Tuesday, April 5, 2011

Nasi Kandar Line Clear, Mee Udang Teluk Kumbar, Balik Pulau, Gurney, Padang Brown~ ROUND ISLAND

Orang duk sebok cakap nasik kandaQ penang, aku pon sebok duk carik..kat mana adanya nasik kandaQ yang best. bila pusing-pusing..aku pon jumpalah NASIK KANDAQ LINE CLEAR. orang kata best, dan pemes.



nampak pon memang da klasik, memang betol2 klasik.. jangan nak berangan duk dalam ekon la lau datang sini. sebab memang xdak ekon. bangunan pon xdak, kedai line clear ni wujud di tepi lorong jer. ingat anak ayam gebu-gebu je ada kat lorong?? mai penang, kita pekena nasik kandaQ lorong..hahaha.



haaa.. tu tengok! kedai die tengah-tengah lorong je.. tak de bangunan khusus. tu gamba kat atas, cik imoh ropol-ropol dengan cik kamariah. cik imoh ropol-ropol ni datang dari perak semata-mata nak makan nasik kandaQ line clear!

setakat yang aku tahu, line clear ni ada 2 cawangan, satu dekat area komtar,n kat mana yea..satu g..aku tak pasti.tapi aku pernah tertengok dah kedai die ni.. yang second ni, dalam bangunan da, bukan kat tepi lorong-lorong. harap maap, aku ni 'gps' rosak..muahahha.


bila orang bising-bising cakap mee udang sedap, aku pulun g carik! ni die, aku jumpa dekat teluk KUMBAR. sedap la jugak mee dia..



makan sudah, kenyag sudah.. baru tanya membe aku... betoi ke ini kedai yang pemes tersebot...!



bila tanya orang tu, tanya orang ni..nampaknya..bukan kedai ni yang pemes tersebot! tapi xpe lah..ada mee udang gak kan..

bila perot da kenyang, meronda island lak, g BALIK PULAU, jalan die takot la der..kecik semacam, berbukit2.. otw ngah wat jalan besar sekrang ni. ni die gamba yang sempat di sentap!




mari merasai kehangatan melancong di HONG KONG!






penat sudah di balik pulau, sekarang di destinasinya ialah GURNEY. ni dia GURNEY dan pengarah projek jenjalan ini~



ni die pengarah projeknya~ GEMOKKK!!






aishh...lapar plak.. kita g PADANG BROWN OR PADANG BROOM. aku ta taw yang mana betol, ada cakap padang broom, ada cakap padang brown. aku hape kesah..janji dapat makan! kat sini boleh makan mcm2, dan boleh pilih macam2. aku pilih nak makan menda-menda nih!



tempat nih dekat dengan pejabat persekutuan pulau pinang, lau ikot jalan anson, jumpa BHP, tepi BHP tersebot. cara nak makan menda nih, celop je dalam air panas kat tengah-tengah meja.! kuah dia best~

bila nak bayar, tuan kedai datang kira lidi atas meja je,... lau rasa nak wat jahat, telan dengan lidi-lidi je, baru dapat makan free! lau xder lidi atas meja, so ta kena bayar la..

huhh..penat suda... pulang ke ostel dengan kaki yang lenguh tahap cipan!

p/s: semua menda nih berlaku dalam masa sehari, kecuali time makan nasik kandaQ, peristiwa tersebot berlaku tahun lepas! hahahha. tapi kebetulan baju sama!

sory der... gua pakai kamera tepon cikai je..ta mampu guna camera DSLR! HAHAAHAHA.

1 comment:

  1. next month nk g penang. nk mkn pasembur kat persiaran gurney n mee sotong kat padang kota...waaaarggghhh x sabar nyerrr nk cutiiiiii

    ReplyDelete