Friday, December 31, 2010

Hujung Tahun 2010

bila tanya incik kassim, apa rancangan u malam ni, terus dia jawab, ' siap-siap tutup pintu and tingkap, nak g masjid nak sama-sama baca yassin and doa selamat dengan pak imam.'

ok, gud incik kassim. memuji-muji dalam hati untuk incik kassim.

bila matahari dah jatuh, malam gelap gelita. incik kassim col, ' hye.. u. I nak g melaka, isok baru balik. i tido kat sana, i dah bawa khemah, i tido tepi pantai je.. u jangan risau, yang pergi semua boy.'

' u tak nak pesan ape-ape?'

aku jawab, i nak pesan satu je..mcm biasa!
jangan nakal sangat!
jangan gatai sangat!
jangan meroyan sangat!
jangan lupa status!
jangan koya2!
n lastly.. jangan berlagak single mingle.

'orait, i tahu.. luv u more!

( jika u langgar salah satu, balik nanti, i hempuk kepala u dengan kerusi, biar berterabur otak!)




nampaknya aku merelakan incik kassim pergi bermunajat di tepian pantai di malam new year ini. dengan penuh kepercayaan dan keizinan. heh~ lihatlah..betapa 'mithali' nya aku.

nota kaki:

(positive thinkin')
aku membayangkan incik kasim sedang duk bermunajat dalam khemah sorang-sorang, sambil menitis-minis air matanya. sambil merasai hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang membelai pipi. desiran ombak yang indah menambahkan lagi kekhusyukannya.

(pikiran versi setan)

aku membayangkan incik kassim duk terkinja-kinja beronok-ronok, luna maya duk belai-belai pipi, membisikkan kata yang menggoda, sampai meleleh-leleh air liur incik kassim. and mandi laut sama-sama!



dari jauh aku merenong incik kasim,sambil ready kerusi di tangan!

keh.keh.keh. i bergurau sahaje incik kassim. i noe, u tak kan buat macam tu. ' selamat bergembira incik kassim'. hohoho.

Wednesday, December 29, 2010

Cuti Umum PIALA SUZUKI 2010

wahai sekalian rakyat MALAYSIA..

benarkah bahawa isok, 31 DISEMBER khabarnya akan di umumkan sebagai cuti umum??

katanya cuti kerana kemenangan team bola sepak malaysia mendapat PIALA SUZUKI 2010.

janganlah bermain-main dengan cuti-muti. i sanagt kuciwa jika semua ini hanyalah khabar angin semata2.

Juara Piala Suzuki 2010



tahniah untuk team bola sepak Malaysia. walaupun pemainnya muda mudi tapi tetap hebat.pertandingan final kedua antara malaysia dengan indonesia baru je abes, malaysia kalah 2-1. tapi takpe, final pertama mesia da menang. campur tolak, keseluruhannya, dapatlah mesia pegang and wat balik piala suzuki. tahniah.

apek( khairul fahmi) u sangat pantas n cekap la.. berdebar-debar tengok u sambut bola.. terharu i ( gedik). bersinar-sinar la masa depan u apek. 1st time apek keluar, ingtkan pemain import dari cina or thailand, tapi rupanya rakyat mesia ori. bangga i, sebab apek pun makan budu macam i. ekekekke. ( i tipu ok) hahahha.

amirul hadi ( si rambut kuneng), i bangga dengan u sebab u sangat2 patriotik, warna kuneng itu warna bendera kita ok. walaupun u tak bermain untuk final di stadium indonesia, u dah main dengan baik di stadium mesia. i boleh nampak u dari jauh, bila nampak rambut u. u ada trademark tersendiri eh??..

norshahrul idhan talaha, hebat!, bila dapat bola kat dia, hati dah berdebar, mulut kata, 'sumbat-sumbat, bawak-bawak'! walaupun bukan dia yang jaringkan gol, datangnya bola dari dia dan terus kepada safee sali dan 'gooll!! selamat pengantin baru!

safee sali, hero kita. no komen,.. hebat la tuh kalau no komen.

kuna , kadang-kadang aku jerit 'guna'.

amri yahyah,( duta gel rambut). rambut dia, kemas! berkilat, shining2.. dia berlari laju, sebab dia berlari laju, mungkin sebab itulah dia selalu jer dimasukkan di separuh masa kedua.

jersi no 12, ( sape eh nama?)..

lastly.. pakcik pakai baju kuning, rasanya cina, yang selalu duk dekat rajagopal, ada tahi lalat kat muka, dia salah seorang yang sanagt comel. setiap kali je gol, mesti dia pergi pelok rajagopal.. orang yang paling comel. hohohoho.

pemain indonesia pulak mempunya nama-nama yang islamik...

inilah kesannya bila pempuan komen pasal bola.. bukan pasal teknik dan skill yang diceritakan, tapi benda len yang diambil tahu. kih4. ape-pun, tahniah mesia. n indonesia pun, telah kalah secara bermaruah.

nota kaki: mesti cik jijah pun tengok bola, sambil komen, " lambat la budok rambut kuning ni". " kurus la budok rambut kuning ni". tapi nasib baik, amirul tak turun padang malam ni, lau tak dah jadi mangsa komen cik jijah. cik jijah cuma nampak 'budak rambut kuning', sebab ia sedikit menonjol kerana rambutnya.

Pelukan mesra dari 'dia'!

lepas sebulan terpisah, akhirnya aku dan dia telah melepaskan perasaan sepuas-puasnya. dia pelok aku, aku pelok dio! rindu sangat dia, aku tekan-tekan perot dia.. tergedik-gedik jadinya dia. aku sangat gembira dan puas. sambil berpeluk-pelukan, aku akhirnya tertido dalam pelukannya.





dalam pelukannya, aku rasa sangat bahagia! udara yang sejuk, buat aku terus terlena dalam pelukannya. perotnya yang boroi, buat aku sangat suka. hangat berada dalam pelukannya.





aku memaksanya memeluk aku dari arah belakang, sebab aku suka posisi itu. ( keh3). tapi...kakinya agak pendek, selalu jugak aku mngamuk bila dia tak dapat peluk aku macam tu. aku tarik kaki dia, sampai dia hampir cacat sekarang ni. kaki dia makin panjang gara-gara aku. maafkan aku!





tengok!..TENGOK!! kaki dia pendek kan~

Saturday, December 25, 2010

pejam celik-pejam celik, tido makan-tido makan dah sebulan aku duk kat rumah. tolak- tambah, bahagi darab..

dua minggu demam! tiga hari balik kampung mula demam. demam tak berapa terok sebenarnya, tapi bila dengar jiran-jiran masuk ospital sebab 'virus kencing tikus', kesannya terbawa-bawa kepada aku. demam kali ni len sikit, tengah ari duk terketar-ketar, malam pulak tak leh tido! dua minggu duk demam, sape-sape tegur aku time aku ngah demam memang siap la.. aku akan nangis tak sudah-sudah!

time demam ni, bawa lah ape pun depan mata, semua tak layan, masakan yang rasa besh, jadi rasa pahit.. demam melarat-larat, cik jijah suruh pegi klinik dengan kakak aku, aku cakap tak hingin pegi klinik, dia cakap.. ok fine!( eh, cik jijah speaking) aku senyum-senyum dalam blanket, lenguh kaki n badan tak payah nak cerita la time tu. aku paksa anak-anak buah pijak kaki aku..nak ilangkan lenguh. ilang kejap je, pastu lenguh balik.

seminggu demam tak elok-elok, cik jijah bagi tawaran untuk aku. pilih antara dua, mahu tibai dengan hanger atau pegi klinik! tercicit aku berlari bersiap pegi klinik dengan abang aku.. cik jijah angkat ibu jari sambil kata 'bery gud'! dia angkat ibu jari ye..ibu jari..bukan jari tengah!

pegi klinik, aku duk menunggu kat ruang menunggu, dalam 15 minit, aku mula bosan. orang ramai time tu. dengan idung yang tak benti-bentu keluar air, buat aku tak selesa, mata pun turut kuar air.. huh tak selesa.. ! aku pegi kaunter mintak ubat , tak jumpa doktor pom. aku malas nak menunggu! abang aku pegi mana entah time, nasib bek tak kantoi dengan abang aku. hohoho.

balik umah cik jijah tya, doktor cakap ape??
aku cakap, doktor kata demam biasa jew.. doktor pesan kena makan sedap-sedap baru cepat sembuh. ( aku tipu sunat cik jijah) hohoho..

malam tu aku demam terok-terok, tak ley tido sampai pagi! heh~ padan muka ko sapika!!! padan muka, ko tipu cik jijah sangat.. keh..kehkeh..

nota kaki: abang ada dua jenis yea. satu abang kerajaan dan satu lagi abang swasta. yang aku maksudkan di atas, adalah abang kerajaan..

abang swasta!! dia..dia..sedam berdansa katanya... selamat berdansa sampai pengsan 'abam swasta'!






Friday, November 26, 2010

Kenapa?


rasa nak g melancong! huh~
heh ..! ko bosan ke sapika?


sapika; aku memang bosan sampai tahap gila bab1!


why?

sebab aku bosan dan boring la bengap!


tapi ape sebab?

sebabnya rumate aku dah balik kg, sepatutnya aku balik kampung pagi tadi, tapi tiket abes, pagi isok baru boleh balik kg!


apa masalah ko sapika?

aku duk menggila sorang-sorang la, orang lain sumer da balik kg, tinggal aku sorag je kat bangunan ni..paham!


ko tak takot ke sapika?

soklan memang gila bab1! huh~


ko marah ke sapika?

tak..aku sayang!


malam ni ko tido dengan sape sapika?

tido sorang la bengap.


apasal ko marah sangat sapika?

suka ati aku la..


ko dah makan sapika?

dah..semalam..annual dinner! hohoho.


'cukup-cukup la sapika, aku dah tahu punca kemarahan ko'.. kih3.. bawak-bawak la bersabar sapika!


p/s: ini diari aku, suka ati aku la nak mencarut pon! kih3

Everyday I Love You~

Heh.. bosan..

Mari ikot aku ke dunia kayangan! Huh..aku tipu je.

Rindu pada seseorang yang bernama cik jijah! Cik jijah semestinya mak bonda aku. Sedar tak sedar, sudah meningkat umur cik jijah. Sekarang dah umur 60 tahun. Tapi kehebatan leteran cik jijah masih lagi lantang dan bertenaga, memang superb!

Jika dulu cik jijah sangat tegas orang nya, kini tidak lagi, dia lebih banyak menerima pendapat dari anak-anaknya. Jika dulu, sepatah arahan yang keluar dari mulut cik jijah, secepat kilat kena buat. Sekarang tidak lagi, cik jijah lebih banyak menggunakan cara yang lebih lembut. Entah la, ape yang membuatkan cik jijah berlembut hati, aku tidak pasti.


ini cik jijah kesayangan sapika!


Jika dulu, cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah sebab malas pergi mengaji, masuk time magrib aku buat-buat sakit perot dalam tandas. Bila keluar tandas, berkejar-kejaran la aku dengan cik jijah, dia dah tahu taktik aku. Tapi sekarang tak lagi, dia tak garang macam tu lagi, kadang-kadang aku dengki dengan anak buah aku, diorang malas pergi mengaji pun, cik jijah tak kejar dengan paip getah macam aku dulu. Huh.. cik jijah Cuma berleter jer.


ini dia anak buah aku yang malas pergi mengaji~


Kalau dulu, cik jijah kata A, jawapnnya A jugak lah anak-anaknya kena ikut. Tak boleh membantah kata cik jijah, lau membantah, ciap la. Tapi kenapa sekarang cik jijah lebih banyak suruh anak-anaknya yang buat keputusan. Kadang-kadang aku rasa berdosa, sebab kadang-kadang aku mengambil kesempatan dalam membuat keputusan kepada cik jijah. Cik jijah ikut aje keputusan yang anak-anaknya buat, katanya’ baik pada korang, baiklah pada mex’.

Jika dulu, bila cik jijah tido, kami berjalan berjengket-jengket, cakap pun bisik-bisik. Sebab cik jijah garang sangat. Kami tak mahu cik jijah tersedar dari tido nya. Maklumlah, rumah cik jijah berlantaikan papan. Kalau berlari-lari time cik jijah tido, sepit ketam yang akan jadi habuannya. Kenapa sekarang cik jijah tak marah anak buah aku yang men lompat tali, badminton, bola sepak dalam rumah time dia tido sekarang ni??


mereka inilah yang men lompat tali and guli dalam rumah~


Lagi satu, dulu.. selalu je aku kena marah bila tak jumpa barang yang cik jijah suruh aku carikan. ‘sapika, acu ambik gesek atas almari ( sapika tolong ambilkan mancis atas almari)’ cik jijah memberi arahan pada aku, bila aku tak cari betol-betol and tak jumpa, mesti cik jijah marah. Bila cik jijah ambik sendiri mancis yang aku tak jumpa tu, alamatnya aku dapat sepit ketamlah dipaha. Tapi kenapa sekarang cik jijah cakap, ‘ sapika, ambik mancis atas almari’, dan bila aku cari-cari masih tak jumpa jugak. Aku Tanya cik jijah lagi sekali, dia kata duk atas almari jugak. Aku cari tetap tak jumpa,, tapi aku jumpa duk atas peti ais.. bila aku bagi bagi mancis, dia senyum sahaja pada aku..

Erm.. kenapa cik jijah begitu berlembut sekarang ni.. kenapa cik jijah begitu baik hati..?

Selepas aku fikir-fikir, aku dah tahu jawapan kepada semua persoalan tu..

Kenapa dulu cik jijah selalu kejar aku dengan paip getah, sekarang tak lagi??
Sebabnya, dulu cik jijah masih kuat, sihat dan bertenaga. Sekarang ni cik jijah dah kurang tenaganya. Masih boleh berjalan untuk ke masjid setiap hari pun sudah cukup baik. Cik jijah tak larat nak kejar-kejar dengan getah paip lagi sekarang ni. Erm.. baru aku sedar..aku sayang cik jijah!

Mengapa dulu cik jijah terlalu tegas dalam membuat keputusan? Kenapa cik jijah selalu nak wat keputusan sorang-sorang?

Betol la, dulu kami masih kecil, mana tahu nak buat keputusan sendiri, lagipun cik jijah menjadi ibu tunggal di usia yang masih muda, umur 44 tahun! Berat tanggjwb..anak kecik-kecik yang perlu disekolahkan. Silap membuat keputusan, masa depan kami semua akan kucar kacir. Sekarang cik jijah biar kami pulak buat keputusan, katanya dia dah sekolahkan anak-anaknya, dan boleh buat keputusan sendiri, tidak perlukan pendapatnya lagi, kerana katanya, ‘ die tidak pernah bersekolah, dan tidak pernah belajar setinggi anak-anaknya’. Kini tiba giliran anak-anaknya..erm... baru aku sedar.. aku sayang cik jijah..!

Kenapa cik jijah tak marah cucu-cucunya buat bising time dia tido?
Sebab cik jijah tak tido atas latai papan lagi, tak bunyi bising. Hahahah. Tolong serious sapika! Ok, sebenarnya.. dalam usia yang begitu, allah telah menarik pancaindera yang telah diberikan sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, pendengaran cik jijah semakin berkurangan. Patut la, cik jijah tidak begitu marah, dan dapat tido dengan nyenyak. Ya tuhan, kau telah menarik suatu bahgian pemberian-Mu dari ibu... Aku sayang.. cik jijah.

Kenapa cik jijah tak marah bila aku tak jumpa barang yang dia suruh aku cari?
Sebab.. sebenarnya, kekuatan ingatan yang selama ini telah diberikan Allah telah ditarik sedikit demi sedikit. Dalam usia yang begitu, ingtan cik jijah semakin berkurangan, dia telah nyanyuk. Cik jijah mudah lupa sekarang ni.. aku mula bersedih bila allah mula menarik satu persatu bahagian yang telah diberikan kepada cik jijah...

Jika dilihat pada mata kasar, cik jijah memang masih kuat... tapi..sedikit demi sedikit bahagiannya telah di ambil oleh Allah..

Aku merindui dia.. yang bernama seorang ibu...

  • Cik Jijah pesan: carilah seorang lelaki yang menyayangi dan menghormati ibunya, kerana suatu hari nanti lelaki itu akan menyayangi dan menghormati kamu sebagai ISTERINYA...sebagaimana dia melakukan kepada ibunya!