Sunday, April 3, 2011

surat cinta untuk Abang Adnan Sempit~

kalau kamoo mahu dilayan sebagai seorang lelaki, kalau kamoo mahu difahami sebagai seorang kekasih... aku jua begitu. memang benar, sesiapa yang menjadi kekasih aku, aku akan cuba untuk memahaminya sebaik mungkin, akan membuat dirinya selesa dengan apa jua keadaan.

memang benar, aku akan melindungi kamoo dari apa sahaja halangan yang akan mendatang, aku akan mengasihi dan mengasihi. bayangan kamoo sentiasa di birai mata, namamu sentiasa di hujung bibir..

tapi..jika kamoo ialah orangnya, kamu akan berhak mendapat semua itu.. jika kamoo sentiasa di bayangan mata, jika kamoo sentiasa di hujung bibir, di mana pula letaknya aku pada kamoo??

adakah letaknya aku dihatimu hanya ketika kau memerlukan, ketika hanya di depan mata, ketika saatnya kau merasa kosong??

kamoo seperti anak kecil di mata aku, risaunya aku pada kamoo tidak pernah kau ketahui, sihatkah kamoo, penatkah kamoo..sentiasa bermain dalam buah fikiran..

terperasankah kamoo, saatnya aku terfikirkan kamoo, teringatkan kamoo, memerlukan kamoo... walaupun ada insan lain yang lebih memahami aku berbanding kamoo, kamoo tetap aku terfikirkan.. cuba kau fikirkan, mengapa begitu?? mengapa aku teringatkan kamoo??

tidakkah kau fahami, saat aku berkata ' take ur time','baiklah','ok', ada getar dihujung kata-kata itu. ada nada yang tidak seimbang disitu?? mengapa kau tidak fahami..

jika kamoo mahu dilayan seperti anak kecil...aku jua begitu..

kerana aku hanya ada kamoo, aku mahu kamoo fahami aku.. sebagaimana aku memahami kamoo. sebagaimana perhatian yang aku berikan pada kamoo...

kamoo tidak akan pernah tahu, bila saatnya aku menangis saat terguris dengan kata-kata kamoo, kamoo tidak akan pernah tahu, bila saatnya aku mahu dipujuk seperti anak kecil, kamoo tidak akn pernah tahu bila saatnya aku akan merindui kamoo.. kamoo tidak akan pernah tahu...bila saatnya aku mahu dilayan seperti anak kecil..cukuplah walau hanya dengan kata-kata dan bukan dengan perbuatan, aku tahu itu payah untuk dipenuhi...

aku selalu berharap, kau akan fahami... kau akan tiba saatnya aku sedang menangis ketika kau tidak terperasankannya...kau datang untuk memujuk! mungkin kah itu akan berlaku??

aku hanya orang biasa...



from: cik anisah idung jambu~

tulus iklas untuk:

BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN

SAM ( ADNAN SEMPIT)
I luv u more~

No comments:

Post a Comment