Saturday, September 18, 2010

Jangan cuba-cuba jatuhkan saham sendirik OK~


Dua minggu duk kat kampung, betol-betol beraya sakan! Time nak balik kampung ari tu, aku rasa sebijik macam ‘badang’. Bagasi bekilo-kilo aku tarik macam tu jer, gara-gara nak balik kampung . Benda yang berat jadi ringan! Dalam otak hanya duk fikir nak berbuka puasa kat kampung jer time tuh. Naik bas 5@6 jam pun rasa macam 1 jam ( opcoz la rasa 1 jam, aku telan ubat mabuk..aku tido je~). Bukan tu je, before balik kg tu, tiket merupakan benda yang paling berharga, gamaknya 3 kali sehari aku duk merenung tiket tuh. Kalaulah tiket tu ‘manusia’ maybe aku dah jatuh cintan cintun dengan tiket tersebut. Dan 2 hari sebelum balik beraya, aku dah ciap mengemas dah. Itulah kuasa nak balik kampung!!

Time balik kampung, betol-betol beraya sakan. Pejam celik, pejam celik…tengok-tengok dah dua minggu kat kampung. Aduyai…malas betol nak balik Town( town ker, whatever la..kikikiki). Lau boleh, time ni tengok bagasi pun tak mau. Ish..ish…malas sangt nak cerita pasal kemalasan yang terlampau nih. Nanti menurunkan saham sendirik! Muahahahhah… Sebenarnya bukan malas, tapi kurang rajin je, maklumlah hati masih tak puas berada di kampung. Kalau aku cerita tahap kemalasan aku nih, konpom ada yang muntah ‘ijau’ nanti. Lagipun, mana boleh cerita…jatuh sahamku nanti..lalallalal..
Apa-apa pun, sekarang aku dah pun berada di Town n selamat sampai da… walau pun sampai sini belum cukup 24hr, aku dah gile ‘meroyan’ duk selak calendar, duk cari cuti lagi untuk balik kg lagi…
Hatiku pilu sekali, cuti raya korban jatuh pada musim exam @ musim ‘kecutkan otak’! ahh..pilih antara dua, mahu pulang atau tidak raya korban ni..!!


dan juga pilih antara dua..mahu jadi si TENGGANG or si MALIM KUNDANG!



straight from ulu hati-

No comments:

Post a Comment