Tuesday, September 21, 2010

Kan I dah kata..U jangan nak perasan!~ See..~


Hari kedua pergi kelas. Hari ni ada tutorial jam 3 petang. Siap-siap pukul 2.30 and sampai class tepat-tepat kul 3. Masuk kelas macam biasa, ketuk pintu and terus duduk kat kerusi paling belakang. Prof tengok kat aku, die senyum, aku pun senyum semanis kurma kat die.. pakai baju raya, mestila kena senyum semanis kurma.. kan..kan…?

Sembang-sembang sal pensejarahan JEPON.. tup-tup dah pukul 4, kejap jer rasa.. masih ada lagi sejam, coz tutorial ni dua jam seminggu. Aku pandang kiri kanan, tengok semua orang dah siap kemas barang da, dalam hati berkata-kata apasal la mereka ni gelabah sangat nak balik nih, kan ada sejam lagi nih. Tak hormat kat prof sungguh la mereka nih. Aku pulak, wat-wat belek buku , nak ambik ati prof la kunon.
“ Ok, kelas kita sampai setakat ni ja, kita sambung minggu depan” tetiba prof baik ati bagi balik awal la pulak. Serunok giler-giler. Aku lah orang pertama yang awal keluar, duk terfikir nak makan nasik, tak sempat nak makan tadi, gara-gara nak g kelas cepat sangat.
Sampai kat ostel, ambik sudip terus cedok nasik… makan-makan… Alhamdulillah, syukur, akhirnya dapat juga menikmati rezeki hari ni, pastu..ambik tangan, bawak pergi ke sinki..basuh la wei..wat ape lagi..muahahah.
Then..tetiba rasa nak hadap laptop.. tetiba time ngah hdap laptop, buntang mata aku bila tengok time table untuk hari ni.

TUTORIAL – JAM 2 PTG SEHINGGA 4 PTG!

Time ni, aku rasa malu kat diri sendiri sampai tahap 10! Malu dengan prof tahap 100! Patut la, classmate aku tengok luar biasa, ingtkan sebab baju raya aku yang ‘gojes’, tapi .. sebab kagum dengan keberanian luar biasa yang aku miliki..walaupun dah terlewat satu jam masih berani masuk kelas!

Aiishh…ni sebab terlebih makan kueh raya la nih.. jadual pun jadi dah tertukar..!





No comments:

Post a Comment