Friday, October 22, 2010

Teringin tulis novel?? Begini caranya..~

Pernah tak korang teringin nak tulis novel? Mesti korang pon pernah terasa nak tulis novel kan? Kalau aku zaman dulu-dulu la, teringin sangat nak tulis novel, sampaikan aku pernah wat synopsis novel. Semangat memenag tak payah nak cakap lah, memang membara! Sangat membara walaupon zaman tu..masih zaman konservatif!! Zaman tu, aku mana ada laptop g. Zaman tu aku tulis guna pen je , aku tulis dalam buku log warna pink, yang tebal 300 m.s. Bila teringat balik, terasa nak gelak golek-golek. Punyalah semangat kental..
Antara nama-nama watak yang pernah aku reka ialah:-
Airil Fazlan
Hanis Damia
Arin Ariana
Fazil Zafran
Mak Jah
Hasnita
Zaty Iriani
Pak Cik Seman.
Dan banyak lagi lah watak-wataknya!


Sinopsisnya ialah:-


Hanis damia bercinta dengan Fazil, namun percintaan mereka gagal kerana hadirnya orang ketiga iaitu hasnita. Fazil hanya menggunakan Hanis Damia untuk mendekati Hasnita iaitu kawan rapat Hanis. Hanis menyayangi Fazil sepenuh hatinya, namun ia hanyah cinta palsu yang dcipta ole Fazil untuk mendekati Hasnita. Hati yang terluka membuatkan Hanis berserah segalanya kepada Illahi terhadap cinta yang akan hadir padanya dia kemudiaan hari. Dalam kekecewaan hati, akhirnya dia dipertemukan dengan Fazlan, Fazlan telah memberi kebahagian buat Hanis. Namun setelah mereka berkahwin, dugaan telah datang lagi dalam kehidupan Hanis , Fazlan telah berubah. Muncul lagi orang ketiga dalam perhubungan mereka, akhirnya Hanis merelakan apa yang berlaku demi kasih sayangnya terhadap Fazlan. Kehidupan Hanis selepas berkahwin telah diabaikan oleh Fazlan. Akhirnya Hanis meninggal sebab sakit barah otak. Fazlan menyedari kesilapannya dan telah cuba menebus kesalahannya dengan membina sebuah yayasan yang diberi nama “ hanis damia’ ini adalah untuk memperingati Hanis Damia.

Kah3. Itulah novel yang aku meroyan duk tulis dulu, korang bayangkan..aku tulis pakai pen! Tapi kawan-kawan..itu adalah cerita masa aku umur 14 tahun..hik3.


Meh aku cerita novel apa yang aku duk tulis sekarang.. terhangat dipasaran..


Satunya ialah ‘ SUMBANGAN MIGRASI KEATAS TEMPAT ASAL’


Keduanya ‘ IMPAK HYPERMARKET KEATAS KEDAI-KEDAI RUNCIT KECIL DI KAWASAN PULAU PINANG’.

Ok, novel pertama aku kena submit bulan lima taun depan, novel kedua aku kena submit KHAMIS minggu depan! Masalahnya, novel kedua aku nih baru wat 20 M/S! Hahahhahah... siap la ko sapika, meroyan la ko nak siapkan ‘novel’ tuh!

Ape-ape pun aku percaya sangat-sangat bahawa semua orang pernah teringin nak wat novel sendiri. Itu termasuklah aku. Tapi, bila da idup dalam alam unibersiti, semua tu dah hilang da, kekangan masa, and kekangan kemalasan yang ,melanda.


p/s: - nama pena aku dulu-dulu ‘teri tania’


- Toing-toing... nama watak utama dah wujud betol-betol la selepas 8 taun! Arapnya orang yang bernama seperti watak utama tersebut tak membuli aku di dunia nyata!! Lau ko membuli aku, aku sumpah ko jadi perari! Bleh aku bergaya sakan..kik3. opsss! Sory incik kekasih..melebih..~~

No comments:

Post a Comment