Sunday, October 17, 2010

~Apa rasanya bila memakai Cincin~


Mari kita bercakap tentang cincin!

Ok..masing-masing tengaok jari, jangan tengok jari kaki ye, tengok jari tangan... kat jari manis korang ada cincin tak?? Em..kat jari manis aku dah ada..lalalla. aish..gedik betul!

Oleh kerana dijari manis aku dah ada cincin, aku berminat nak cakap pasal cincin.
Dulu-dulu, sebelum aku pakai cincin, aku tak tau nak letak kat jari mana n nak pakai tangan kiri or kanan. Finally..setelah setahun cintan cintun dengan incik kekasih, tetiba nampak kedai cincin, die pon beria-ria nak beli cincin kapel, so kami beli lah. Aku terkial-kial..tak tau nak letak kat jari mana, nasib baik si amoi penjual cincin tu cakap, ‘miss.. u pakai kat jari manis sebelah kanan’. Aishhh..nampak sangat baru pertama kali nak pakai cincin.

Start ari tu, baru lah aku tahu cincin perlu di pakai sebelah kanan pada jari manis, and yang lelaki pulak kena pakai pada tangan kiri...


Perasaan yang aku rasa bila pakai cincin.

Pertamanya, rasa macam telah menjadi milik seseorang and tak leh noty-noty lagi..huk3.
Keduanya, aku rasa seperti aku telah mengistiharkan diri aku hanya miliknya.

Ketiganya, kepercayaan aku padanya bertambah sebab dia pon pakai cincin, so die pon xley noty-noty ugak.

Seterusnya, rasa windu bertambah-tambah bila tengok cincin di jari manis..rasa macam sweet sangat!

Seterusnya, rasa macam setia nak mampos! Hik3...



Apa-apa pun, cincin ni melambangkan ikatan, so..kalau korang masih lagi tak nak terikat dalam perhubungan, bek tak payah gedik-gedik nak beli cincin kapel. So, korang tak kan terikat dengan sape-sape, and suka ati korang nak wat ape... kalau korang dah yakin dan fikir die da only one, yang ko rindu and sayang, teruskan lah... apa salahnya pakai cincin, baru ko sedar diri sikit. Time nak kuar ke, lepak-lepak ke, tak der la korang terlupa status sebenar korang bila terpandang cincin dijari.

Apa yang aku tahu la kan..


Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.



Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw.Namun, yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang.Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali r.a. "Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya."


Apa-apa pun, cincin tu melambangkan ikatan, so pandai-pandai la jaga perhubungan tersebut...


1 comment:

  1. pretty. con i know how price for that ring ? please :) i want to know that .

    ReplyDelete