Friday, April 8, 2011

Manusia tidak pernah menghargai peluang pertama, cubalah untuk memberi peluang kedua dalam mencari kesempurnaan~

lepas balik kelas, aku rehatkan kaki dan badan sebab kena berjalan kaki dari kelas ke hostel. hilangkan lenguh-lenguh.. pastu memenuhi tanggungjawab pada perot pula, cacing-cacing dalam perot meliuk lentok dan menyanyi manja mintak diberi makanan. aku sarung tudung mak cik indon.. coz malas nak seksa diri belit-belit selendang. lagi pun nak g beli nasik sebungkus kat kafe aje. dijadikan cerita aku boleh pulak bersembang dengan mak cik kafe ni.. dari hal biasa-biasa kepada hal peribadi. aku terlopong bila mak cik ni cakap dia janda. janda selepas berkahwin dan berkongsi hidup selama 28 tahun!! alasan yang memisahkan mereka ialah 'tiada keserasian'. suami mak cik tu ceraikan mak cik tu sebab dia rasa tidak serasi dengan mak cik kafe tu.


wadepak man..!!


selepas susah-susah tolong beranakkan anak-anak untuk laki tu, lepas susah-susah penuhi tanggungjawab sebagai isteri, lepas susah-susah n senang-senang bersama, boleh pulak ditinggalkan... kalau nikah baru 5@6 tahun aku boleh terima la alasan tak serasi.. ni dah 28 tahun derr..! bukan 28 hari!


mak cik kafe: 'dik, dik nampak mak cik ni da tua ke?'


aku : eh...mana ada.. muda lagi, ta nampak tua pon, mak cik pon dressing mcm orang muda.. mak cik : tu la.. pak cik ko tu memnag tolak tuah..


aku : erkkk..emmm..


mak cik kafe: mak cik ni, tiap-tiap malam pakai krim kecantikan, telan pil binari untuk lancarkan perjalann darah, telan pil spirulina( salah eja kot) untuk melembutkan kulit, cuci mula dengan olay, pastu guna yang 7 in 1 krim olay. mak cik selalu jaga mata, xnak bagi ada eyebag!bla..bla..bla..


aku : oh yea mak cik?? patut la muda g nampak..


mak cik kafe: entah..memang pak cik ko tolak tuah dik...


aku : tak pe la.. mak cik boleh berdikari sendiri...cantik pulak tu..


mak cik cafe: tapi..mak cik geramnya.. kenapa la dia tak ceraikan mak cik time mak cik muda2 dulu.. dah tua sekarang baru nak cerai!! kalau time muda dulu..berderet orang suka mak cik..


aku : erkk... ok la mak cik. saya naik dulu ye.. alah, tak pe.. acik cantik g, xder nye nampak tua!


mak cik cafe: ok dik.. senang2 datang la beli makanan lagi..


aku nak gelak pon ada.. simpati pon ada.. aishhh...dunia..dunia.. macam biasalah, manusia tak pernah melakukan sesuatu perkara dengan sempurna untuk peluang pertama. bila adanya peluang kedua, pasti sesuatu itu akan berlaku dengan lebih sempurna.. tak caye...?? sila lah cuba untuk memberi peluang kedua~

3 comments: