Thursday, March 17, 2011

Gagah mana pun lelaki itu, jiwanya sangat halus dan nipis?


lelaki itu sebenarnya lembut jiwanya, halus perasaannya.

lelaki itu sebenarnya sentiasa mahu dipuji, mahu dibangga-banggakan. mahu merasa dirinya dihargai, mahu dirinya dianggap penting dalam segala perkara.

jika lelaki itu menunjukkan sesuatu bakat, pujilah diri mereka, kerana mereka akan rasa dihargai. walaupun kita dapat merasa yang mereka lakukan itu hanyalah mahu tunjuk 'eksen' semata-mata!

kadang-kadang kita perlu mendapatkan pendapat dari mereka, walaupun kadang-kadang kita sudah tahu apa yang patut dilakukan.

lelaki itu janganlah dikonkong, kerana akan timbul perasaan ingin memberontak di dalam hati mereka. lelaki yang di konkong akan cuba untuk membuat sesuatu yang di luar batasan.

sifatnya seorang lelaki itu ialah, 'semakin kita kata tidak, makin dia mahu kata ya!' kerana sifatnya seorang lelaki itu tidak pernah ingin mahu mengalah.

contohnya, ' nanti kamoo potong rambut yea..' maka dia akan kata..' tak nak, saya suka rambut panjang, baru nampak indie'. oleh itu...buatlah tidak tahu..dan pasti dia akan potong jugak rambut tersebut bila tidak disuruh oleh sesiapa.

makin disuruh, makin malaslah seorang lelaki itu~ kerana tebalnya ego seorang lelaki.

lelaki itu lebih gembira sekiranya mendapat seorang wanita yang tidak terlalu cemburu buta, akan bahagia lelaki itu sekiranya mendapat seorang yang memahami dirinya.

lelaki yang hebat tidak pernah menunjukkan perasaan cemburunya yang sebenar. kerana mereka tidak mahu mudah mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

lelaki juga lebih gembira sekiranya perkara yang lepas tidak diungkit berulang kali pada hari akan datang~

betolkah wahai lelaki... ??
ini semata-mata kajian yang telah saya lakukan sendirian!! muahahhaha!

p/s:aku menyanjungi insan-insan yang bergelar lelaki

2 comments:

  1. selagi namanya manusia, jiwa nyer ttp sama cuma fizikal je yg berubah

    ReplyDelete
  2. laki lembut..



    awwww awwwww.

    hati nye keras macam batu jugak kadang2. haha

    ReplyDelete