Thursday, October 28, 2010

selamat jalan...

oit sapika..

isok ati-ati naik bus, kamoo tu bukan biasa naik bus sorang-sorang.
kamoo tu mana pernah g perak sorang-sorang.
oit sapika, ko jaga diri leklok.. jangan noty-noty sangat..
sapika, kau jangan duk beramah mesra sangat dengan orang yang ko tak kenal..

sapika!
jangan lupa isok bangun pagi-pagi ..
bawak barang cukup-cukup..
jangan tertinggal bodben ko..
jangan lupa pakai cincin..
ermmm.. tu saje pesanan untuk diri ko sapika!

( bahasa versi sapika)

nota lutut: anggap lah itu kata-kata manis yang akan diubah bahasa oleh incik kassim yea sapika.. lallalal... incik kassim tak cakap pe pon..jangan nak pasan wahai sapika!!

p/s untuk cik kassim: dun wori, ati ai u boleh patah-patahkan macam biskut meri jer.. i tak eran pom!! kik4..:(

Tuesday, October 26, 2010

Persediaan untuk exam..

masa study week..

  • layan drama korea, jepon, g carik tokey-tokey muvie, atau pon cerita.
  • tido kul 3,4 pagi duk layan muvie.
  • bangun kul 2,3 tengah hari.
  • lepas subuh sambung tido tak ingt dunia.
  • bangun tido g carik makanan.
  • pastu sambung ngadap muvie.

tiga ari nak exam.

  • mula kalut potostat nota,
  • mula tepon kawan nak carik nota
  • mula stdy grup dengan kawan-kawan.
  • mula baca buku, buku baca tuan ..

dua ari nak exam

  • stop aktiviti tengok muvi
  • buku bersepah atas meja.
  • mula spot soklan.
  • mula tido lewat.
  • mula wat peta minda.

isok nak exam

  • no more pesbok, belog, ang lain2..
  • no more muvi..
  • baca buku..hapal jawapan
  • nak basuh kain pon malas.

malam exam

  • post status dalam pesbok " arghh...otak aku makin kecut"
  • nak berak pon rasa malas nak g bilik air, rasa betapa pentingnya masa itu.
  • rasa tak cukup masa nak baca buku.
  • tido tak penah sesekali.
  • atas meja wajib ada nescafe.
  • fokus..fokus..." rumate wat ape pon, lantak lah..langsung tak sedar."
  • tak tido sampailah pagi exam..

pagi exam

  • baca nota sampai ke detik saat terakhir.
  • g dewan exam tak pandang depan, duk baca nota.
  • tersepak batu, sumpah seranah kat batu tuh.
  • sampai dewan exam, kawan tegur langsung tak jawab..
  • fokus..membca..
  • masuk dewan...jawab exam sambil mata berpinar-pinar.
  • " ishhh..soklan ni, apasal la aku tak baca yang ni tadi, padahal aku dah tengok nota pasal ni"

keluar dewan exam

  • terus g makan dengan kawan-kawan.
  • sampai bilik..panjat katil..
  • tido..sampai petang baru bangun...!

beginilah gaya idup student unibersiti!!

my onli wan Incik Kassim

elloo..ellloooo incik kassim! stil rimember mi,?? ai em sapika la..

u don rimember me animore ke incik kassim.. wat eppen to u incik kassim. i mish u bery-bery muh la incik kassim.



sedang aku duk merindu incik kassim tetiba teringat kat sabariah..



" saya tak boleh lupakan abang kassim mak"



"sape kassim tu, lawyer, doketor, ahli perniagaan"



"ahli muzik mak"



" apa.....ahli muzik ........."



alahai incik kassim.. i mish u bery-bery muh la.. i dun care whu u r.. i reali risau kat yu.. wat eppen to u.. i don wan aniting bad hapen to u... atau pun yu majuk dengan ai, sebab ai gtaw almarhum pak deris( ex-sapika) ajak ai keluar makan aritu.



yu jangan la isau incik kassim. ai only lop u porever n ever hahhaah. sejak ai cerita pasal tu, yu dah makin menjauh dengan ai.. ai majuk pon, yu wat tak taw jer..huk3. ai tak kuar dengan sape- sape pon duk kat cni. yu taw tak, i rasa lonely bila u wat mcm ai ni. dah la yu duk beratus kilometer jauhnya dengan ai!!




p/s: ini adalah entri berani mati ai untuk yu incik kassim. ai tak kisah walaupun yu tak taw ai ada diari elektronik nih.



* owh incik kassim..." dalam rindu, ada penghujung derita" ~ ai dengar dalam radio~ hik3..

Saturday, October 23, 2010

kerna nasik kerabu~

setelah hampir beku dalam bilik seharian, pasar malam menjadi destinasi hari ini.

gerai utama yang dituju adalah gerai nasik kerabu! lama tak pekena nasik kerabu.

punya lah ramai orang yang nak beli nasik kerabu, campur aku sorang bertambah-tambah lah ramai.


dekat setengah jam berdiri barulah dapat nasik kerabu yang di impikan.

itu pon selepas hampir bergaduh dengan cik minah kat sebelah. kik3.. maaf la cik minah, aku sampai dulu, aku dulu la yang dapat. lagi pon, sape suh kau majuk-majuk dengan pakcik jual nasik kerabu tuh!


bila kau mintak 2 bungkus nasik kerabu daging, aku cuma diam.. aku wat tak eran.
.

tapi, bila pakcik tu silap bungkus nasik kerabu ayam, terus jadi milik aku la..hik3.. aku pon tambah la dua bungkus lagi.. bila pakcik tu bagi kat aku.. kau majuk3.. lambat la kau dapat. ada ke patut pak cik tu tya kau lagi sekali, kau terus diam, and jeling2 kat aku.. hik3.. maaf cik minah, bukan aku sengaja!


masih aku ingt, wajahmu yang marah membara, berbaju kuning..bertudung putih..!

hik3... sekali lagi aku mohon maaf~ aku serta 'flying kiss buat mu~
p/s: harapnya aku tak jumpa kamoo lagi cik minah..janganlah berdendam dengan aku!


Friday, October 22, 2010

Surat beremosi untuk INCIK KASIM

Bangun tido kul 12, lepas subuh sambung tido!

Note: mulai hari ni nama incik kekasih akan ditukar kepada ‘incik kasim’!

Lepas subuh tadi, berlaku acara sambung tido. Kul 12 baru tamat!
Itu pon tersedar lepas incik kasim anta msg:-

Incik kasim: hye _, kamoo dah makan??
Sapika: belom, duk golek-golek lagi, dah makan ker?
Incik kasim: da makan da..._ baru bagun tido eh??
Sapika: tak lah, duk golek-golek jer. Nak kuar ke jap g?( tak ngaku baru bangun tido!)
Incik kasim: lamanye golek-golek, berangan sampai Pluto ke? A’ah, jap g nak kuar, nak g bayar bodben, tapi ujan la, xley kuar.
Sapika: tak lah, semalam tido lewat, subuh baru tido, sambung tido la kul 7 pagi tadi.
Incik kasim: owh.. yeke, semlam ____ pon tido awal, bangun-bangun terasa lapar, terus makan kat luar.
Sapika: saye pon tido awal.
Inck kasim: ok2, _ g mandi, saye ada kejer nak tolong cik E.( mak incik kasim). N jgn lupa makan.
Sapika : emm..0k! .....syg saye x??
Incik kasim: syg! Ape plak tak sayangnye...
Sapika: ok..ati-ati wat keje.
Incik kasim: 0k, luv u more!
Sapika: 0k.

Incik kasim...incik kasim.. kenapa aku rasa kau tak ikhlas cakap sayang aku! Huk3...
Alahai sapika! Ko tacing sangt ni apasal?? ~Aku tacing sebab semalam incik kasim tak balas msg aku time kul 4.30 pagi!!! Kah...kah.. woi! Kul 4.30 pagi!!!~

p.s: kol 4.30 pagi, usahkan incik kasim, ayam,itik, kucing, lembu, semuanya sedang tido la...! jangan nak duk meroyan tacing lebih3 yea kawan-kawan semua lau msg kul 4.30 pagi tak berbalas!

Teringin tulis novel?? Begini caranya..~

Pernah tak korang teringin nak tulis novel? Mesti korang pon pernah terasa nak tulis novel kan? Kalau aku zaman dulu-dulu la, teringin sangat nak tulis novel, sampaikan aku pernah wat synopsis novel. Semangat memenag tak payah nak cakap lah, memang membara! Sangat membara walaupon zaman tu..masih zaman konservatif!! Zaman tu, aku mana ada laptop g. Zaman tu aku tulis guna pen je , aku tulis dalam buku log warna pink, yang tebal 300 m.s. Bila teringat balik, terasa nak gelak golek-golek. Punyalah semangat kental..
Antara nama-nama watak yang pernah aku reka ialah:-
Airil Fazlan
Hanis Damia
Arin Ariana
Fazil Zafran
Mak Jah
Hasnita
Zaty Iriani
Pak Cik Seman.
Dan banyak lagi lah watak-wataknya!


Sinopsisnya ialah:-


Hanis damia bercinta dengan Fazil, namun percintaan mereka gagal kerana hadirnya orang ketiga iaitu hasnita. Fazil hanya menggunakan Hanis Damia untuk mendekati Hasnita iaitu kawan rapat Hanis. Hanis menyayangi Fazil sepenuh hatinya, namun ia hanyah cinta palsu yang dcipta ole Fazil untuk mendekati Hasnita. Hati yang terluka membuatkan Hanis berserah segalanya kepada Illahi terhadap cinta yang akan hadir padanya dia kemudiaan hari. Dalam kekecewaan hati, akhirnya dia dipertemukan dengan Fazlan, Fazlan telah memberi kebahagian buat Hanis. Namun setelah mereka berkahwin, dugaan telah datang lagi dalam kehidupan Hanis , Fazlan telah berubah. Muncul lagi orang ketiga dalam perhubungan mereka, akhirnya Hanis merelakan apa yang berlaku demi kasih sayangnya terhadap Fazlan. Kehidupan Hanis selepas berkahwin telah diabaikan oleh Fazlan. Akhirnya Hanis meninggal sebab sakit barah otak. Fazlan menyedari kesilapannya dan telah cuba menebus kesalahannya dengan membina sebuah yayasan yang diberi nama “ hanis damia’ ini adalah untuk memperingati Hanis Damia.

Kah3. Itulah novel yang aku meroyan duk tulis dulu, korang bayangkan..aku tulis pakai pen! Tapi kawan-kawan..itu adalah cerita masa aku umur 14 tahun..hik3.


Meh aku cerita novel apa yang aku duk tulis sekarang.. terhangat dipasaran..


Satunya ialah ‘ SUMBANGAN MIGRASI KEATAS TEMPAT ASAL’


Keduanya ‘ IMPAK HYPERMARKET KEATAS KEDAI-KEDAI RUNCIT KECIL DI KAWASAN PULAU PINANG’.

Ok, novel pertama aku kena submit bulan lima taun depan, novel kedua aku kena submit KHAMIS minggu depan! Masalahnya, novel kedua aku nih baru wat 20 M/S! Hahahhahah... siap la ko sapika, meroyan la ko nak siapkan ‘novel’ tuh!

Ape-ape pun aku percaya sangat-sangat bahawa semua orang pernah teringin nak wat novel sendiri. Itu termasuklah aku. Tapi, bila da idup dalam alam unibersiti, semua tu dah hilang da, kekangan masa, and kekangan kemalasan yang ,melanda.


p/s: - nama pena aku dulu-dulu ‘teri tania’


- Toing-toing... nama watak utama dah wujud betol-betol la selepas 8 taun! Arapnya orang yang bernama seperti watak utama tersebut tak membuli aku di dunia nyata!! Lau ko membuli aku, aku sumpah ko jadi perari! Bleh aku bergaya sakan..kik3. opsss! Sory incik kekasih..melebih..~~

Mari kita berdansa dalam econ~

Semalam aku meroyan duk wat entry yang sedikit beremosi, siap sentuh isu perkauman lagi.


Ok, ari ni aku nak berdansa di libarary lak, duk dalam bilik panas..duk dalam library sejuk, coz ada econ! Hik3. Econ punya pasal, aku rela masuk library.


Aku sanggup korbankan masa tido aku!


Oit sapika!! Cukup-cukup la berdansa, .. ari khamis minggu depan ko kena submit da report!!
Ari khamis pulak, ko nak g Kemunting! Siap sedialah sapika~ jangan duk meroyan nak berdansa tak habis-habis!
p/s: bangun sapika!!