berkecai di tengah jalan. aku melantak kat kenny rogers roasters sorang-sorang, peduli hape aku!! segala jenis 'tea' yang aku terpaksa telan semalam, aku lupakan aje..



bukti aku makan sorang-sorang.. kat depan aku tak ada orang.. sebelah n bawah meja pon takdak orang.

dah puas melayan kerenah perot, sampai giliran tuk melayan kerenah nafsu pulak. jalan ke hulu ,ke hilir, aku rembat menda ni sepasang..



dah taw pakai menda nih menyakitkan segala jenis urat saraf kaki, tetap jugak beli.. itu lah nafsu durjana namanya!

menda nih, aku terpaksa beli, coz yang slalu aku pakai tertinggal kat kampung, lau tak pakai menda nih, tak sempurna rasanya idup aku, walaupun nampak biasa, bersesuaian dengan harga.. tak mampu nak beli macam yang sesetengah orang tu..ape nama tue..g shock bumblebee (casio)! huhh..



ni dia g shock bumblebee!


ni aku beli kerana tertarik, bukan kerana terpaksa or dipaksa.. entahla..nak belit macam mana pon aku ta taw..hahhaha. nafsu semata2!


ape-ape pun, seronok melayan nafsu buaya nih.. tapi yang tak seronok..duit keping-keping jadi makin nipis!

makan sudah, beli sudah, tido pon sudah..sekarang..sila pergi buat kerja shapika!!

6 comments: