Thursday, January 20, 2011

Orang atas makan isi, orang bawah makan tulang!


Harga getah semakin hari, semakin meningkat. Harga emas, dari hari ke hari terus naik. Tokey emas, tokey getah makin hari, makin banyak duit. Harga barang keperluan naik tiap-tiap bulan. Orang keje opis, gaji tetap macam tu jugak. Tapi harga barang semua meningkat, gula,telur, bawang, gandum, gas, semua naik. Telur 5 bijik 1 ringgit sekarang dah jadik 2@3 bijik seringgit. ataupun 5 bijik 2 ringgit.

orang kejer govermnt gaji tetap sama, tak sama orang keje sendiri, kontraktor xpe la, gaji masuk kadangkala tinggi, n kadangkala rendah. kenapa harga barang naik?? sebab harga minyak , getah n emas semakin tinggi? berapa kerat yang ada lombong emas, berapa kerat yang ada ladang getah, berapa kerat yang ada ladang sawit?? berapa ramai yang kerja opis, keje gvermnt, berapa ramai pekerja am n swasta??

budak-budak unibersiti pulak, semua barang nak kena beli, semua buku nak kena beli. setiap semester harga buku, harga barang keperluan makin naik, ada duit PTPTN dinaikkan?? kalau naik pon, maknanya hutang dengan kerajaan makin naik la.

makan nasik sepinggan tengah hari kat cafe Universiti, harga rm 6.50. lauk ape?? lauk ayam seketul, sayur, and sebijik hati ayam.. kalau jenis makan 3 kali sehari macam mana? duit pinjaman 6 bulan, lebih kurang 3 ribu je pun. tengah bulan ok la lagi.. akhir bulan, nak kikis duwet kat mana?? yang ada kebun getah mak bapak boleh la tolong kikis kat batang getah. yang tak der?? nak g kikis bulu betis kerinting bos mak bapak diorang??

aku ni bukan tak reti nak bersyukur, tapi aku rasa tak adil, bila orang pangkat besar-besar duk goyang kaki dapat duk senang2.. orang bawah-bawah ni, serabut kepala hotak nak pikir nak beli bawang, beras, minyak..semua harga dah naik!! sesetengah orang besar g melancong sampai guna duwet rakyat sampai satu juta lebih! what the hell?? aku tak halalkan kalau benda tu bukan yang sepatutnya jadi milik diorang.. yang bawah-bawah tertindas.

aku bukan nak tunjuk aku pro mana-mana pihak.. sape ada otak, masing-masing boleh fikir la kan..??

ni, aku meroyan sakan sebab aku kena beli menda dalam gamba nih, and aku kena tibai teruk2 time makan kat kafe tengah hari tadi.. panas ati.


aku baru beli dua gelung dawai, tapi kena guna 5 gelung lagi kot!! ni projrk punya pasal la nih~ satu gelung da 5 hinggit. pemotong dawai tu pulak da 10 hinggit! pokai la nampaknya.. makan nasik pulak, lau satu hari kena 18 hinggit. bahagia tahap cipan!

p/s: ni projek pertama, ada 2 lagi projek! huh~ duwet mengalir bagaikan air, mengalir keluar, bukan mengalir masuk~

2 comments:

  1. haha,, kalo cenggitu,, jom pakat2 kite g toreh pokok getah..

    ReplyDelete
  2. jom3..mana nak tahan, getah harga 8.50 sekilo sekarang nih..hohoho

    ReplyDelete