Thursday, October 21, 2010

Kaitan ketam dan 'melayu'~

Ok, sebelum menimbulkan spekulasi, pandangan serong, fitnah dan sebgainya.. aku nak jelaskan, bahawa aku berbangga menjadi ‘melayu’.


Kamu tahu apa itu ketam?? Ketam adalah haiwan laut yang berjalan sentiasa mengiring.. ketam juga ada kaki enam + 2 penyepit. Ketam juga sedap dimasak masam manis ataupun gulai lemak!! Walaubagaimanapun ada sesetengah orang alahan bila makan ketam. Ok, sebenarnya aku bukan nak bercakap tentang kesedapan masak lemak ketam, dan bukan juga nak cakap tentang kaki dan penyepit ketam.



Aku nak bercakap dan berkata tentang perkaitan ketam dan orang melayu. Mengapa ketam dan ‘melayu’ berkait??

Kalau nak tahu, korang ambik sebijik baldi, dan letak dengan ketam-ketam yang hidup separuh baldi. Korang duduk tepi baldi tu..dan tengok apa yang berlaku dalam baldi tu. Mesti korang tak dapatkan bayangkan apa yang berlaku. Biar aku jelaskan apa yang berlaku dalam baldi tu.



Ketam yang duk paling atas akan cuba untuk panjat keluar baldi, tapi..ketam-ketam yang lain akan tarik kaki ketam yang tengah berusaha untuk naik atau panjat keluar dari baldi tersebut.

Bila ketam tadi hampir Berjaya untuk keluar dari baldi, dia akan jatuh balik..coz kakinya ditarik oleh ketam-ketam yang berada dibawah. Jadi, kesimpulannya, tak ada satu pon ketam yang akan Berjaya keluar dari baldi tersebut. Mereka akan saling tarik menarik, mereka tak akan biarkan ketam yang lain keluar. So, mereka akan berada pada tahap yang sama sahaja!

Begitu jugalah dengan orang ‘kita’!
Okey, kalau ada sapa-sapa yang nak marah kat aku, nak kata aku jenis suka menjatuhkan bangsa sendiri, ‘sila baca kepala surat yea”! Aku bukan nak menjatuhkan bangsa sendiri, aku Cuma nak bangsa aku sendiri sedar! Kerana aku tak nak bangsa aku jatuh...

Orang ‘kita’, bila nak maju perniagaan sikit, ada la yang nak jatuhkan.


Orang ‘kita’, bila nak berniaga, tak nak berniaga dengan orang ‘kita’ jugak.

.
Orang ‘kita’, lebih percayakan ‘orang luar’ dari orang ‘kita’ sendiri.

Orang kita juga tak percayakan orang kita sendiri!!, mereka lebih mengagungkan dan percaya orang luar!

Aku sangat tidak suka bila orang melayu menghina orang melayu!!
Melayu menjadi lemah bila sesama melayu saling menjatuhkan...
( sekali lagi aku tegaskan, aku bukan sedang menjatuhkan dan menghina bangsa aku, tapi aku sedang berusaha untuk mencari dimana kekuatan dan kelemahan yang dimiliki bangsa aku).


p/s: aku sangat emo,bila ada yang menghina bangsa sendiri.

1 comment: