Friday, January 7, 2011

Putu Bambu, Putu Halba dan Pesta Air

musim telah berubah, di kelantan mula dilanda banjir. time bulan 11 & 12, katak tak berapa nak panggil hujan, coz duk sibuk berlakon dengan nora danish dalam cerita putera katak.

sesetengah orang kata banjir tu sebagai bencana, tapi bagi orang kelantan ia sebagai pesta air. mana tak nya, orang duk kerja luar kelantan bila musim banjir je, sibuk nak balik kampung. bukan apa, nak tunggu banjir kat tengah-tengah pulau pinang ni, alamatnya tidak akan berlaku lah. kalau orang selangor, bila banjir bukan boleh main air sangt pon, mana ada perahu..mana ada rakit..silap-silap hari bulan bumbung kereta yang jadi perahu. bukan begitu ke??


bila musim tengkujuh di kelantan, maka akan timbul lah sejenis kueh yang unik . ianya sedap di makan ketika masih panas-panas. sesuai dengan keadaan yang sejuk di musim hujan.

ok, mari berkenalan dengan kue 'PUTU HALBA'.

kuih putu halba ni, akan ada musim hujan sahaja, dan mungkin tiada di negeri-negeri lain. hanya ada di kelantan sahaja.

bahan-bahan untuk membuat kueh ini ialah ubi kayu yang di mesin, dan dikeringkan. gula melaka dan halba.


ini cara nak kukus kuih putu halba ni..





ok, yang ni dah masak, tapi kena letak kelapa parut baru lebih terangkat..kalau seperti gamba diatas, harganya RM2 hengget.


ok..kalau sape-sape nak rasa kueh ni, sila-sila lah melawat kelantan, tapi hanya pada bulan 11 & 12 sahaja ye. kerana kueh ni hanya akan wujud ketika hujan 'berek-berek' sahaja.

okeh, sebenarnya kueh ni wujud pada musim hujan sahaja disebabkan oleh .. yang pertamanya, pada musim hujan, ubi kayu akan mudah rosak, kerana akan ditenggelami oleh air banjir. untuk mengelakkan ubi kayu rosak dan membazir, mereka-mereka yang kreativ ni pon, telah mngeluarkan sejenis kueh yang diberi nama putu halba.

yang keduanya ialah untuk menambahkan pendapatan di kala musim hujan...

ok, ni lagi satu adik beradik PUTU HALBA@ PUTU PIRING, ia diberi nama putu bamboo..



cara nak masak nya.. kena la guna bamboo..

nota hati: lain orang lain ragamnya, lain tempat..lain budayanya.

3 comments:

  1. mane bahan2 nyer nk buat putu bamboo ccek kak oii

    ReplyDelete
  2. Di kel. Mano yer jual putu bamboo ni...cri..merata xx jumpa...ngidam ni....hii

    ReplyDelete
  3. Di kel. Mano yer jual putu bamboo ni...cri..merata xx jumpa...ngidam ni....hii

    ReplyDelete